Subscribe to RSS feeds

Dalil- Dalil Hukum Syara'

Islam adalah 1 cara hidup.ia menyediakan sistem yg mengatur seluruh aspek kehidupan manusia.semua perbuatan dan tindakan manusia ada ketetapan hukum yg berpandukan kpd sumber2 yg diiktiraf.ia dikenali sbg dalil2 hukum syara'.

Dalil hukum- tempat pengambilan dan sumber istinbat hukum syara'.

Dalil- petunjuk yang digunakan oleh para ulama' utk mnetapkan hukum trhadap amalan dan perbuatan yg dilakukan oleh mukallaf.

Dalil Hukum ada 2 : -dalil hukum yg disepakati
-dalil hukum yg x disepakati.

Dalil Hukum Yang Disepakati

~Al-Quran
~as-sunnah
~ijma'
~qias


Dalil Hukum Yang Tidak Disepakati

~al-istihsan
~al-istishan
~al-masolihul mursalah
~'amalu ahlil madinah
~syar'u man qablana
~qaulus sohabi
~sadduzzara'i'
~'urfu wal 'adah.

Hikmah Suruhan Dan Larangan Allah

1) Mendisiplinkan diri manusia

2) Menguji tahap keimanan manusia

3) Mendorong manusia melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan

4) Membezakan antara manusia dengan haiwan.

hukum wad'i

hukum wad'i
~khitab Allah yg mnjadikan sesuatu sbg sbb,syarat atau pghalang kepada sesuatu hukum.

hukum wad'i tidak bermaksud utk mnuntut,atau mmberi pilihan kpd mukallaf.sebaliknya ia adalah pndahuluan kpd sesuatu tuntutan.contohnya wudhuk dijadikan syarat sah solat dan gelincir matahari dijadikan sebab wajib solat zuhur.kdg2 hukum wad'i boleh dilakukan oleh mukallaf seperti wudhuk tetapi ada juga antaranya yang diluar keupayaan seperti gelincir matahari .berdasarkan pngertian diatas,para ulama' membahagikan hukum wad'i kpd sebab,syarat dan pghalang(mani').kebanyakan ulama' mazhab syafie menambah sah dan batal dlm kategori hukum wad'i.


1~sebab
=sesuatu yg mnjadi asas wujudnya sesuatu hukum.
oleh sebab itu itu,apabila ada sebab,ada hukum.tetapi jika tiada sebab maka tiadalah hukum.

firman Allah:"dirikanlah solat ketika gelincir matahari hingga gelap malam."


ayat ini jelas menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi sebab wajib tunaikan solat zuhur.


2~syarat
=sesuatu yg kerana adanya hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya hukum.contohnya wudhuk ialah syarat sah solat.apabila tidak ada wudhuk solat tidak sah.tetapi tidak semestinya seseorg berwudhuk utk tujuan2 lain seperti memegang Al-Quran.

sabda Rasulullah:"tidak ada solat bg org yg tidak ada wudhuk"


3~mani'(pghalang).
=sesuatu hukum x dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dpt dilaksanakan.contohnya prbezaan agama antara org yg mewariskan harta dgn ahli waris mnjadi pghalang bagi hukum pmbahagian pusaka.jika tidak ada perbezaan agama diantara kedua-duanya.hukum pmbahagian pusaka itu dapat dilaksanakan.

sabda Rasulullah:"org kafir tidak mewarisi pusaka org islam dan org islam tidak mewarisi pusaka org kafir."


4~sahih
=perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yg dikehendaki darinya sebagaimana yg ditetapkan oleh syara'.contohnya solat yang dilakukan mencukupi semua syarat dan rukunnya dikira sah oleh syara'
hasilnya solat trsebut x perlu diulangi atau diqada'kan.

5~batil
=perbuatan yg x sempurna syarat dan rukunnya serta tidak trhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yg ditentukan oleh syara'.contohnya solat yg dilakukan tnpa mncukupi syarat atau rukunya dikira batil oleh syara'.solat tersebut perlu diulangi jika waktunya belum berakhir atau diqada'kan jika waktunya sudah berakhir.

award from sodiqi


assalamualaikum wbt.selawat atas junjungan nabi s.aw.
syukran jazilan 2..naem(klik) sbb dah mghantar award kpd blog yg x seberapa ni.sbg pghrgaan ku lakarkan di blog berlatar ungu ni utk tatapan semua.

syarat lepas dpt award..kene main passing2 plk..sbg pghrgaan kpd pnulis2 blog yg baik hati n sntiasa meluangkan masa uk mnulis blog mereka.so..ana hanya memilih utk mganugerahkan kpd 3 org shja.coz 15 ramai sgt..kemalasan mnjadi2.

org yg akan ku pilih ialah...

1~syazana
2~kak fatin syafiqah
3~muizzudrin

teruskan berkarya..
ingat Allah selalu.

wassalam wbt


pembahagian hukum syara'

hukum taklifi
~kitab Allah yg mengandungi tuntutan keatas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.

berdasarkan pengertian tersebut,ulama2 telah membahagikan hukum taklifi kepada bahagian2 berikut.

1~ijab
=tuntutan syara'ke atas mukallaf spy melakukan sesuatu perbuatan dgn tuntutan pasti.
sekiranya ia tidak dilakukan,seseorg mukallaf itu akan mndpt dosa..dan jika dia melakukannya dia akan mendapat pahala.perkataan "wujub" pula menunjukkan kesan tuntuan tersebut,manakala wajib pula ialah perbuatan yg dituntut spy dilakukan.contohnya..solat,zakat dan taat ibu bapa.

2~nadbun
=tuntutan syara' keatas mukallaf spy melakukan sesuatu perbuatan dgn tuntutan tidak pasti.
jika tidak melakukannya,seorang mukallaf itu x berdosa.tetapi jika melakukannya,seorg mukallaf itu akn mndpt pahala.perkataan "nadbun"juga mnnjukkan kesan tuntutan trsebut."mandub"pula nnjukkan perbuatan itu sndiri.selain itu,lafaz sunat juga digunakan utk mnnjukkan prbuatan2 sedimikian.contohnya..solat2 nafilah dan bersedekah.

3~tahrim
=tuntutan syara' spy mnggalkan sesuatu prbuatan dgn tuntutan pasti.sekiranya seseorg mukallaf melakukannya,maka dia akan berdosa tetapi jika dia meninggalkannya dia akan mndapat pahala.lafaz"hurmah"mennjukkn kesan tuntutan trsebut.mnakala lafaz "haram" menunjukkan perbuatan itu sendiri.contohnya ialah berjudi,mnum arak,mengumpat,berbohong dll.

4~karahah
=tuntutan syara' supaya mnggalkan sesuatu perbuatan dgn tuntutan x pasti.
sekiranya seseorg mukallaf melakukannya,dia xkan mendapat dosa.tepi sekiranya dia meninggalkannya dia akan mndapat pahala.bagaimanapun,seorg mukalaf itu digalakkan meninggalkannya.lafaz :karahah" juga mnunjukkan kesan tuntutan trsebut.manakala lafaz"makruh"pula menunjukkan peruatan itu sendiri.contohnya talak dan memakan bawang mentah ketika hendak solat jemaah.

5~ibahah
=tuntutan syara' yg mengadungi pilihan kpd mukallaf sma ada utk melakukannya atau meninggalkannya.kesan dari khitab ini juga dinamakan "ibahah" manakala prbuatan yg mnjadi pilihan itu dinamakan"mubah,jaiz atau halal."contoh,makan dgig lembu dan berburu selepas bertahallul.

jenis2 khitab Allah

khitab Allah dalam pengertian syara' terbahagi kepada 3 bhgian..

1~iqtida'

tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau x.
maksud tuntutan pasti ialah wajib dan haram.manakala tuntutan x pasti pula ialah sunat dan makruh.

2~takhyir

khitab Allah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau x.

3~wad'i

khitab Allah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab,syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum.

sebab

contohnya...
"pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan mereka."

ayat ini menjadikan perbuatan mencuri sebagai sebab waib dipotong tangan.

syarat

contohnya..
"drpd abu hurairah r.a,sabda Rasulullah s.a.w:sesungguhnya Allah x menerima solat seseorang daripada kamu apabila berhadas sehingga dia berwudhuk"

hadis ini menjelaskan wudhuk sbg syarat sah solat.

penghalang

contohnya..
"daripada abu hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:orang yang membunuh tidak boleh mewarisi."

dalam hadis ini,perbuatan membunuh menjadi penghalang kepada seseorang untuk mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

sekian
wassalam wbt