Subscribe to RSS feeds

sejarah perkembangan ilmu usul fiqh

zaman Rasulullah

pada zaman Rasulullah,hukum2 diambil dari wahyu iaitu dalam bentuk Al-Quran dan penjelasan oleh baginda iaitu sunnah.segala perkara yang berlaku dirujuk kepada Rasulullah.baginda akan menjawab secara terus berdasarkan yat Al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendirian.namun demikian,terdapat dikalangan para sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran tempat mereka yang jauh daripada baginda.umpamanya mu'az bin jabal ketika diutus oleh baginda kenegeri yaman.Rasulullah membenarkan mu'az untuk berijtihad dalam perkara yang tidak terdapat ketentuan dalam Al-Quran dan sunnah.


zaman sahabat

setelah Rasulullah wafat,sebarabg masalah yang timbul dirujuk kepada para sahabat.mereka berkeupayaan mengistinbatkan hukum terus dari A-Quran dan sunnah kerana beberapa faktor iaitu..

~penguasaan bahasa arab yang baik membolehkan mereka memahami Al-Quran dan sunnah dengan tepat.

~mengetahui pengetahuan tentang sebab nuzul ayat dan sebab2 sebuah hadis diucapkan.

~mereka merupakan para perawi hadis.oleh itu mereka tidak perlu kepada tertentu untuk menentukan kesahihan sebuah hadis.

faktor2 ini menyebabkan para sahabat memiliki kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum2.mereka menetapkan sesuatu hukum dengan merujuk kepada Al-Quran dan sunnah.seterusnya apabila mereka mendapati tiada ketetapan hukum tentnagnya.mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dari kalangan para sahabat seperti abu bakar,uthman,umar dan ali.sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.


zaman tabi'in

pada zaman tabi'in,para ulama mengambil hukum tidak jauh dengan zaman sahabat.persamaan ini disebabkan jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah tidak terlalu jauh.cuma jika sesuatu hukum tidak terdapat dalam Al-Quran,sunnah dan ijma'.mereka akan merujuk kepada pandangan para sahabat sebelum mereka berijtihad.oleh sebab itu,idea untuk menyusun ilmu usul fiqh belum lagi muncul ketika itu.inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dikalangan tabi'in seperti sa'id bin musaiib,'urwah bin zabair,qadi syuraih dan ibrahim naqa'i.


zaman kemunculan ilmu usul fiqh

setelah berlalunya zaman tabi'in,keadaan umat islam makin berubah.bilangan umat islam bertambah ramai dang berlaku percampuran antara orang arab dan bukan arab.kesannya penguasaan bahasa arab dikalangan orang2 arab sendiri menjadi lemah.pada masa itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam Al-Quran dan sunnah secara jelas.keadaan tersebut menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah2 tertentu yang dinamakan ilmu usul fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.ini berlaku pada kurun ke-2 hijrah.

3 comments:

wardatussofia said...

ikuti seterusnya

abu muhammad walid ilias said...

assalamualaikum
mabruk di atas blog yg menarik, padat. semoga apa yang kita lakukan mendapat ganjaran dariNYA

wardatussofia said...

wa'alaikumussalam wbt
insyaAllah..doa utk ustaz juga.

Post a Comment