Subscribe to RSS feeds

akademi quran





AQ berlainan dari program realiti yang lain..yang banyak menekankan nyanyian dan suara.
AQ,wujud pada tahun 2006 yang telah membuka banyak mata,bahawa Al-Quran itu penting dan hendaklah dibaca dengan tartil..Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid. Yang demikian itu adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil itu akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya.

Sebab itu Ummu Salamah r.a. bila membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu.

Ibnu Abas r.a. pula berkata: Bagiku jika membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran dengan penuh tartil dan memahami semua maksud-maksudnya adalah lebih aku utamakan daripada membaca seluruh al-Quran secara sambil lalu saja.

Nyatakan, bahawasanya membaca al-Quran dengan tartil dan tertib satu persatu itu lebih dekat kepada tanda penghargaan dan penghormatan dan akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati daripada membacanya secara tergesa-gesa dan sambil lewa saja.

AQ juga telah banyak memberi informasi tentang ilmu qiraat,tajwid,fasohah dan tarannum.
seperti yang dituntut oleh Allah swt didalam Al-Quran supaya ia dibaca dengan tartil..iaitu peringkat yang paling cemerlang.
penghayatan ketika membaca Al-Quran juga ditekankan didalam AQ.
dimana ayat2 berbentuk sayu,merintih,gembira,ketegasan dilantunkan menggunakan suara2 tertentu untuk para pendengar lebih menghayati apa yang disampaikan didalam Al-Quran.
program berbentuk keagamaan ini harus diteruskan bagi menghidupkan generasi Al-Quran kembali..
sepertimana yang kita lihat dizaman Rasulullah saw.bagaimana para sahabat menghafaz Al-Quran dan mengamalkannya..inilah yang patut kita lihat bila timbulnya rancangan realiti seperti ini..membangunkan kembali era kegemilangan Al-Quran dizaman islam makin jatuh.
marilah kita bersama-sama mendokong usaha-usaha mereka bagi meningkatkan taraf pemahaman,kasih sayang pada kitab suci Allah itu..Yallah,jgn berlengah lagi..wujudkan slogan"cinta Quran sejati"didalam hati kita..ayuh semua..

0 comments:

Post a Comment