Subscribe to RSS feeds

solusi edisi 17


ILM AL YAKIN

*keyakianan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitahu/diberitakan dan kemudiannya didengari telinga.

Dalil :
firman Allah swt yang bermaksud-

'"jangan sekali-kali(bersikap demikian)!kami akan mengetahui kelak(akibatnya) yang buruk semasa hendak mati"
(surah at-takathur 102:3/5)

contohnya...

Si A tidak mengenali madu,apatah lagi merasai madu.namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayai bahawa madu itu manis.maka Si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupun dia tak pernah melihat atau merasai madu itu.


AIN AL-YAKIN

*Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

Dalil-firman Allah swt. yang bererti-

"selepas itu,demi sesungguhnya!-kamu(wahai orang derhaka)akan melihat dengan penglihatan yang yakin(semasa kamu dilemparkan kedalamnya).

(surah at-takathur 102:7)

contohnya..

Si B tak pernah merasai madu,namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah dihurungi semut.dia hanya melihat rupa bentuk madu,dan semut yang menghurungi madu,maka Si B yakin bahawa madu itu manis,walaupun dia belum merasainya.


HAQ AL-YAKIN

*yakin yang terhasil daripada pengalaman dan amalan

Dalil-firman Allah swt yang bermaksud:

"sesungguhnya (segala yang disebutkan)itu adalah kebenaran yang diyakini."

(surah al-waqiah 56:95)

contohnya...
Si C sudah merasai sendiri madu,tangannya sendiri pernah menyentuh madu,rasa kelihatan madu bagai bancuhan gula yang pekat.dia juga sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya,yakni merasai manisnya madu,maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

4 comments:

Dr Amira Atiqah said...

salam.
apa-apa pun,
keyakinan terletak pada diri sendiri & keyakinan pada ALLAH.
huhuuuuuuuuuu~

wardatussofia said...

yup..itu memang betul..
hmm..betul3(versi upin ipin)dgr dlm tv k?hehe

Dr Amira Atiqah said...

hehe. betol betol betol.
kelakar la.
'jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampir bleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu2,
usahamu tak menentu'.
haha. tahu tak lagu ni?
hehe~

wardatussofia said...

tau2..mcm nk g sukan je nyanyi lagu 2..hehe

Post a Comment