Subscribe to RSS feeds

ibnu taimiyah

assalamualaikum wbt..

tnpa buang waktu..sekiranya anda bace post ana dibawah..ana pasti ade 1 nama lagi yg akn bermain difikiran antum wa antunna..(klau x bce post bwh 2,harap bace la..ok)
nama yang ana mksudkan ialah,ibn taimiyah..siapakah beliau??

  • Lahir di Bahran pada 22Januari tahun 1263M bersamaan dengan10 Rabiul Awal hari Isnin tahun 661 hijrah
  • Nama sebenar beliau ialah Syeikhul Islam Abu Al- Abbas Ahmad Bin Abdul Halim Ibnu Abdus-Salam Bin Abdullah Bin Abi Al-Qasim Al-Khadri An-Namiri Al-Harani Ad-Damsyiqiyy Al-Hambali atau lebih dikenali dengan Ibnu Taimiyyah
  • Datuk beliau ialah Imam Majduddin,beliau merupakan seorang pengikut Mazhab Hambali,beliau telah mempunyai sejumlah karya,beliau merupakan seorang ulama’ yang Faaqih dalam bidang Feqh,Hadith,Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu
  • Beliau telah berpindah ke Damaskus,Syria ketika beliau berumur 7tahun yang mana ketika itu merupakan kedatangan Tentera Monggol,manakala ayah beliau pula iaitu Syeikh Syihabuddin Abdul Halim merupakan seorang ulama’ yang dikira sebagai ulama’ yang terkenal dizamanya,pernah menjadi guru besar serta pemimpin sebuah madrasah di Sukariyyah dan beliau juga dibesarkan juga disana
  • Diantara guru beliau ialah: Imam Syamsudin Al-Maqdisi(Mufti pertama Mazhab Hambali di Syria yang mana beliau mempunyai 200 orang guru),Imam Abi Al-Yasr,Imam Kamal bin Abdu,Imam Majd bin Asakir,Imam Ahmad bin Abi Al- Khair,Imam Qasim bin Arbaliy,Syeikh Imam Fakhruddin bin Bukhari,Imam Kamal bin Abdur-Rahim,Imam Qasim bin ‘Alaan,Imam Ahmad bin Syaibaan serta ramai lagi
  • Manakala murid-murid beliau pula antaranya:Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy dan Imam Abu Fida’ bin Ismail Al-Katsir(Imam Ibnu Katsir)
  • Beliau telah mengikuti pengajian Kitab Musnad Imam Ahmad beberapa kali,dan juga telah mengikuti pengajian Kitab hadith sunan As-Sittah serta mengikuti pengajian Kitab Mu’jam At-Thabrani Al-Kabir,beliau telah menghafaz Al-Quran serta menguasai Ilmu Feqah dan mempelajari bahasa arab daripada Imam Ibnu Abdul Qawiy
  • Ketika beliau berumur 17tahun,beliau telah diberi peluang oleh gurunya iaitu Imam Syamsudin Al-Maqdisi untuk memberikan fatwa kerana beliau merupakan seorang murid yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Bijaksana yang sangat kuat hafalanya,senang memahami sesuatu pelajaran dengan senang serta banyak pengetahuanya
  • Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria,beliau telah bergabung dengan tentera Syria-Mesir dan telah beroleh kemenangan
  • Beliau telah dipenjarakan sebanyak 4kali!!setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama,beliau telah tinggal di Cairo,lalu dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik terhadap pandangan Sufisme(mesti ada sesuatu yang telah dilakukan oleh golongan ini sehingga menjadi kritikkan Imam Ibnu Taimiyyah kan?)di Mesir
  • Selepas dibebaskan,beliau kembali berdakwah di Cairo dan menjadi penasihat Sultan Nasir Muhammad Bin Qaawun
  • Pada tahun 1318,sultan telah mengirim sepucuk surat dengan menyuruh beliau jangan lagi berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan Mazhab Hambali,beliau telah menolak anjuran sultan tersebut lalu telah dipenjarakan di benteng Damaskus selama 5bulan 18hari,beliau telah dibebaskan oleh Sultan Nasir pada 9Februari tahun 1321
  • Beliau telah ditahan kali terakhir semasa fatwa beliau tentang soal ziarah kubur,beliau telah ditahan bersama dengan murid beliau yang setia iaitu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy(tahun1326)
  • Karya beliau telah mencapai lebih kurang 4ribu naskhah dengan 300 jilid yang mana kitab beliau yang popular iaitu AR-RADD ALA AL-MANTHIQIYYIN(menolak pendapat ahli Mantiq)
  • Kandungan kitab ini telah menolak pemikiran ahli falsafah Yunani yang mempengaruhi pemikiran manusia melalui teori Logika Matematik,kitab ini sebanding dengan karya Imam Ghazali iaitu Kitab TUHFATUL FALASIFAH
  • Jika kandungan kitab Imam Ghazali menghentam pemikiran-pemikiran ahli falsafah Yunani dan mengolahnya dengan menyesuaikanya dalam pemikiran islam,tetapi Imam Ibnu Taimiyyah telah membangkitkan kembali semangat berfikir islam secara murni
  • Kitabnya tidak dicetak,hanya sekali iaitu di negara India
  • Diantara karyanya yang terkenal juga iaitu IKHTIYARATUL FIQHIYATI,KITABUL IMAN,AT-TAWASUL WAL WASILAH,AS-SIYASAH ASY-SYAR’IEYYAH FI ISLAHI RA’IE WAL RA’YAH,BAYAN AD-DALIL ‘ALA BATHLANI AT-TAHLIL,AS-SARIM AL-MASLUL ALA SHATAIM AR-RASUL,MAJMUAH AL-FATAWA,ALFURQAAN BAINA AULIYA’ ALLAH WA AULIYA’ ASY-SYAITAN,AL-JAWAB AS-SAHIH LIMAN BADAL DIN AL-MASIH dan lain-lain lagi
  • Syahidnya Imam Ibnu Taimiyyah di Damaskus pda tahun 728hijrah,semoga Allah merahmati beliau atas jasa-jasa beliau dalam memperjuangkan islam meskipun hidup beliau penuh dengan rintangan,cabaran,hidup dalam tahanan,cacian serta makian bahkan diteruskan juga cacian dan makian kepada beliau sehinggalah ke hari ini(percaya atau tidak?)

Oleh itu,berdasarkan daripada biografi beliau ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawasanya bukanlah senang hidup orang yang ingin memperjuangkan agama Allah ini,kalau hidup berjuang hendak hidup senang,goyang kaki,bukanlah dinamakan perjuangan bahkan tidaklah dapat perjuangan tersebut mewarisi sunnah berjuang para rasul yang mulia,oleh itu,wahai pejuang islam sekalian!sabarlah apa yang menimpa kamu,senyumlah kembali,tunggulah ganjaran yang Allah tawarkan pada kamu,kemaskan serta istiqamahlah dalam mengamalkan amalan yang memungkinkan mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan,hiraukanlah segala macam tohmahan serta cacian manusia,ayuh,kembali bersemangat!Allah bersama kamu!!

(sudah siap sediakah kita ingin menjadi seorang pejuang islam yang menyampaikan risalah Allah yang suci ini tanpa gentar serta takut?siap sedialah,ayuh!)

oh ye,artikel ni ana ambik dari blog..http://alhammasiyy.wordpress.com/2006/10/09/mengenal-imam-ibnu-taimiyyah661h-728h/

silalah ziarah.

ana sertakan pula latar belakang Ibn Taimiyah yang tertulis indah didalam buku teks quran sunnah ting.4 ana.

nama sebenar al-iman Ibn Taimiyah ialah taqiuddin abu al-abbas ahmad bin abdul halim harrani.beliau lahir pada 10 rabiul awal tahun 661 hijrah.bersamaan dengan januari 1262 masihi di bandar hirran atau iraq.ketika beliau berumur 7 tahun ketua baghdad dan harrani telah ditawan oleh bangsa tar tar.ini menyebabkan Ibnu Taimiyah dan keluarganya berpindah kedamsyik dan menetap disana.gelaran Ibn Taimiyah diambil sempena nama moyangnya yang kesembilan.bapanya berkerja sebagai khatib di masjid umaiyah dan guru ilu hadis.al-imam Ibn Taimiyah merupakan syiekh islam yang banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan islam.beliau meninggal dunia didalam penjara damsyik pada malam isnin 20 zulhijjah 728 hijrah bersamaan 1329 masihi dan jenazahnya dikembumikan di damsyik.

hmm..knp Ibnu Taimiyah dipenjara??

ada yang mngatakan ibnu Taimiyah ini sesat..dan ada juga yang menyatakan bahawa beliau adalah pejuang yang menegakkan islam..sekiranya beliau sesat..bagaimana kisahnya boleh dirakam indah dalam buku teks quran sunnah form 4..ikuti pendapat dan pandangan mereka2 yang lain tentang beliau.klik sini..

0 comments:

Post a Comment