Subscribe to RSS feeds

solat..

hmm.td ade tertanye pada ustaz..(tertanye???pelik.hehe)
"ustaz,contah la saya tersesat dalam hutan,mcmna saye nak solat dalam keadaan yag tak dapat tutup aurat dengan sempurna untuk solat..?"

ustaz pun jawab,"itu di kira kita didalam darurat..mgkin waktu tu kita x dapat nak tutup aurat dengan sempurna atas sebab pemakaian ketika itu,mgkin sbb pakaian kita tekoyak dan mendedahkan anggota.solat tetap wajib,tambahan pula ketika didalam keadaan tersesat dalam hutan,kita memerlukan kesabaran dan keteguhan iman untuk melalui saat2 itu.oleh itu,pada Allah lah kita bermohon.sekurang2nya..bila ditanya di akhirat mengapa kamu solat dalam keadaan begitu?kamu boleh menerangkan.yg ketika itu..tidak ada satu bnda pun yg dapat lindungi bdn kamu.berbanding kamu x solat langsung..
ingat,solat x boleh di qadakan selain daripada tertidur dan terlupa.

ok la..2 je..alhamdulillah,ilmu baru..syukran ya ustaz.
wassalam

ibnu taimiyah

assalamualaikum wbt..

tnpa buang waktu..sekiranya anda bace post ana dibawah..ana pasti ade 1 nama lagi yg akn bermain difikiran antum wa antunna..(klau x bce post bwh 2,harap bace la..ok)
nama yang ana mksudkan ialah,ibn taimiyah..siapakah beliau??

  • Lahir di Bahran pada 22Januari tahun 1263M bersamaan dengan10 Rabiul Awal hari Isnin tahun 661 hijrah
  • Nama sebenar beliau ialah Syeikhul Islam Abu Al- Abbas Ahmad Bin Abdul Halim Ibnu Abdus-Salam Bin Abdullah Bin Abi Al-Qasim Al-Khadri An-Namiri Al-Harani Ad-Damsyiqiyy Al-Hambali atau lebih dikenali dengan Ibnu Taimiyyah
  • Datuk beliau ialah Imam Majduddin,beliau merupakan seorang pengikut Mazhab Hambali,beliau telah mempunyai sejumlah karya,beliau merupakan seorang ulama’ yang Faaqih dalam bidang Feqh,Hadith,Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu
  • Beliau telah berpindah ke Damaskus,Syria ketika beliau berumur 7tahun yang mana ketika itu merupakan kedatangan Tentera Monggol,manakala ayah beliau pula iaitu Syeikh Syihabuddin Abdul Halim merupakan seorang ulama’ yang dikira sebagai ulama’ yang terkenal dizamanya,pernah menjadi guru besar serta pemimpin sebuah madrasah di Sukariyyah dan beliau juga dibesarkan juga disana
  • Diantara guru beliau ialah: Imam Syamsudin Al-Maqdisi(Mufti pertama Mazhab Hambali di Syria yang mana beliau mempunyai 200 orang guru),Imam Abi Al-Yasr,Imam Kamal bin Abdu,Imam Majd bin Asakir,Imam Ahmad bin Abi Al- Khair,Imam Qasim bin Arbaliy,Syeikh Imam Fakhruddin bin Bukhari,Imam Kamal bin Abdur-Rahim,Imam Qasim bin ‘Alaan,Imam Ahmad bin Syaibaan serta ramai lagi
  • Manakala murid-murid beliau pula antaranya:Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy dan Imam Abu Fida’ bin Ismail Al-Katsir(Imam Ibnu Katsir)
  • Beliau telah mengikuti pengajian Kitab Musnad Imam Ahmad beberapa kali,dan juga telah mengikuti pengajian Kitab hadith sunan As-Sittah serta mengikuti pengajian Kitab Mu’jam At-Thabrani Al-Kabir,beliau telah menghafaz Al-Quran serta menguasai Ilmu Feqah dan mempelajari bahasa arab daripada Imam Ibnu Abdul Qawiy
  • Ketika beliau berumur 17tahun,beliau telah diberi peluang oleh gurunya iaitu Imam Syamsudin Al-Maqdisi untuk memberikan fatwa kerana beliau merupakan seorang murid yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Bijaksana yang sangat kuat hafalanya,senang memahami sesuatu pelajaran dengan senang serta banyak pengetahuanya
  • Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria,beliau telah bergabung dengan tentera Syria-Mesir dan telah beroleh kemenangan
  • Beliau telah dipenjarakan sebanyak 4kali!!setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama,beliau telah tinggal di Cairo,lalu dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik terhadap pandangan Sufisme(mesti ada sesuatu yang telah dilakukan oleh golongan ini sehingga menjadi kritikkan Imam Ibnu Taimiyyah kan?)di Mesir
  • Selepas dibebaskan,beliau kembali berdakwah di Cairo dan menjadi penasihat Sultan Nasir Muhammad Bin Qaawun
  • Pada tahun 1318,sultan telah mengirim sepucuk surat dengan menyuruh beliau jangan lagi berfatwa dengan fatwa yang bertentangan dengan Mazhab Hambali,beliau telah menolak anjuran sultan tersebut lalu telah dipenjarakan di benteng Damaskus selama 5bulan 18hari,beliau telah dibebaskan oleh Sultan Nasir pada 9Februari tahun 1321
  • Beliau telah ditahan kali terakhir semasa fatwa beliau tentang soal ziarah kubur,beliau telah ditahan bersama dengan murid beliau yang setia iaitu Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyy(tahun1326)
  • Karya beliau telah mencapai lebih kurang 4ribu naskhah dengan 300 jilid yang mana kitab beliau yang popular iaitu AR-RADD ALA AL-MANTHIQIYYIN(menolak pendapat ahli Mantiq)
  • Kandungan kitab ini telah menolak pemikiran ahli falsafah Yunani yang mempengaruhi pemikiran manusia melalui teori Logika Matematik,kitab ini sebanding dengan karya Imam Ghazali iaitu Kitab TUHFATUL FALASIFAH
  • Jika kandungan kitab Imam Ghazali menghentam pemikiran-pemikiran ahli falsafah Yunani dan mengolahnya dengan menyesuaikanya dalam pemikiran islam,tetapi Imam Ibnu Taimiyyah telah membangkitkan kembali semangat berfikir islam secara murni
  • Kitabnya tidak dicetak,hanya sekali iaitu di negara India
  • Diantara karyanya yang terkenal juga iaitu IKHTIYARATUL FIQHIYATI,KITABUL IMAN,AT-TAWASUL WAL WASILAH,AS-SIYASAH ASY-SYAR’IEYYAH FI ISLAHI RA’IE WAL RA’YAH,BAYAN AD-DALIL ‘ALA BATHLANI AT-TAHLIL,AS-SARIM AL-MASLUL ALA SHATAIM AR-RASUL,MAJMUAH AL-FATAWA,ALFURQAAN BAINA AULIYA’ ALLAH WA AULIYA’ ASY-SYAITAN,AL-JAWAB AS-SAHIH LIMAN BADAL DIN AL-MASIH dan lain-lain lagi
  • Syahidnya Imam Ibnu Taimiyyah di Damaskus pda tahun 728hijrah,semoga Allah merahmati beliau atas jasa-jasa beliau dalam memperjuangkan islam meskipun hidup beliau penuh dengan rintangan,cabaran,hidup dalam tahanan,cacian serta makian bahkan diteruskan juga cacian dan makian kepada beliau sehinggalah ke hari ini(percaya atau tidak?)

Oleh itu,berdasarkan daripada biografi beliau ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawasanya bukanlah senang hidup orang yang ingin memperjuangkan agama Allah ini,kalau hidup berjuang hendak hidup senang,goyang kaki,bukanlah dinamakan perjuangan bahkan tidaklah dapat perjuangan tersebut mewarisi sunnah berjuang para rasul yang mulia,oleh itu,wahai pejuang islam sekalian!sabarlah apa yang menimpa kamu,senyumlah kembali,tunggulah ganjaran yang Allah tawarkan pada kamu,kemaskan serta istiqamahlah dalam mengamalkan amalan yang memungkinkan mendapat pertolongan Allah dalam perjuangan,hiraukanlah segala macam tohmahan serta cacian manusia,ayuh,kembali bersemangat!Allah bersama kamu!!

(sudah siap sediakah kita ingin menjadi seorang pejuang islam yang menyampaikan risalah Allah yang suci ini tanpa gentar serta takut?siap sedialah,ayuh!)

oh ye,artikel ni ana ambik dari blog..http://alhammasiyy.wordpress.com/2006/10/09/mengenal-imam-ibnu-taimiyyah661h-728h/

silalah ziarah.

ana sertakan pula latar belakang Ibn Taimiyah yang tertulis indah didalam buku teks quran sunnah ting.4 ana.

nama sebenar al-iman Ibn Taimiyah ialah taqiuddin abu al-abbas ahmad bin abdul halim harrani.beliau lahir pada 10 rabiul awal tahun 661 hijrah.bersamaan dengan januari 1262 masihi di bandar hirran atau iraq.ketika beliau berumur 7 tahun ketua baghdad dan harrani telah ditawan oleh bangsa tar tar.ini menyebabkan Ibnu Taimiyah dan keluarganya berpindah kedamsyik dan menetap disana.gelaran Ibn Taimiyah diambil sempena nama moyangnya yang kesembilan.bapanya berkerja sebagai khatib di masjid umaiyah dan guru ilu hadis.al-imam Ibn Taimiyah merupakan syiekh islam yang banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan islam.beliau meninggal dunia didalam penjara damsyik pada malam isnin 20 zulhijjah 728 hijrah bersamaan 1329 masihi dan jenazahnya dikembumikan di damsyik.

hmm..knp Ibnu Taimiyah dipenjara??

ada yang mngatakan ibnu Taimiyah ini sesat..dan ada juga yang menyatakan bahawa beliau adalah pejuang yang menegakkan islam..sekiranya beliau sesat..bagaimana kisahnya boleh dirakam indah dalam buku teks quran sunnah form 4..ikuti pendapat dan pandangan mereka2 yang lain tentang beliau.klik sini..

10 golongan yang tidak mendapat syafaat nabi saw

~1~golongan yang derhaka
~2~golongan yang didalam hatinya ada penyakit
~3~golongan yang membenci islam
~4~golongan yang hanya memikirkan dunia
~5~golongan yang meremehkan islam
~6~golongan yang mengabaikan akhlak mulia
~7~golongan yang melupakan kebahagiaan dan ketenangan hidup
~8~golongan yang derhaka ibu bapa
~9~suami yang tidak menjaga isteri dari neraka
~10~isteri yang tak mahu menyayangi dan mengurus anak.

bagi golongan yang pertama,iaitu golongan yang derhaka.ia terbahagi kepada 2 iaitu:

~kufur kepada Allah
~golongan yang derhaka.



golongan yang kufur pada Allah


kekufran adalah kejahilan.kekufuran adalah kejahilan bakan kekufuran adalah kejahilan yang hakiki.kejahilan terbesar dan terhina ialah kejahilan manusia yang tidak mengenali Rabb.Manusia menyaksikan penciptaan alam yang besar dan berkenalan dengannya siang dan malam,tetapi dia tidak mengenali Penciptanya dan Zat yang memerintahnya sehingga bergerak terus menerus.



golongan yang derhaka


kekufuran juga membawa kepada kederhakaan dan kelalaian terhadap hak-hak sesama manusia.dari manakah datang rezeki manusia sehinga dia mesti berlaku baik melalui rezekinya terhadap manusia lain?Bukankah Allah SWT yang telah memberi rezeki,kekuatan,kukuasaan dan pemerintahan?Manusia semestinya memberi nikmat dan berbuat baik kepada manusia lain sepertimana Allah SWT berbuat baik kepadanya.



kufur kepada Allah pula terbahagi kepada 3:

~kufur nikmat
~menzalimi diri sendiri
~ingkar


kufur nikmat.


wahai manusia,tanyalah dirimu;siapakah yang telah mencipta batu bata,hidrogen,oksigen,udara dan sebagainya yang tidak mempunyai nyawa dan akal?siapkah yang mengeluarkan dari alam ini makhluk besar dan mustahak seperti manusia?tidakkah kamu kagum menyaksikan beraneka ragam benda dipelusuk alam ini?alam ini berhajat dan memerlukan Zat Yang Maha Pencipta dan Memiliki kemahiran yang tiada tolak bandingnya.

meskipun demikian,akal manusia masih jahil dan tidak terbimbing untuk mengenali Zat Yang Maha Mulia.adakah masih terbuka pintu ilmu yang benar pada manusia seperti ini?manusia yang telah sesat pangkal pengetahuannya?manusia seperti ini tidak akan mendapat petunjuk jalan yang lurus dan ilmu yang benar sekalipun penelitian,perbahasan,dan penyelidikan telah sampai ke pangkal pemikiran lantaran dia mengalami kegelapan dan kejahilan di permulaan lagi.

seterusnya,dia akan terus dalam kegelapan dan kejahilan hingga akhir hayatnta.kekeufuran adalah kezaliman.kekufuran adalah kezaliman bahkan,kekufuran adalah kezaliman yang paling besar dan jahat.ini selaras dengan makna zalim iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang layak dan menggunakan sesuatu secara paksa dan tidak wajar mengikut fitrahnya.


menzalimi diri sendiri

manusia telahpun maklum bahawa sesuatu yang terdapat di langit dan dibumi terikat kepada perintah Allah.dan difitrahkan dengan fitrah islam(patuh).manusia sendiri dengan tubuh badan dan segala anggotanya tidak dilahirkan melainkan atas fitrah ini.Allah swt telah memberikan haq kepada manusia agar menggunakan anggota2 tubuhnya mengikut kehendak fitrah.manusia tidak boleh menggunakan anggota2nya melainkan yang sekadar diredhai oleh Allah swt.tetapi,manusia yang kafir kepada Allah telah menggunakan anggota2 tubuhnya dengan cara yang tidak sesuai dengan fitrah.dia memenuhi kehendak hatinya dengan kegelapan,membesarkan yang lain daripada Allah swt.dan cinta atau gemar kepda yang lain daripada Allah.fitrahnya menuntut supaya hatinya dipenuhi dengan cahaya membesarkan Allah,cinta dan gemar kepada-Nya dan bergantung kepada Yang Maha Esa.fitrahnya juga menuntut seluruh anggota tubuhnya dan segala miliknya digunakan mengikut undang2 Allah swt.

justeru,dengan nama Allah swt,jawablah siaakah yang lebih zalim daripada orang yang hidupnya menzalimi segala yang ada di dunia,termasuk dirinya sendiri?kekufuran bukan sekadar zalim bahkan kekufuran juga ialah pemesongan,penentangann,pengingkaran dan kekejian.Adakah manusia menjadi pemilik bagi sesuatu yang paling hampir dengannya?siapakah yang menjadikan akal dan otaknya?adakah dirinya sendiri atau Allah swt.jawapannya adalah Allah.

Allah swt telah mencampakkan nikmat2-Nya kepada manusia.inilah kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi.oleh itu,siapa yang lebih zalim,lebih derhaka dan lebih menentang daripada orang yang menggunakan akal fikirannya berfikir untuk melawan Allah swt?


ingkar

seoarang hamba biasanya akan dihukum apabila dia dia hidup dengan rezeki tuannya tetapi tidak menjaga haq2 tuannya hingga menjadi hamba yang ingkar.seorang pegawai pentadbir yang menggunaka kuasanya berlawanan dengan maslahat kerajaan yang dituduh sebagai penderhaka dan terkeluar daripada kehendak pemerintah.seseorang itu,akan dikatakan ingkar jika dia melengah2kan haq tuannya demi mengejar hal lain.bukankah semuanya daripada Allah?

golongan yang derhaka juga terbahagi kepada

~tidak menunaikan hak ibu bapa
~membangkang terhadap perintah Allah
~tidak mengenal Allah.

bersambung...

jangan berdukacita dan banyaklah beristigfar kerana Allah Maha Pengampun.


"sehingga akau berkata(kepada mereka):"mintalah ampun pada tuhan kamu,sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun"(sekiranya kamu berbuat demikian),Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak;dan Dia akan mengadakan bagi kamu sungai-sungai(yang mengalir dalamnya)." (surah Nuh:10-12)


beristigfarlah banyak2 supaya anda dapat menemukan jalan keluar,mendapat ketenangan batin,harta yang halal,keluarga yang soleh,dan ujan yang deras.


"dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik),kemudian hendaklah kamu rujuk patuh semula kepada-Nya,supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik(di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu,dan (di akhirat pula)Dia akan memberi kepada tiap2 seseorang yang mempunyai kelebihan(dalam sebarang amal soleh)akan pahala kelebihannya itu." (surah Hud:3)
menurut 1 hadis ada disebut,ertinya:"sesiapa beristigfar banyak2,nescaya Allah akan memberi jalan keluar untuk tiap2 kesusahan/kecemasan dan akan membuka pintu keluar dari tiap2 kesempitan." anda perlu membaca penghulu istigfar sebanyak mungkin,lafaznya sebagaimana disebut dalam hadis Sahih Bukhari sebagai berikut: maksudnya...


"yaAllah,Engkau adalah Tuhanku.tidak ada Tuhan selain Engkau,Engkau ciptakan aku,dan aku adalah hamba-Mu.aku akan melaksanakan semua janjiku untuk-Mu dengan segala kemampuanku.aku berlindung kepada-Mu dengan segala nikmat-Mu atasku dan aku mengakui dosa-dosaku maka ampunilah aku kerana tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."

mengapa masih berduka cita??


Penulis buku Al-Farj Ba'da al-syiddah menyebut bahawa seorang yang bijaksana sedan ditimpa masalah/musibah.Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.si bijaksana itu pun berkata:"aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resepi yang berbeza.".kawan-kawannya pun bertanya:"apakah dia?" jawabnya....
~1~percaya sepenuhnya pada Allah. ~2~kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. ~3~sabar adalah senjata paling berkesan yang digunapakai oleh orang-orang yang mendapat ujian. ~4~jika saya tidak sabar lalu apa yang boleh saya lakukan.dan saya tidak akan tertolong hanya perasaan resah. ~5~mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebuh buruk daripada keadaan saya sekarang ini. ~6~dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka..

jangan brdukacita jika anda disakiti


Syiekhul islam Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa orang mukmin itu tidak akan menuntut,tidak akan menghina,dan tidak akan memukul.


jangan berdukacita kerana berdepan dengan pelbagai kesukaran

sebenarnya apa jua kesusahan akan menguatkan hati,menghapuskan dosa,melenyapkan rasa ujub,dan menguburkan rasa sombong. kesusahan2 itu akan mengelakkan kelalaian,menyalakan zikir,menarik kecintaan manusia,menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang2 soleh,merupakan bukti ketundukan kepada Yang Maha Esa.satu amalan awal,satu usaha untuk menghidupkan zikir,satu usaha untuk menjaga hati dengan bersabar,satu persiapan untuk menghadap Allah.dan satu hal tidak cenderung pada dunia,merasa aman dan tenang dengannya. kerana kelembutan yang disembunyi itu jauh lebih banyak,dosa yang didtutupi itu jauh lebih banyak dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih banyak.
sekian
wassalam

edit2...








sya..4 u..hehe.
tq la,dah boleh aku edit bnde2 ni..
cntik ke x?ntah..cntik la..kmputer yg bt..kmputer,mnusia yg bt..mnusia plk??Allah yg cipta..hehe(kluar tajuk sudah,x pe asal ade Allah)
ok..

akademi quran





AQ berlainan dari program realiti yang lain..yang banyak menekankan nyanyian dan suara.
AQ,wujud pada tahun 2006 yang telah membuka banyak mata,bahawa Al-Quran itu penting dan hendaklah dibaca dengan tartil..Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid. Yang demikian itu adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. Cara membacanya dengan tartil itu akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya.

Sebab itu Ummu Salamah r.a. bila membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu.

Ibnu Abas r.a. pula berkata: Bagiku jika membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran dengan penuh tartil dan memahami semua maksud-maksudnya adalah lebih aku utamakan daripada membaca seluruh al-Quran secara sambil lalu saja.

Nyatakan, bahawasanya membaca al-Quran dengan tartil dan tertib satu persatu itu lebih dekat kepada tanda penghargaan dan penghormatan dan akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati daripada membacanya secara tergesa-gesa dan sambil lewa saja.

AQ juga telah banyak memberi informasi tentang ilmu qiraat,tajwid,fasohah dan tarannum.
seperti yang dituntut oleh Allah swt didalam Al-Quran supaya ia dibaca dengan tartil..iaitu peringkat yang paling cemerlang.
penghayatan ketika membaca Al-Quran juga ditekankan didalam AQ.
dimana ayat2 berbentuk sayu,merintih,gembira,ketegasan dilantunkan menggunakan suara2 tertentu untuk para pendengar lebih menghayati apa yang disampaikan didalam Al-Quran.
program berbentuk keagamaan ini harus diteruskan bagi menghidupkan generasi Al-Quran kembali..
sepertimana yang kita lihat dizaman Rasulullah saw.bagaimana para sahabat menghafaz Al-Quran dan mengamalkannya..inilah yang patut kita lihat bila timbulnya rancangan realiti seperti ini..membangunkan kembali era kegemilangan Al-Quran dizaman islam makin jatuh.
marilah kita bersama-sama mendokong usaha-usaha mereka bagi meningkatkan taraf pemahaman,kasih sayang pada kitab suci Allah itu..Yallah,jgn berlengah lagi..wujudkan slogan"cinta Quran sejati"didalam hati kita..ayuh semua..

kata Adam..


disini aku
melihat mesin2 ciptaan manusia bergerak,
diatas lantai hitam pekat.
di pinggir sana,
wujudnya gadis manis rupawan
menanti seseorang penuh saat.
terpegun aku melihat cantiknya dia,
namun,ada kelemahan yang ketemui tanpa mencari..
mengapa dapat kulihat ukiran tubuhnya?
mengapa boleh kutembusi jarangan hijabnya?
oh,itukah wanita islam?

disini aku
masih memerhati yang sama,
kulihat gadis itu mula menghayun langkah sekata
kearah sebuah mesin yang entah bila tibanya

manis senyuman dihulur entah pada siapa..
lantas ditelan mesin canggih..
lalu meluncur laju entah kemana
saudaranya kah itu?
atau temannya?
wahai hati,mengapa kau bersangka buruk..
cukuplah..jangan kau menambah syak dihati..

aku masih disini,
memikirkan apa yang terjadi..
bukan sengaja aku bicara umpama tadi,
namun..hakikat dunia kini..
menggoyahkan percayaku pada mereka,kaum hawa.
setelah sekian lama berita seperti ini
keluar di cetakan dan kata2 media..
aku tertanya,masih adakah wanita solehah
yang bisa menggoncang dunia..
seperti sumaiyah..
yang berkorban jiwa umpama mariam..
yang cintanya utuh bagai zainab,puteri rasulullah.
masih adakah?

kaum hawaku..
bangkitlah dari tidur nyata..
jangan kau rendahkan martabatmu
setelah engkau diletakkan di tempat yang benar2 tinggi.
kaum hawaku..
bawalah dirimu dengan tertib..
agar aku dapat memimpinmu..
seiring ke jalan Allah.

*******************************************
hmm,kaum hawaku..ambil la ikhtibar dgn semua ni..
inilah peringatan buat kita,agar kita x terus leka di ulit mimpi palsu dunia..

peranan ulama'


hadis,maksudnya: daripada Abdullah bin amru bin 'as r.a,katanya:beliau mendengar rasulullah saw. bersabda:
sesungguhnya Allah tidak akn menghilangkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja,tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi orang 'alim,orang ramai akan melantik ketua yang jahil,maka apabila ditanya,mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan,maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.
(h.r.Bukhari)

ulama' mempunyai kewibawaan dan ciri2 tersendiri kerana ulama' ialah orang yang mewarisi ilmu nabi dan menjadi model kepada masyarakat kini..

ciri2 ulama'....

~sentiasa takut Allah
~ikhlas menyampaikan ilmu yang dimiliki

~tempat rujukan masyarakat mengenai kemusykilan agama

~mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam
~sentiasa mengkaji dan mempelajari al-quran dan hadis
~sentiasa cinta ilmu pengetahuan
~sentiasa melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja
~bersedia menerima dan membetulkan kesalahan dan kesilapan

~bersabar dan teguh pendirian dalam memperjuangkan hak dan kebenaran sesuai dengan agama Allah swt.
~beramal dengan ilmu.

sebab2 kepupusan ilmu dan kesan ketiadaan ulama'

pada suatu ketika umat islam akan menghadapi satu masalah besar iaitu hilangnya ilmu pengetahuan.
1-Allah mematikan para ulama' dan cendiakawan islam.mereka merupakan tunggak utama kepada masyarakat islam dan sumber rujukan.

2-orang islam kurang minat mempelajari ilmu pengetahuan.
3-tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki,menyebabkan tidak timbul perasaan takut kepada Allah.bagi Allah ilmu yang tidak diamalkan adalah ilmu yang tidak bermanfaat seperti yang dikatakan oleh imam ghazali.
Imam Al-Ghazali, penulis kitab Ihya Ulumuddin, pernah mengirim surat kepada salah seorang muridnya. Melalui surat itu, Al-Ghazali ingin menyampaikan tentang pentingnya memadukan antara ilmu dan amal. Berikut petikannya.

"Anakku...
Nasihat itu mudah. Yang sulit adalah menerimanya.
Karena, ia keluar dari mulut yang tidak biasa merasakan pahitnya nasihat.
Sesunggunya siapa yang menerima ilmu tetapi tidak mengamalkannya, maka pertanggungjawabannya akan lebih besar.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw,
“Orang yang paling berat azabnya pada hari kiamat kelak adalah orang berilmu (‘alim; ulama) yang tidak memanfaatkan ilmunya.
Anakku
Janganlah engkau termasuk orang yang bangkrut dalam beramal, dan kosong dari ketaatan yang sungguh-sungguh.
Yakinlah, ilmu semata tak akan bermanfaat-tanpa mengamalkannya.
Sebagaimana halnya orang yang memiliki sepuluh pedang Hindi;
saat ia berada di padang pasir tiba-tiba seekor macan besar nan menakutkan menyerangnya, apakah pedang-pedang tersebut dapat membelanya dari serangan macan jika ia tidak menggunakannya?!
Begitulah perumpamaan ilmu dan amal.
Ilmu tak ada guna tanpa amal.

Anakku Sekalipun engkau belajar selama 100 tahun dan mengumpulkan 1000 kitab,
kamu tidak akan mendapatkan rahmat Allah tanpa beramal.
“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (QS. An-Najm [53]: 39)
“Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (QS. Al-Kahfi [18]: 110) Anakku Selama tidak beramal, engkau pun tidak akan mendapatkan pahala.
Ali Karramallahu wajhahu berkata,
“Siapa yang mengira dirinya akan sampai pada tujuan tanpa sungguh-sungguh,
ia hanyalah berangan-angan.
Angan-angan adalah barang dagangan milik orang-orang bodoh.
Al-Hasan Al-Basri rahimahullah berkata, “Meminta surga tanpa berbuat amal termasuk perbuatan dosa.” Dalam sebuah khabar, Allah SWT berfirman, “Sungguh tak punya malu orang yang meminta surga tanpa berbuat amal.” Rasulullah saw bersabda, “Orang cerdas ialah orang yang dapat mengendalikan dirinya dan berbuat untuk setelah kematian. Dan orang bodoh ialah siapa yang memperturut hawa nafsunya dan selalu berangan-angan akan mendapatkan ampunan Allah.” Anakku Hiduplah semaumu, karena pada hakikatnya engkau itu mayit. Cintailah sesukamu, karena pasti engkau akan meninggalkannya. Dan, lakukanlah amal karena pasti engkau akan diberi balasan. Ilmu tanpa amal adalah gila. “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir?” (QS. Al-Baqarah [02]: 44). Dan, amal tanpa ilmu adalah sia-sia. Keduanya harus dipadukan satu sama lain. Ilmu semata tak akan menghindarkanmu dari maksiat hari ini, dan tidak pula dapat menyelamatkanmu dari siksa neraka di hari esok. Jika hari ini kamu tidak sungguh-sungguh beramal, maka pada hari kiamat kelak engkau akan berkata, “Kembalikanlah kami (ke dunia) agar dapat melakukan amal salih.” Namun, dijawab, “Hei kamu, bukankah kamu telah dari sana?!” ***

4-menjual ayat Allah untuk kepentingan dunia semata-mata,maka tidak hairanlah apabila Allah membidas mereka yang mengkhianati amanah ilmu pengetahuan dengan cara memperjual-belikan ayat2 Allah dengan harta benda dunia dengan melindungi kebatilan dengan selimut agama dan menyembunyikan kebenaran pada hal mereka mengetahuinya.

firman Allah,maksudnya: dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjiam setia dari orang yang telah diberikan kitab(iaitu):"demi sesungguhnya!hendakalh kamu mendengarkan isi kitab itu kepada manusia,dan jangan sekali kali kamu menyembunyikannya."kemudian mereka membuang(perjanjian setia)itu kebelakang mereka,serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah duniaa yang sedikit.maka amatlah buruk apa yang mereka dapati dari penukaran(kalam Allah dan janjinya)itu.

...................

tiadanya para ulama' akan memberi kesan yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat..
1~masyarakat akan hidup dalam kejahilan ilmu.
2~lahirnya pemimpin2 yang tidak mempunyai pengetahuan agama.
3~keluarnya fatwa2 yang mengelirukan.

4~kemungkaran berlaku tanpa batasan.


renung2kanlah..dimana kita sekarang?apa yang terjadi di sekeliling kita sekarang? apa yang tertulis diatas,kita akan lalui..dan mgkin kita sedang lalui..

sedarlah..
kutiplah ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya..agar kita x sesat dan menyesatkan..

wallahualam..

wassalam


sumber>>>buku teks pend.quran dan sunnah form4.

kenapa dgn kampung??


brcerite tntg kampung..
teringat 1 peristiwa yg dah brlaku d kem RIMUP 2 tahun lepas..di kuala lumpur.


ana : Assalamualaikum

x : Waalaikumussalam

ana : asal mne?

x : hmm,KL..awak?

ana : perak

x :oh,perak kat mne?ipoh ye?

ana :x la,kmpg je.dkat2 dgn Taiping

x :oh,kmpung la awak ni..

ana :yup,knp?muke mcm pelik je

x :x la,ntah..awak x rse ktggalan ke?

ana :ktggalan dri segi ape?

x :hmm,mcm dari segi kemewahan kitorg,pmbelajaran,ict,..n mcm2 la.

ana : x la,ana rase biase je.kitorang belajar jgk,sme je sbjek yg kite ambik x kire kmpg atau
bndar..ict,kami pun ade kmputer,internet..n dari segi kmewahan..ape yg awak nk bezakan
dgn msyrkat kmpg?

x :hmm,korangkan rumah kat kmpg,buruk2,x cntik,x de air-cond,pndek kte mcm x semewah
kami la..

ana :oh mcm 2,awak..kmpg skrg dah mju..smue dah ade,ckup lgkap.psl mewah2 2..x mksd org
dikmpg ni smue x pndai,x de duit..sekali musim mnuai..pesawah2 ni boleh mncapai gaji"4 angka" cuma,mgkin x nk kmewahan mnutup pintu kewarasan
diorang.

x :knp awak ckp mcm 2?mnutup pintu kewarasan??

ana : cuba awak bygkan,kita ni manusia..sentiasa mncari kesempurnaan..dan kdg2 kesempurnaan 2 melebih2 n boleh mnutup pintu hati kita..kemewahan,kekayaan..x mnjamin
kehidupan yang harmoni.pernah awak tgk,kebahagian dibeli dgn harta dan wang ringgit?
x kan?smua 2 lahir dari hati yg ingin melihat kbhagiaan,melihat ukhwah trjalin.

x :sy tau,awak msti akan menyebelahi kehidupan awak..baiklah,tp awak kene ingat..
masih ada 1 kekurangan dikampung yg patut awak jwb hari ni..cara bergaul,berpakaian..
mcm orang susah..kolot,kuno.. design baju kurung hanya sperti dulu,zaman malaysia
digelar tanah melayu..

ana :awak,cuba awak lihat..pakaian kami atau pakaian mereka dibndar lebih cnderung kepada
kmiskinan..walaupun fesyen kami lama,ketinggalan zaman..tapi kami masih cukupp kain
untuk menutup mahkota2 kami..bukan seperti pakaian disini mjoritinya,mendedahkan
aurat.
bagaikan x cukup kain.itu jawapan pertama dari saya.yg kedua,design kami design kuno?
x la, awak mcm x pernah ke kmpg je..mgkin benar ape yg awak cakap 2..tp,
rasanya..kami pun x ketinggalan jauh dari kemodenan..kami pun ade keinginan utk
tmpil menarik di khalayak.info2 fesyen,tersiar didalm tv..paper n mcm2 lgi..
semua 2..dah cukup mmbuatkan msyrakat dikampung turut mahu bergaya...beginilah
saya sarankan,awak pergi kemana2 kampung..utk awak lihat sendiri budaya,cara kami
dikampung.x byk bezanya...dan awak mgkin akan dapat melihat,yg msyrkt kmpg kini
sama sahaja dgn msyrakat bndar dari segi pemakaiannya..mengikut trend barat.
kampung moden katekan..

x :saya terima saranan awak,sedikit sebanyak telah membuka minda sy tntg kampung..
saya x pernah pulang atau pergi kemana2 kampung,yg sy tau..ibu dan bapa saya
berasal dari melaka.saya x pernah pulang kesana.sy jga x tau dimana kampung
saya.ibu bapa saya x pernah bawa sy kesana.saya cuma melihat didalam
televisyen.itupun,melihat kedhaifan msyarakat kmpung.

ana :hmm,jgn salahkan ibu bapa.mgkin kekangan masa,mereka x dapat bawa awak
kesana.tak mengapalah,dah masuk zuhur..jom solat.

x :solat?x mngapa.awak pergilah..saya cuma belajar..tp,saya x
amalkannya.ibu dan ayah pun,x pernah solat.

ana :jujurnya awak mengaku dihadapan sy,x boleh awak,bila kita dah tau,kite kene amalkan.
tmbah2,solat 2 wajib..berdosa tau tinggal solat,malah dosa besar..marilah..bila dah ade pngetahuan,elok kita amalkan..nnt lupa.xmengapa,awak mulakan hidup baru,buka lembaran hidup baru..jom la.

x :saya berani jujur..saya tau silap.ape masih ade waktu utk semua 2?

ana :masih ada wktu..mari


...........................................................................................................................................
moral value

~jgn mnganggap kemiskinan mereka,sebagai kelemahan..kerana disebalik kelemahan,ada kekuatan.

~kemewahan x jnjikan apa2,semua 2 pnjaman Allah.sedarlah

~jgn biarkan kekangan masa anda,mengabaikan keprluan anak2..

~dan,jgn kejar dunia smpai tggal akhirat..solat 2 wajib,jgn tggal.neraka jawabnya.

~didiklah anak2 dgn didikan duniawi dan ukhrawi..seimbangkanlah..pasti xkan kecewa kelak.

ambil ikhtibar,dimanakah anda sekarang?bgaimnakah pemikran anda sekrang?
apakah yang anda fkirkan sekarang..mngapa anda jadi begitu?
dan terakhir,ibu bapa..anak itu ibarat kain putih yg belum dicorakkan,andalah yg akan mncorak mereka dgn warna2 kehidupan..adakah anda mncorakkannya dgn wrna2 kmurnian,kesucian?
atau anda sekadar mnconteng diats kain putih itu..fkir2 kan lah...


wassalam w.b.t