Subscribe to RSS feeds

cara penulisan ilmu usul fiqh

selepas imam asy-syafie,terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu usul fiqh.cara penulisan mereka dibahagikan kepada dua iaitu thariqatul mutakallimin dan thariqatul ahnaf.

thariqatul mutakallimin

~cara ini dipelopori oleh ulama' mazhab syafie.oleh sebab itu ia juga dinamakan thariqatul syafi'iah.mereka membuat kaedah2 usul fiqh serta mengukuhkannya dengan dalil2 naqli dan 'aqli.
kemudia kaedah ini dijadikan dasar unt menyelesaikan masalah yang timbul.mereka tidak memasukkan masalah fiqh dalam penulisan mereka.masalah fiqh tersebut dibiarkan berasingan dalam kitab2 fiqh.antara kitab2 yang ditulis menurut cara ini ialah..

1~al-burhan oleh imam haramain abdul malik bin abdullah juaini.meninggal dunia pada tahun 478 hjrah bersamaan 1058 masihi.

2~al-mu'tamad oleh abu husain muhammad bin ali basri.meninggal dunia pada tahun 446 hjrah bersamaan 1044 masihi.

3~al-mustasfa min ilmil usul oleh imam al-ghazali.meninggal dunia pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi.

4~al-mahsul oleh fakhruddin muhammad bin umar husain ar-razi.meninggal dunia pada tahun 606 hijrah bersamaan 1209 masihi.kitab ini merupakan ringkasan kepada ketiga-tiga kitab diatas.

5~ihkam fi usulil ahkam oleh saifuddin al-madini.meninggal dunia pada tahun 631 hijrah bersamaan 1233 masihi.


thariqatul ahnaf

cara penulisan ini juga dikenali sebagai thariqatul fuqahak.menurut cara ini,kaedah2 usul fiqh dibuat berdasarkan hukum2 yang telah diputuskan oleh imam2 mazhab mereka.kaedah tersebut dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan.jika tidak,kaedah2 tersebut diubah suai oleh mereka.oleh itu,kitab2 yang ditulis mengikut cara ini terdapat banyak masalah fiqh.antara kitab2 yg ditulis menurut cara ini ialah seperti berikut..

1~al-usul oleh abu bakar ahmad bin ali yang dikenali sebagai al-jassos.meninggal dunia pada tahun 370 hijrah bersamaan 980 masihi.

2~al-usul oleh abu zaid abdullah bin umar ad-dabbusi.meninggal pada tahun 430 hijrah bersamaan 1039 masihi.

3~al-usul oleh fakhrul islam ali bin muhammad bazdawi.meninggal dunia pada tahun 482 hijrah bersamaan 1089 masihi.

4~kasyful asrar oleh abdul aziz bin ahmad bukhari.meninggal pada tahun 730 hijrah bersamaan 1330 masihi.

0 comments:

Post a Comment