Subscribe to RSS feeds

SAQ '12,DQ..dalam memori.

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah,masih mempunyai nafas untuk meneruskan pencarian di dunia Allah.


sudah seminggu,tapi hati masih rindukan ketenangan Darul Quran..Tasik yang tenang..masjid yang indah..pensyarah yang tahu bagaimana hendak mengajar dan yang paling di rindui oleh hati kala ini,sahabat Sijil Asas Qiraat(SAQ)..

selama sebulan di sana..ukhwah yang dibina bukan seperti sebuah titian kecil dan reput..tapi,sebuah titi yang konkrit..kesedihan masih bersisa di lubuk perasaan.sebuah rasa yang menuntun air mata turut hadir di pipi..makin di seka air itu,makin banyak ia berguguran..inikah yang dinamakan menyayangi sahabat semata-mata kerana Allah?mungkin..kerana kita memulakan persahabatan di sebuah tempat yang suci,yang setiap detik masa terdengar ayat2 suci Al-Quran..menjalani proses taaruf dalam keadaan yang cukup indah..dibaluti dengan keredhaan Allah..sehingga keakhirnya,perpisahan kita..perpisahan yang membuat hati kita luluh sebentar untuk menghadapi sebuah realiti.lidah kelu untuk mengucap kata selamat tinggal..

ya..setiap pertemuan,pasti ada perpisahan..dan perpisahan itu..amat sukar untuk aku tempuhi..teringat tika tiba waktunya,berjurai air mata ini untuk melepaskan sahabat2 sekalian..tersedu-sedu aku ucapkan " maafkan segala salah dan silap,jumpa lagi nanti,insyaAllah"..kenapa Tuhan??kenapa? sedangkan..perkenalan aku dan mereka hanya 1 bulan..1 bulan yang aku rasakan belum cukup untuk air mata ini jatuh..tapi,ia tetap jatuh..melihat wajah sahabat yang semakin hari makin aku sayang..apa ada lagi waktu-Mu untuk kami kembali bertemu?insyaAllah..lantas,aku peluk erat mereka,sambil di dalam hati ini memohon pada-Mu supaya mereka boleh merasai kasih sayang yang aku tak mampu tunjukkan.biar aku dan mereka tidak selalu bercanda,bergurau mesra..namun aku mahu mereka tahu prinsip ini..apabila kita sudah memulakan persahabatan,maka selamanya kita akan menjadi sahabat..sungguh,sungguh aku rindu melihat wajah mereka..

hebatnya persahabatan ini..sehinggakan air sungai mataku tidak pernah kering ketika melakar kata2 ini..ya,aku menangis...menangis dengan dua makna..bersedih kerana mereka tiada disisi..gembira kerana jika tiada mereka,aku mungkin tidak merasa kesedihandan pengalaman ini.

buat ahli dorm yang amatku sayang..nabilah,nurina dan afiqah,,diri ini tak pernah lupa akan gelak ketawa kita,bermula dengan korea..ustaz, kafe..semua itu menyatukan kita..KFC xde sos..huhu.mesin basuh rosak..
dan yang paling best blackout dan ring ding dong.haha..itu pengalaman manis yang akan di simpan..maafkan segala kesilapan,halalkan makan minum..semoga ukhwah ni takkan putus~.


sekian dari sahabatmu..

mereka seperti sinergi~

Seperti Asid dan irfan,
Sama juga seperti Afiqah dan Nurina,
Mengenali mereka bukan seperti yang lain,
Aku melihat dan tertarik dengan keakraban mereka,
Mereka bagaikan pasangan adik beradik yang sentiasa menjaga
Kasar tapi sayang,
Sinis tapi nasihat,
Siapa mereka membuatkan aku berfikir sejenak,
lantas ku mencari,apakah aku punya sahabat seperti mereka?
Dan..adakah aku ini seperti mereka?