Subscribe to RSS feeds

wanita


kau diibaratkan umpama epal.
epal yang tak berkualiti..
amat mudah diperolehi..
kerna ia berguguran di tanah.

tapi epal yang amat berkualiti..
berada dipuncak..
susah di petik dan susah digapai..
terkadang epal itu risau..
lalu terdetik dihatinya,
"mengapa diriku belum dipetik?"
lantas dia merendahkan martabatnya..
dan menggugurkan dirinya menyembah tanah..

sedangkan Allah jadikan..
begitu tinggi martabatnya..
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..

dan..
hanya pemuda yang..
benar2 hebat sahaja..
yang mampu memetiknya..
mungkin bukan didunia..
tapi,di akhirat..
biarlah jodoh bukan didunia..
asalkan cinta Ilahi mengiringi..

lelaki vs muslim


Lelaki...
tatkala gadis anggun melintasi pandangan mata,
kau terpaku dengan keayuan palsunya..
tatkala gadis anggun melontar alunan irama merdu,
kau terperangkap dalam rentak syahdu..
tatkala gadis anggun datang menghampiri,
kau menghulur tangan menyambutnya mesra..
tatkala gadis anggun membingkis senyuman manja,
kau luluh dalam gelora nafsu sirna keayuan..

muslim..
tatkala gadis cantik melintasi pandangan mata,
kau lantas mghindari pandangan berbisa..
tatkala gadis cantik melontar alunan irama merdu,
kau lantas lebih tertarik dengan alunan wahyu kalam ilahi..
tatkala gadis cantik datang menghampiri,
kau lantas menyedari ada syaitan sedang mendalangi..
tatkala gadis cantik membingkis senyuman manja,
kau lantas menepis gelodak nafsu dengan ketaqwaan
keimanan dan ketauhidan yang disemai..

kerna kau mneyedari,
hadirnya diri di muka bumi ini,
untuk menjadi khalifah dan mujahid sejati..
yang disanjung dibawah keredhaan Ilahi.

teman


teman,
kau pengubat kedukaan,
hadirmu membawa sekuntum senyuman,
apabila duka ku berpanjangan,
kau mula menyusun langkah,
memberi kata semangat.

teman,
kau hadir sebagai penyeri didalam hidup ini..
tanpamu hidupku sepi,
kerna kau selalu mewarnai hidup ini..
walaupun hanya untuk seketika..

teman,
takkan aku lupa
tatkala kita mengukir kenangan bersama
takkan aku lupa,
saat tangisan dan tawa kita bersama,
akan ku sentiasa ingat
dan akan ku ukir menjadi memori..
suka dan duka.

pejuang islam >syed qutb (1906-1966) -keluarga shuhada'


nama sebenarnya ialah syed.Qutb ialah nama keluarganya.keluarga ayahnya berasal dari semenanjung arab,berhijrah ke utara mesir dan menetap di situ.seorang daripada keluarga Qutb ini ialah ayah Syed,iaitu haji ibrahim Qutb.haji ibrahim mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu syed qutb(anak sulung) dan muhammad qutb,dan 3 orang anak perempuan iaitu hamidah qutb,aminah qutb,dan seorang lagi yang x dapat di kenal pasti namanya.Adik syed,Muhammad,ialah penulis lebih daripada 11 tajuk buku menyentuh pelbagai persoalan mengenai islam dan mendapat penghormatan serta dukungan daripada pelbagai majalah dan mereka yang terlibat dalam gerakan islam.

Aminah Qutb pula merupakan muslimah terkemuka yang aktif terlibat dlm usaha2 menyebarkan risalah islam bersama abangnya.rencana-rencananya mengenai kemasyarakatan dan perubahan telah diterbitkan dalam pelbagai majalah berkala.kumpulan cerita ringkasnya telah diterbitkan dibawah tajuk"Fi Tayyar al-Hayat".adik perempuannya,hamidah tidak ketinggalan di belakang si abang dan kakak.sesungguhnya setiap ahli keluarga Qutb adalah permata indah dan seumpamanya.keluarga yang istimewa adalah tepat untuk merujuk kepada keluarga Qutb ini.keteguhan dan ketabahan serta keperibadian unggul yang dipamerkan sepanjang tempoh dugaan dan tribulasi oleh keluarga Qutb dalam abad 20 masa kini lantas mengingatkan kita pada contoh keluarga Yassir:

Syed Qutb dihukum gantung sampai mati, Muhammad Qutb di penjara dan diseksa dengan ganas, Hamidah Qutb dipenjara tujuh tahun dengan kerja keras, Aminah Qutb menerima nasib yang sama.

anak perempuan ketiga daripada keluarga Qutb ini yang namanya tidak dapat dikenal pasti juga mengorbankan anak lelakinya,syed Rifaat,seorang lulusan kejuruteraan yang berusia dua puluh lima tahun untuk perjuangan.Beliau ditangkap,dipenjara dan disebat dengan kejamnya.dihukum dengan pelbagai penyeksaan dan dipakasa mnjadi saksi perbicaraan bapa saudaranya(Syed Qutb)sendiri.Riwayatnya berakhir apabila dia meninggal dunia di dalam pnjara pada tahun 1965.

pejuang islam >syed qutb (1906-1966)

mutiara kata- : syed qutb


"aku tidak menganggap kerja ini sbg mudah dan bukanlah 1 prjuangan yg sgkat.tetapi yg pasti ia pasti mndatgkan hsil.semua bnda yg hakiki,selaras dgn ftrah kjadian dan sifat semulajadi insan perkara akan menyokongnya.tidak dapat tidak,ia pasti ditentang oleh sampah sarap yg bertimbun-timbun dan drintangi oleh realiti kegopohan manusia yang hebat.namun,semua itu hanya sementara sahaja bagaikan buih-buih.titik permulaan buat msa skrg itulah juga titik permulaan zaman manusia mula2 menerima islam.ia bermula dengan adanya orang2 di suatu tempat yang berpegang agama yang benar.mereka yakin dan mengaku dengan sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah.mereka menerima dan beroegang dengan hakimmiyah dan Allah sahaja sbg pnentu hukum.kemudian mereka melaksanakan syariat tersebut d dalam realiti kehidupan.kemudia mereka berjalan di muka bumi untuk menyebarkan berita ini kpd mnusia mmbebaskan mereka dari jahiliyah.."

seorang gadis itu


seorang gadis itu,
yang lembut fitrah tercipta,
manis tuturnya..lentur hatinya..telus wajahnya.
setelah rasa membisik di jiwa,
dimatanya cahaya,dalamnya ada air,
sehangat cinta,sejernih suka,sedalam suka..

seorang gadis itu,
hatinya penuh manja,penuh cinta,sayang semuanya..
cinta untuk diberi,cinta untuk dirasa,
namun,manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah..ia bisa kuat,bisa jadi tabah.
menyokong pahlawan2 dunia..
begitu unik tercipta..
lembutnya bukan lemah..
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah.

seorang gadis itu,
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman..
era hidupnya penuh berdikari,
dirinya terancam dek fitnah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa dipadam dek helah...dek keliru fikir jiwanya..
kerna dihambur ucapkata nista..hanya kerana dunia memperdaya.

kerana seorang gadis itu,yang hidup didunia ini,
perlu teguh hatinya..mantap iman mengunci jiwanya..
dari lemah dan kalah dalam pertarungan yang lama..
dari rebah dan salah....dalam perjalanan mengenali tuhannya..
dalam perjuangan menggapai cinta..nikmat hakiki seorang hamba..
dari Tuhan yang menciptakannya..dari Tuhan yang mengurniakan.

seorang gadis itu..
anugerah istimewa kepada dunia..
sebagai 'abidah,dai'yah dan mujahidah,
pejuang ummah..anak umi dan abi,
muslimah yang solehah..

seorang gadis itu dalam kebahagiaan,
moga Ar-Rahman melindungi..merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu,
menuju cinta-Nya yang abadi..

puteri muslimah sejati


kaulah mawar idaman,
mekarnya dipagari dan dibajai,
sesucinya hatimu seindah akhlakmu,
diciptakan sbgai seorang wanita,
mewarisi kelembutan wanita muslimah,
kembangmu tetap indah,
walau cuma ditaman larangan,
menyiratkan nur keimanan,
nan mekar dihiasi mahmudah,
berkat asuhan ayah bonda,
kaulah serikandi ummah,
akhlakmu permata diri,
peliharalah maruah dan budi,
nescaya kaulah yang bernama,
wanita sejati..kebanggaab ayah bonda.

aku mencintai-Mu


aku mencintai-Mu kerana dua sebab,
yakni cinta kerana nikmat-Mu,
dan kedua cinta kerana Engkau memang patut dicintai,
cinta pertama menyibukkan aku mengenang-Mu,
cinta kedua membuat aku menyerahkan cinta,
yang wajar kerana Engkau singkappkan tabir
supaya aku berpeluang memandang wajah-Mu.
sungguh dalam kedua-dua cinta ini,
tiada yang patut ku puja selain-Mu,
kerana hakMulah segala sanjungan dan pujian.

menundukkan pandangan,


Allah telah berfirman.
maksudnya:"katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka,yang demikian itu lebih bersih bagi mereka,sesungguhnya Allah s.w.t.sangat mengetahui apa yang mereka lakukan"
( surah An-Nur:30)

perintah dalam ayat ini meliputi kaum lelaki dan wanita,supaya menundukkan pandangan mereka
daripada memandang yang haram dilihat.oleh kerana melepas bebaskan pandangan itu salah satu jalan menuju kearah zina,maka Allah menyuruh mereka menjaga pandangan.Allah s.w.t
menyatakan bahawa yang demikian itu lebih mensucikan hati2 mereka dan sesungguhnya Allah s.w.t sangat mengetahui keadaan2 mereka dan akan memberi balasan yang paling sempurna.

Allah s.w.t mengkhususkan kaum wanita dengan menyuruh mereka supaya menundukkan pndangan mereka dan menjaga kemaluan mereka serta tidak mendedahkan perhiasan mereka kepada lelaki ajnabi.

Allah s.w.t telah berfirman:
maksudnya:"...........dan katakanlah kepada wanita mukminat supaya mereka menundukkan pndangan mereka dan menjaga kemaluan mereka ,dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali yang nampak darinya.." (surah An-Nur:31)

dan firman-Nya: "dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak punya pengetahuan mengenainya .sesungguhnya pendengaran,peglihatan dan hati semua itu akan dipertanggungjawabkan.
(surah Al-Isra':36)

Allah s.w.t menyatakan bahawa manusia akan dipertanggungjawabkan mengenai apa2 yang didengar,dilihatnya atau apa yang tersimpan didalam hatinya sama ada halal atau yang haram.maka tiap2 orang hendaklah menyediakan jawapan yang benar dengan cara bermuhasabah dengan dirinya sendiri mengenai apa yang didengarnya atau apa yang dilihatnya ataupun yang difikikannya.

sekian wassalam.

kekayaan hati

video

bila hati mengadap tuhan


pernah diri ini jatuh,
hingga bagai hilang hala tuju,
tatkala itu,sepi di hati menyelubungi,
kekosongan mengisi segala rasaku..
dan ketika itu,
aku berfikir sejenak,
mencari punca segala kegelisahan hatiku,
mencari segala yang membuatkan hatiku dirundung sayu.
tanpa kusedari,air mata mengalir laju..
membasahi segenap wajah sayuku,
membanjiri kolam mata redupku..
Ya Allah,
betapa kerdilnya diri ini,
aku lupa cinta-Mu,aku lupa nikmat-Mu..
aku lupa siapa yang mencipta diri ini.
ampunkan aku tuhanku..
ujian-Mu gagal utk aku lalui..
namun,
bila hati kembali mengadap tuhan.
aku mula menyusun lembaran2 benang yg telah lama terungkai.
mencari di mana redha yang Satu..
menagih kembali cinta kudus ilahi.
dan,
ketika hatiku mengadap tuhan
ketenangan datang menerpa,
tiada lagi kekosongan di jiwa,
tiada lagi kesepian di hati,
dan tiada lagi kesunyian menyelubungi.
walau keperitan dosa dahulu xkan pernah padam,
akan kuberjuang..agar aku x lagi tersungkur.
semuanya kerana~bila hati mengadap tuhan~

syukur pd-Mu Ya Allah.

cintailah Allah..pasti xkan ada kecewa di hatimu.percayalah saudaraku.
jangan sesekali terjebak di dalam cinta dunia yang murah..tagihlah cinta Allah yang Esa dahulu,agar kita sentiasa tenang dan bisa membezakan yang mana kaca dan yang mana berlian,yang mana tembaga dan yang mana emasnya.tiada cinta seagung cinta kepada Allah.cinta pada-Nya akan menguntungkan kita di sana kelak.sentiasalah beringat2 serta berpesan2 saudara/i seislamku..kata2 ini lahir dari hati manusia yang pernah jatuh dan masih tertatih untuk mengutip kembali sinar cinta Rabbnya.
bagaimana seksanya menanggung dosa terdahulu..hanya Dia yang tahu..
~ya Tuhanku.saksikanlah..aku telah menyampaikannya ya Allah.~
Taubat Seorang Hamba
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

sabda Rasulullah s.a.w

mksudnya :"dalam tubuh anak adam,ada seketul daging.jika baik daging itu,maka baiklah seluruh anggota badan,jika jahat,jahatlah seluruh anggota badan.ketahuilah,daging itu ialah hati."
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

nur malam by saujana

video

sepintas lalu kejadian aneh yg pernah berlaku


Satu gambar telah dirakam secara tidak sengaja oleh NASA pada tahun 2000 dan gambar tersebut dinamakan tompokan mawar merah(red rose nebula) kerana keadaan warna dan bentuknya yang seakan-akan mawar merah hingga menjadi perhatian ahli sains.perkara ini telahpun diterangkan di dalam Al-Quran yang bermaksud : selain itu(sungguh ngeri)tatkala langit pecah belah lalu menjadilah ia merah mawar.berkilat seperti minyak">
(surah Ar Rahman:37)
seekor ikan ditangkap oleh George Wehbi di Dakar,Barat Afrika.George terkejut apabila menyedari terdapat tulisan arab di badan ikan tersebut.panjang ikan itu ialah 50 cm lalu dia mmbawanya kepada SheIkh Al-Zein utk mengetahui makna tulisan itu.kalimah"pembantu Allah" dibahagian perut dan "Muhammad"di bahagian kepala dan "utusan-Nya"di bhagian ekor.

sebatang pokok ditemui di sebuah hutan dekat Sydney,Australia.
pokok ini berkeadaan rukuk dan betul2 mengadap kiblat.jika diperhatikan secara dekat,
kelihatan bentuk serban yang mnunjukkan bahagian kepala dan tangan memegang lutut.

nur malam by saujana





nur malam by saujana


Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

percampuran bebas(ikhtilaath)nialah brkumpulnya lelaki dan wanita yang bukan mahram,atau lelaki dan wanita yang bukan mahram berkumpul di sesuatu tempat yang mmbolehkan mereka berhubung antara 1 sama lain.hukum ikhtilaath ialah haram kerana ia termasuk antara perkara-perkara yang paling berbahaya mengancam orang islam.ini kerana percampuran antara jenis yang berlainan itu.iaitu lelaki dan perempuan adalah sebesar-besar sebab yang memudahkan berlakunya kejahatan zina.

nabi s.a.w bersabda

maksudnya:"tidak berkhalwat seseorang lelaki dengan seorang wanita melainkan syaitanlah yang ketiganya."
(HR Ahmad,At-Tarmizi dan Al-Hakim)

dalil keharaman khalwat dengan ajnabi.

ALLAH berfirman:

maksudnya:"..........dan apabila kamu meminta sesuatu(keperluan)kepada mereka(isteri2 nabi)maka mntalah kepada mereka di sebalik tabir,yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka...." (surah al-ahzab:53).

sekian wassalam.

salam taaruf

salam taaruf bt semua yg brkunjung ke~bila hati mengadap tuhan~.
blog ni akan dkemas kini dari semasake semasa..insyaALLAH(kalau rajin.hu2)
ok,sampai disini shja.wassalam

assalamualaikum.

sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah tambah bersih(dengan iman dan kebajikan),dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya(dengan sebab kekotoran maksiat)~al-islam-november 2009