Subscribe to RSS feeds

wahai Tuhanku
pada-Mu kulafazkan derita ini
pada-Mu kuluahkan sakit ini
dan pada-Mu aduan ini kudengarkan

wahai Tuhan,peritnya dugaan ini
apa bisa aku lalui?
wahai Tuhan,sakitnya ujian ini
apa bisa aku rentasi?

butir hujan telah turun..
jatuh laju dari arus mata
mutiara itu gugur lagi..
mengalir sayu di lantai pipi.

aku insan lemah,
umpama lalang ditiup angin
terus rebah tersungkur
diatas jalan kehidupan.

wahai Tuhan,
ingin aku bebas daripada cubaan ini..
ingin aku terbang ke ruang angkasa..
supaya tiada siapa akan menyiat hati ini lagi.

Tuhanku,
ku mohon terbangkanlah penyakit hati si dia..
yang sering membuat aku jatuh tersungkur..
bawalah penyakit itu pergi..bawalah...
x sanggup aku menangisi ia lagi.

Tuhanku,berikan kekuatan padaku
kurniakan kedamaian jiwa dan nuraniku..
hanya pada-Mu ku bermohon.

4 comments:

Cik Mirara said...

entry ni 100% sngkutpaut ngn hidup akak. huuuu. sedehhh~

wardatussofia said...

hehe..jgn la sedeh2.biar sedeh atas niat kerana Allah

hans said...

betul tu

wardatussofia said...

yup.betul2

Post a Comment