Subscribe to RSS feeds

thariqatul mutaakhkhirin

selain thariqatul mutakallilmin dan thariqatul ahnaf,terdapat 1 lagi cara penulisan usul fiqh iaitu cara penulisan yang menggabungkan kedua-dua cara tersebut.cara ini dikenali sebagai thariqatu mutaakhkhirin.cara ini kemudiannya diikuti oleh ulama' dari pelbagai mazhab seperti hanafi,maliki,syafie dan hambali.antara kitab2 yang ditulis menurut cara ini ialah

1~badi' an-nazzam oleh muzaffarudin ahmad bin ali sa'ati hanafi.meninggal dunia pada tahun 694 hjrah bersamaan 1295 masihi.kitab ini merupakan gabungan diantara kitab2 awal yg ditulis oleh bazdawi dengan kitab ihkam yang di tulis oleh amidi.

2~at-tanqih dan syarahnya at-tudi' oleh sadr asy-syariah abdullah bin mas'ud al-mabubi al-hanafi.meninggal dunia pada 747 hijrah bersamaan 1346 masihi.

3~jam'ul jawami' oleh imam tajuddin abdul wahab bin ali as-subki asy-syafie.meninggal dunia pada tahun 771 hijrah bersamaan 1369 masihi.

terdapat 1 corak penulisan yang belum pernah wujud di sebelumnya dalam bidang ini.corak tulisan seperti ini terdapat dalam kitab al-muafaqat fi usulil ahkam karangan abu ishak ibrahim bin musa al-lakhami yang lebih dikenali sebagai asy-syatibi.meninggal dunia pada tahun 790 hijrah bersamaan 1388 masihi.dalam kitab ini beliau telah menggabungkan kaedah usul fiqh dengan maqadis syariah.

3 comments:

l bro m said...

uii,, rindunya kpd ilmu ni.. erk mantap r puan ni.. mm erk cuma trksan sikit dgn ayat di sebelah...

wardatussofia said...

ayat yg mne?

hans said...

wah...

Post a Comment