Subscribe to RSS feeds

khutbah terakhir Rasulullah


khutbah ini disampaikan pada 9 haribulan zulhijjah tahun 10 hijrah di padang arafah.

wahai manusia!
dengarlah baik2 apa yang hendak aku katakan ini,aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian setelah tahun ini.oleh itu,dengarlah dengan teliti kata2ku ini.dan sampaikanlah kepada orang2 yang tidak hadir disini pada hari ini.

wahai manusia!
seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci.kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakitimu lagi.ingatlah!,kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba',oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.waspada terhadap syaitan,demi keselamatan agama kamu.dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 yang besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 yang kecil.

wahai manusia!
sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri2 kamu,maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu.sekitranya mareka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu,maka mereka juga berak diberi makan,pakaian, dan suasana kasih sayang.layanlah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah,mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

wahai manusia!
dengarlah bersungguh-sungguh kata2 ini.
sembahlah Allah,dirikanlah solat 5 waktu sehari semalam.berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaaanmu.kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.ketahuilah bahawa setiap orang islam yang lainnya.kamu semua adalah sma ,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.ingatlah!kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.oleh itu,awasilah!agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

wahai manusia!
tidak ada lagi nabi dan rasul yangakan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata2ku yang telah aku sampaikan kepada kamu,sesungguhnya aku tingalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.itulah Al-Quran dan As-Sunnah ku.
hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikan pula kepada orang lain.semoga orang yang terakhir lebih memahami kata2ku dari mereka yang terus mendengar dariku.saksikanlah Ya Allah,bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

0 comments:

Post a Comment