Subscribe to RSS feeds

mengapa masih berduka cita??


Penulis buku Al-Farj Ba'da al-syiddah menyebut bahawa seorang yang bijaksana sedan ditimpa masalah/musibah.Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.si bijaksana itu pun berkata:"aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resepi yang berbeza.".kawan-kawannya pun bertanya:"apakah dia?" jawabnya....
~1~percaya sepenuhnya pada Allah. ~2~kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. ~3~sabar adalah senjata paling berkesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian. ~4~jika saya tidak sabar lalu apa yang boleh saya lakukan.dan saya tidak akan tertolong hanya perasaan resah. ~5~mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebuh buruk daripada keadaan saya sekarang ini. ~6~dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka..

jangan brdukacita jika anda disakiti


Syiekhul islam Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa orang mukmin itu tidak akan menuntut,tidak akan menghina,dan tidak akan memukul.


jangan berdukacita kerana berdepan dengan pelbagai kesukaran

sebenarnya apa jua kesusahan akan menguatkan hati,menghapuskan dosa,melenyapkan rasa ujub,dan menguburkan rasa sombong. kesusahan2 itu akan mengelakkan kelalaian,menyalakan zikir,menarik kecintaan manusia,menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang2 soleh,merupakan bukti ketundukan kepada Yang Maha Esa.satu amalan awal,satu usaha untuk menghidupkan zikir,satu usaha untuk menjaga hati dengan bersabar,satu persiapan untuk menghadap Allah.dan satu hal tidak cenderung pada dunia,merasa aman dan tenang dengannya. kerana kelembutan yang disembunyi itu jauh lebih banyak,dosa yang didtutupi itu jauh lebih banyak dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih banyak.
sekian
wassalam

0 comments:

Post a Comment