Subscribe to RSS feeds

kusediakan hati ini untuk-Mu

salam wbt

dah lama ana x update blog ni,rsanya dh naik bersawang..urusan duniawi..kdg2 bt ana lupa utk sesi "sampaikan walau satu ayat"
kadang2,lupa untuk menunduk sayu pada Rabb.solat yang wajib didirikan x cukup untuk menampung perjalanan ke sana nnt..
terasa ingin ku ukir sebuah kata-kata yang muncul dari hati ini..biar tidak secantik mana bahasanya..yang penting,luahan itu dariku..

Ya Rabbi,
diwaktu dulu
aku pernah jatuh
setelah itu,kuperkuat azam agar tidak jatuh lagi
namun,iman di hati berkocak ganas
aku kembali tersungkur..
dan kini
aku mula menyusun langkah semula
langkah yang sekata
agar aku dapat melintasi batu-batu dugaan,
lopak-lopak ujian dengan berhati-hati

Ya Allah,
apa aku akan jatuh lagi
kembali menghimpun dosa bertimbun
membiar titik noda terus berterabur
mengutip serpihan kaca-kaca silam yang x mampu aku cantum

sedih dan peritnya hati bila mengenangkan
bangunnya aku dulu dengan penuh wibawa
ingin menjadi mujahidah pilihan
namun,
jatuhnya aku melebur impian
tersungkurnya aku bersama iman

atas keteguhan hati yang kau kurniakan Ya Tuhan..
aku kembali disini,di jalan pertama aku melangkah
mengumpul sisa-sisa iman didalam diri
ingin bangkit bersama kekuatan cinta-Mu
tapi,aku hanya umpama anak kecil
memerlukan perhatian dan tunjuk ajar
untuk kembali bertatih
menuruti semula caranya merangkak
mengingati bagaimanakah perasaan berdiri

Tuhan ku yang ku cintai
kuatkan aku dalam jalan-Mu
berikan aku cinta yang padu
anugerahkan aku pendamping yang kau redha keatasnya.
agar aku terus disini sehingga akhir hayatku..

sekian
wassalam wbr

wardatussofia dengan penuh rasa cinta
aku rindu pada-Mu..

sumbangan anda bermanfaat buat mereka

http://surauseraipermai.blogspot.com/2010/11/rayuan-sumbangan-derma-wakaf-bagi.html?spref=fb
marilah sama2 menambah saham akhirat bg yang berkemampuan..disinilah anda mendekatkan diri anda dgn Yang Maha Kuasa.

deepavali?? islam x boleh..

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?

Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india,Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.[Ref:1 ]

penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan. [ Ref:2 ]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya.ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap gologan kafir.Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’, 17: 36)


Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.


BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat

“Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.


FATWA PARA ULAMA

•Imam as-Suyuti:

Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka". (As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

•Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya
orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping
memberikan rasa gembira di hati mereka.”

•Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa (Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`), Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”. [ Ref:3 ]
kadang-kadangku menangis tatkala diuji,
tapi bila tangis itu terhenti,
baruku sedari Allah sengaja sedarkan diri ini,
mungkin aku teralpa dengan sesuatu.
tapi kadang kala,aku kecundang lagi.
Allah berikan aku teman,aku luahkan.
tenang rasanya,tetapi..Allah mengujiku lagi.
aku menangis untuk kali keberapa..
terasa ingin lari dari dunia..
namun,ia xkan kemana..harus kuhadapi ia walaupun payah.

kata Luqman Al-Hakim :"Wahai anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,bila kau ingin selamat dari karam,layarilah lautan ini dengan taqwa,isinya dengan iman dan layarnya tawakkal kepada Allah.."

renungkan lah semua..

Kadangkala tindakan kecil kita boleh mengubah kehidupan seseorang….
Assalamualaikum semua..
Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang menarik perhatian saya. Kisah ini adalah sebuah kisah dimana tindakan yang kita anggap “kecil” sebenarnya amat bermakna untuk seseorang..
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkataAyah! Saya dah bersedia
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah
Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat
Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.  
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. 
Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang 
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
Kata pengarang: saya benarkan anda semua “copy” dan “paste”kan risalah ini untuk disebarkan kepada umum..semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung..

dalil hukum -assunnah.

assunnah ialah sumber ke-2 dlm perundangan islam.maksud sunnah dari segi

bahasa->dijalan(sama ada baik atau tidak)

istilah->percakapan dan perbuatan Rasulullah saw serta pengakuan terhadap kenyataan atau tindakan orang lain.

pembahagian as-sunnah

> sunnah qauliyah
> sunnah fi'liyah
> sunnah taqririyah

sunnah qauliyah
*sabda Rasulullah saw >
   maksudnya :
 drpd umar Al-Qattab r.a berkata,aku dengar Rasulullah bersabda.:"sesungguhnya segala amalan dikira berdasarkan niat.".

sunnah fi'liyah
perbuatan Rasulullah melakukan solat dihadapan para sahabat kemudian Baginda bersabda

*sabda Rasulullah saw >
maksudnya : drpd abi sulaiman malik berkata :sabda Rasulullah ;"solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat."

sunnah taqririyah
diamnya Rasulullah saw terhadap perbuatan sahabat yang memakan daging dhob(sejenis biawak di pdg pasir)menunjukkan sebagai harus,sedangkan Baginda tidak makan,tidak menyuruh dan tidak melarang sahabat memakannya.

autoriti sunnah
autoriti sunnah sebagai dalil hkum ditegaskn oleh Al-Quran sendiri
1~pd ayat 3-4 surah an-najm
 maksudnya :
"tidaklah dia(Muhammad) bercakap menurut kemahuan sendiri,tidak lain yang diucapkan itu melainkan wahyu yang di wahyukan."

2~pd ayat 7 surah Al-Hasyr
maksudnya:
"apa yang dibawa kepada kamu oleh Rasulullah hendaklah kamu ambil dan apa yang dilarang keatas kamu hendaklah kamu tinggalkan."

fungsi sunnah
~memperkuatkan hukum yang sudah sedia ada dalam Al-Quran.
~menjelaskan ayat2 Al-Quran yang kurang jelas maksudnya.
~menasakhkan hukum Al-Quran.
~memperincikan ayat2 Al-Quran yang ringkas.
~membataskan maksud ayat2 Al-Quran yang mutlak.
~ mengkhususkan maksud ayat2 Al-Quran yang umum.
~ menetapkan hukum2 baru yang tidak terdapat dalam Al-Quran.

kembali

salam wbt.

setelah sekian lama membiarkan blog ni sepi tanpa pengisian baru..
mula pada malam ni,ana akn menulis atas nama wardatussofia kembali.selepas berbulan2 berdiam diri krna lemah mghampiri.syukran di ucapkn kpd mereka2 yg mnjadi tunjang kekuatan peniup semangat jihad kepada diri ana..nasihat dan dorongan mereka menjadi penguat semangat ana untuk kembali berada di laman ini..

sekian,wassalam wbt

Edit2 Di Masa Terluang









Anak Saudaraku...

bedak tinggal kat dahi je..

ni baru umur 3 hari la...


senyum!!!...



baby..banyaknye bedak..hehe


tidur aje...haishh..



lahir pd tanggal 5 jun 2010..di pusat rawatan islam az-zahrah..
nama yg telah diplilih bg mghiasi ruang di atas mykid dan juga surat beranak ialah Muhammad Izzat Naufal bin Muhammad Yusuf..
ya..inilah anak saudara ana yg baru je lahir..
cute sgt..lebih seminggu cuti jga baby izzat ni kat kajang..semalam pon balik la ke perak.tp baby x ikut..esok baru baby izzat balik perak.!!!
miss u izzat naufal..huhu

sekian,
wassalam wbt

al-Quran

Al-Quran ialah dalil yang disepakati.para ulama mentafsirkan Al-Quran sbg
:kitab Allah yg diturunkan keatas nabi Muhammad s.a.w didalam bahas arab,mempunyai mukjizat ,membacanya dikira ibadah,dan disampaikan ke generasi kemudian secara mutawatir.

Al-Quran ialah sumber utama perundangan islam.Ia merupakan kalam drpd Allah dan mempunyai mukjizat.ini dapat dibuktikan dgn keindahan bahasanya yg tidak dapat ditandingi oleh sasterawan2 sepanjang zaman.kandungannya merangkumi pengajaran,peraturan dan perundangan merupakan panduan hidup yg lengkap dan sesuai dilaksanakan manusia sepanjang zaman.


prinsip dan undang2 yg trdapat didalam Al-Quran.

Al-Quran tidak memeperincikansemua perkara kpd manusia.sbhgiannya didatangkan dlm bentuk prinsip dan asas umum.manakala sbhgian lagi dalam bentuk undang2 terperinci.prinsip2 penting yg terdapat dlm Al-Quran adalah untuk memaslahatan hidup manusia seperti prinsip syura,keadilan,pembelaan trhadap golongan yg lemah,larangan menceroboh dan menghormati hak individu.

umumnya,hukum2 dlm Al-Quran trbahagi kpd 3 bntuk.
~hukum i'tiqad
~hukum akhlak
~hukum 'amali

ayat pula terbahagi kepada~ayat makiyah
~ayat madaniah.

autoriti Al-Quran

seluruh umat islam menerima Al-Quran sbg dalil hukum syara' krn ia merupakan wahyu drpd Allah s.w.t.sbgaimana firman Allah dalam surah Al-israk 17:88.
yg mnerangkan bhwa tiada siapa yg dapat membuat dan menghasilkan sesuatu yg setanding dgn Al-Quran..


award from sodiqati


syukran jazilan kpd miss kacamata yg telah bermurah hati mmberi award kpd blog ana yg x seberapa ni..semoga ukhwah yg trbina dialam maya ini akan terus kekal..ana teringin nk bersemuka dgn nti,miss kacamata.

syarat bila dapat award ni...

~buat ntry psal award ni
~copy badge
~ucap syukran kpd si pemberi..(syukran ya)
~senarai 15 pnerima award..(wah ramai bah,kurangkan sikit ya)

senarai 5 org penerima award adalah.

-cik mirara
-ummu sumaiyah
-ukhti atirah
-pemegang blog salju sakinah(asif ya ukhi..x tau nme)
-cikgu dima mazlina

habis sudah..
wassalam wbt.


Moga Cepat Sembuh!!!

to abah..cepat smbuh ye..
(ksian tgk abah solat td..thn je sakit."solat tetap solat"x de kemusykilan lg tntg 2.)
semoga Allah merahmatimu bapaku..sabarlah atas ujian tuhan ni.
sakit pghapus dosa..sabar,sabar dan teruslah bersabar.


Dalil- Dalil Hukum Syara'

Islam adalah 1 cara hidup.ia menyediakan sistem yg mengatur seluruh aspek kehidupan manusia.semua perbuatan dan tindakan manusia ada ketetapan hukum yg berpandukan kpd sumber2 yg diiktiraf.ia dikenali sbg dalil2 hukum syara'.

Dalil hukum- tempat pengambilan dan sumber istinbat hukum syara'.

Dalil- petunjuk yang digunakan oleh para ulama' utk mnetapkan hukum trhadap amalan dan perbuatan yg dilakukan oleh mukallaf.

Dalil Hukum ada 2 : -dalil hukum yg disepakati
-dalil hukum yg x disepakati.

Dalil Hukum Yang Disepakati

~Al-Quran
~as-sunnah
~ijma'
~qias


Dalil Hukum Yang Tidak Disepakati

~al-istihsan
~al-istishan
~al-masolihul mursalah
~'amalu ahlil madinah
~syar'u man qablana
~qaulus sohabi
~sadduzzara'i'
~'urfu wal 'adah.

Hikmah Suruhan Dan Larangan Allah

1) Mendisiplinkan diri manusia

2) Menguji tahap keimanan manusia

3) Mendorong manusia melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan

4) Membezakan antara manusia dengan haiwan.

hukum wad'i

hukum wad'i
~khitab Allah yg mnjadikan sesuatu sbg sbb,syarat atau pghalang kepada sesuatu hukum.

hukum wad'i tidak bermaksud utk mnuntut,atau mmberi pilihan kpd mukallaf.sebaliknya ia adalah pndahuluan kpd sesuatu tuntutan.contohnya wudhuk dijadikan syarat sah solat dan gelincir matahari dijadikan sebab wajib solat zuhur.kdg2 hukum wad'i boleh dilakukan oleh mukallaf seperti wudhuk tetapi ada juga antaranya yang diluar keupayaan seperti gelincir matahari .berdasarkan pngertian diatas,para ulama' membahagikan hukum wad'i kpd sebab,syarat dan pghalang(mani').kebanyakan ulama' mazhab syafie menambah sah dan batal dlm kategori hukum wad'i.


1~sebab
=sesuatu yg mnjadi asas wujudnya sesuatu hukum.
oleh sebab itu itu,apabila ada sebab,ada hukum.tetapi jika tiada sebab maka tiadalah hukum.

firman Allah:"dirikanlah solat ketika gelincir matahari hingga gelap malam."


ayat ini jelas menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi sebab wajib tunaikan solat zuhur.


2~syarat
=sesuatu yg kerana adanya hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya hukum.contohnya wudhuk ialah syarat sah solat.apabila tidak ada wudhuk solat tidak sah.tetapi tidak semestinya seseorg berwudhuk utk tujuan2 lain seperti memegang Al-Quran.

sabda Rasulullah:"tidak ada solat bg org yg tidak ada wudhuk"


3~mani'(pghalang).
=sesuatu hukum x dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dpt dilaksanakan.contohnya prbezaan agama antara org yg mewariskan harta dgn ahli waris mnjadi pghalang bagi hukum pmbahagian pusaka.jika tidak ada perbezaan agama diantara kedua-duanya.hukum pmbahagian pusaka itu dapat dilaksanakan.

sabda Rasulullah:"org kafir tidak mewarisi pusaka org islam dan org islam tidak mewarisi pusaka org kafir."


4~sahih
=perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yg dikehendaki darinya sebagaimana yg ditetapkan oleh syara'.contohnya solat yang dilakukan mencukupi semua syarat dan rukunnya dikira sah oleh syara'
hasilnya solat trsebut x perlu diulangi atau diqada'kan.

5~batil
=perbuatan yg x sempurna syarat dan rukunnya serta tidak trhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yg ditentukan oleh syara'.contohnya solat yg dilakukan tnpa mncukupi syarat atau rukunya dikira batil oleh syara'.solat tersebut perlu diulangi jika waktunya belum berakhir atau diqada'kan jika waktunya sudah berakhir.

award from sodiqi


assalamualaikum wbt.selawat atas junjungan nabi s.aw.
syukran jazilan 2..naem(klik) sbb dah mghantar award kpd blog yg x seberapa ni.sbg pghrgaan ku lakarkan di blog berlatar ungu ni utk tatapan semua.

syarat lepas dpt award..kene main passing2 plk..sbg pghrgaan kpd pnulis2 blog yg baik hati n sntiasa meluangkan masa uk mnulis blog mereka.so..ana hanya memilih utk mganugerahkan kpd 3 org shja.coz 15 ramai sgt..kemalasan mnjadi2.

org yg akan ku pilih ialah...

1~syazana
2~kak fatin syafiqah
3~muizzudrin

teruskan berkarya..
ingat Allah selalu.

wassalam wbt


pembahagian hukum syara'

hukum taklifi
~kitab Allah yg mengandungi tuntutan keatas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.

berdasarkan pengertian tersebut,ulama2 telah membahagikan hukum taklifi kepada bahagian2 berikut.

1~ijab
=tuntutan syara'ke atas mukallaf spy melakukan sesuatu perbuatan dgn tuntutan pasti.
sekiranya ia tidak dilakukan,seseorg mukallaf itu akan mndpt dosa..dan jika dia melakukannya dia akan mendapat pahala.perkataan "wujub" pula menunjukkan kesan tuntuan tersebut,manakala wajib pula ialah perbuatan yg dituntut spy dilakukan.contohnya..solat,zakat dan taat ibu bapa.

2~nadbun
=tuntutan syara' keatas mukallaf spy melakukan sesuatu perbuatan dgn tuntutan tidak pasti.
jika tidak melakukannya,seorang mukallaf itu x berdosa.tetapi jika melakukannya,seorg mukallaf itu akn mndpt pahala.perkataan "nadbun"juga mnnjukkan kesan tuntutan trsebut."mandub"pula nnjukkan perbuatan itu sndiri.selain itu,lafaz sunat juga digunakan utk mnnjukkan prbuatan2 sedimikian.contohnya..solat2 nafilah dan bersedekah.

3~tahrim
=tuntutan syara' spy mnggalkan sesuatu prbuatan dgn tuntutan pasti.sekiranya seseorg mukallaf melakukannya,maka dia akan berdosa tetapi jika dia meninggalkannya dia akan mndapat pahala.lafaz"hurmah"mennjukkn kesan tuntutan trsebut.mnakala lafaz "haram" menunjukkan perbuatan itu sendiri.contohnya ialah berjudi,mnum arak,mengumpat,berbohong dll.

4~karahah
=tuntutan syara' supaya mnggalkan sesuatu perbuatan dgn tuntutan x pasti.
sekiranya seseorg mukallaf melakukannya,dia xkan mendapat dosa.tepi sekiranya dia meninggalkannya dia akan mndapat pahala.bagaimanapun,seorg mukalaf itu digalakkan meninggalkannya.lafaz :karahah" juga mnunjukkan kesan tuntutan trsebut.manakala lafaz"makruh"pula menunjukkan peruatan itu sendiri.contohnya talak dan memakan bawang mentah ketika hendak solat jemaah.

5~ibahah
=tuntutan syara' yg mengadungi pilihan kpd mukallaf sma ada utk melakukannya atau meninggalkannya.kesan dari khitab ini juga dinamakan "ibahah" manakala prbuatan yg mnjadi pilihan itu dinamakan"mubah,jaiz atau halal."contoh,makan dgig lembu dan berburu selepas bertahallul.

jenis2 khitab Allah

khitab Allah dalam pengertian syara' terbahagi kepada 3 bhgian..

1~iqtida'

tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau x.
maksud tuntutan pasti ialah wajib dan haram.manakala tuntutan x pasti pula ialah sunat dan makruh.

2~takhyir

khitab Allah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau x.

3~wad'i

khitab Allah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab,syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum.

sebab

contohnya...
"pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan mereka."

ayat ini menjadikan perbuatan mencuri sebagai sebab waib dipotong tangan.

syarat

contohnya..
"drpd abu hurairah r.a,sabda Rasulullah s.a.w:sesungguhnya Allah x menerima solat seseorang daripada kamu apabila berhadas sehingga dia berwudhuk"

hadis ini menjelaskan wudhuk sbg syarat sah solat.

penghalang

contohnya..
"daripada abu hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:orang yang membunuh tidak boleh mewarisi."

dalam hadis ini,perbuatan membunuh menjadi penghalang kepada seseorang untuk mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

sekian
wassalam wbt




hukum syara'

Allah swt telah membekalkan akal dan nafsu kepada manusia.akal dan pemikiran manusia sering dipengaruhi oleh hawa nafsunya yang sering mengajak kearah kejahatan.oleh itu,Allah telah menyediakan peraturan2 trtentu yang mencangkupi seluruh aspek kehidupan manusia agar mereka tidak terpesong dari kebenaran.peraturan2 ini dikenali didalam istilah syara' sbg hukum.

pengertian hukum syara'

para ulama' usul fiqh mentakrifkan hukum syara' sebagai"khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan(iqtidha'),pilihan(taqyir) atau wad'i."

berdasarkan pengertian ini dapatlah diketahui bahawa hukum syara' adalah khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat,munakahat,jinayat,dan mu'amalat.

thariqatul mutaakhkhirin

selain thariqatul mutakallilmin dan thariqatul ahnaf,terdapat 1 lagi cara penulisan usul fiqh iaitu cara penulisan yang menggabungkan kedua-dua cara tersebut.cara ini dikenali sebagai thariqatu mutaakhkhirin.cara ini kemudiannya diikuti oleh ulama' dari pelbagai mazhab seperti hanafi,maliki,syafie dan hambali.antara kitab2 yang ditulis menurut cara ini ialah

1~badi' an-nazzam oleh muzaffarudin ahmad bin ali sa'ati hanafi.meninggal dunia pada tahun 694 hjrah bersamaan 1295 masihi.kitab ini merupakan gabungan diantara kitab2 awal yg ditulis oleh bazdawi dengan kitab ihkam yang di tulis oleh amidi.

2~at-tanqih dan syarahnya at-tudi' oleh sadr asy-syariah abdullah bin mas'ud al-mabubi al-hanafi.meninggal dunia pada 747 hijrah bersamaan 1346 masihi.

3~jam'ul jawami' oleh imam tajuddin abdul wahab bin ali as-subki asy-syafie.meninggal dunia pada tahun 771 hijrah bersamaan 1369 masihi.

terdapat 1 corak penulisan yang belum pernah wujud di sebelumnya dalam bidang ini.corak tulisan seperti ini terdapat dalam kitab al-muafaqat fi usulil ahkam karangan abu ishak ibrahim bin musa al-lakhami yang lebih dikenali sebagai asy-syatibi.meninggal dunia pada tahun 790 hijrah bersamaan 1388 masihi.dalam kitab ini beliau telah menggabungkan kaedah usul fiqh dengan maqadis syariah.

cara penulisan ilmu usul fiqh

selepas imam asy-syafie,terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu usul fiqh.cara penulisan mereka dibahagikan kepada dua iaitu thariqatul mutakallimin dan thariqatul ahnaf.

thariqatul mutakallimin

~cara ini dipelopori oleh ulama' mazhab syafie.oleh sebab itu ia juga dinamakan thariqatul syafi'iah.mereka membuat kaedah2 usul fiqh serta mengukuhkannya dengan dalil2 naqli dan 'aqli.
kemudia kaedah ini dijadikan dasar unt menyelesaikan masalah yang timbul.mereka tidak memasukkan masalah fiqh dalam penulisan mereka.masalah fiqh tersebut dibiarkan berasingan dalam kitab2 fiqh.antara kitab2 yang ditulis menurut cara ini ialah..

1~al-burhan oleh imam haramain abdul malik bin abdullah juaini.meninggal dunia pada tahun 478 hjrah bersamaan 1058 masihi.

2~al-mu'tamad oleh abu husain muhammad bin ali basri.meninggal dunia pada tahun 446 hjrah bersamaan 1044 masihi.

3~al-mustasfa min ilmil usul oleh imam al-ghazali.meninggal dunia pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi.

4~al-mahsul oleh fakhruddin muhammad bin umar husain ar-razi.meninggal dunia pada tahun 606 hijrah bersamaan 1209 masihi.kitab ini merupakan ringkasan kepada ketiga-tiga kitab diatas.

5~ihkam fi usulil ahkam oleh saifuddin al-madini.meninggal dunia pada tahun 631 hijrah bersamaan 1233 masihi.


thariqatul ahnaf

cara penulisan ini juga dikenali sebagai thariqatul fuqahak.menurut cara ini,kaedah2 usul fiqh dibuat berdasarkan hukum2 yang telah diputuskan oleh imam2 mazhab mereka.kaedah tersebut dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan.jika tidak,kaedah2 tersebut diubah suai oleh mereka.oleh itu,kitab2 yang ditulis mengikut cara ini terdapat banyak masalah fiqh.antara kitab2 yg ditulis menurut cara ini ialah seperti berikut..

1~al-usul oleh abu bakar ahmad bin ali yang dikenali sebagai al-jassos.meninggal dunia pada tahun 370 hijrah bersamaan 980 masihi.

2~al-usul oleh abu zaid abdullah bin umar ad-dabbusi.meninggal pada tahun 430 hijrah bersamaan 1039 masihi.

3~al-usul oleh fakhrul islam ali bin muhammad bazdawi.meninggal dunia pada tahun 482 hijrah bersamaan 1089 masihi.

4~kasyful asrar oleh abdul aziz bin ahmad bukhari.meninggal pada tahun 730 hijrah bersamaan 1330 masihi.

skop perbahasan ilmu usul fiqh

ilmu usul fiqh

~dalil2 syara'
iaitu merangkumi dalil2 yang disepakati dan dalil2 yang tidak disepakati.

~dilalah
iaitu merangkumi kaedah2 istinbat hukum dari nas2 Al-Quran dan sunnah.

~ta'arud dan tarji'
iaitu perbahasan tentang percanggahan antara dalil2 serta jalan penyelesaiannya.

~ijtihad dan mujtahid
iaitu merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.

~hukum2 kulli
iaitu merangkumi hukum taklifi dan hukum wad'i.

kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh

terdapat pelbagai kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh,antaranya

~para ulama' boleh menghasilkan hukum2 yang lebih tepat berdasarkan dalil2 yang kukuh.

~boleh mengetahui hukum2 syara' dan beramal dengan yakin.

~memahami cara2 ulama' mengistinbatkan hukum daripada Al-Quran dan sunnah serta dalil2 lain.

~boleh mengetahui cara ulama' menetapkan hukum2 baru yang tidak terdapat hukumnya dalam Al-Quran dan sunnah.

~boleh mengetahui punca perselisihan hukum dikalangan ulam' serta membuat perbizaan secara ilmiah.

pengasas ilmu usul fiqh

ilmu usul fiqh disusun sbg 1 ilmu yang tersendiri dalam sebuah kitab oleh imam muhammad bin idris asy-syafie.kitab beliau dinamakan ar-risalah.kitab ini membincangkan tentang Al-Quran sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-dua sebagai sumber penentuan hukum.
oleh kerana kitab ar-risalah merupakan kitab pertama disusun dalam bidang ini yang sampai kepada kita.imam asy-syafie diiktiraf sebagai pengasas ilmu usul fiqh.

sejarah perkembangan ilmu usul fiqh

zaman Rasulullah

pada zaman Rasulullah,hukum2 diambil dari wahyu iaitu dalam bentuk Al-Quran dan penjelasan oleh baginda iaitu sunnah.segala perkara yang berlaku dirujuk kepada Rasulullah.baginda akan menjawab secara terus berdasarkan yat Al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendirian.namun demikian,terdapat dikalangan para sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran tempat mereka yang jauh daripada baginda.umpamanya mu'az bin jabal ketika diutus oleh baginda kenegeri yaman.Rasulullah membenarkan mu'az untuk berijtihad dalam perkara yang tidak terdapat ketentuan dalam Al-Quran dan sunnah.


zaman sahabat

setelah Rasulullah wafat,sebarabg masalah yang timbul dirujuk kepada para sahabat.mereka berkeupayaan mengistinbatkan hukum terus dari A-Quran dan sunnah kerana beberapa faktor iaitu..

~penguasaan bahasa arab yang baik membolehkan mereka memahami Al-Quran dan sunnah dengan tepat.

~mengetahui pengetahuan tentang sebab nuzul ayat dan sebab2 sebuah hadis diucapkan.

~mereka merupakan para perawi hadis.oleh itu mereka tidak perlu kepada tertentu untuk menentukan kesahihan sebuah hadis.

faktor2 ini menyebabkan para sahabat memiliki kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum2.mereka menetapkan sesuatu hukum dengan merujuk kepada Al-Quran dan sunnah.seterusnya apabila mereka mendapati tiada ketetapan hukum tentnagnya.mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dari kalangan para sahabat seperti abu bakar,uthman,umar dan ali.sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.


zaman tabi'in

pada zaman tabi'in,para ulama mengambil hukum tidak jauh dengan zaman sahabat.persamaan ini disebabkan jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah tidak terlalu jauh.cuma jika sesuatu hukum tidak terdapat dalam Al-Quran,sunnah dan ijma'.mereka akan merujuk kepada pandangan para sahabat sebelum mereka berijtihad.oleh sebab itu,idea untuk menyusun ilmu usul fiqh belum lagi muncul ketika itu.inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dikalangan tabi'in seperti sa'id bin musaiib,'urwah bin zabair,qadi syuraih dan ibrahim naqa'i.


zaman kemunculan ilmu usul fiqh

setelah berlalunya zaman tabi'in,keadaan umat islam makin berubah.bilangan umat islam bertambah ramai dang berlaku percampuran antara orang arab dan bukan arab.kesannya penguasaan bahasa arab dikalangan orang2 arab sendiri menjadi lemah.pada masa itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam Al-Quran dan sunnah secara jelas.keadaan tersebut menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah2 tertentu yang dinamakan ilmu usul fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.ini berlaku pada kurun ke-2 hijrah.