Subscribe to RSS feeds

hadirkan rasa itu kerana adanya cinta-Nya..

usah ditanya hati ini milik siapa
kerana aku juga tak pernah mengetahuinya..
usah digusari hatiku dengan cintamu,
kerana aku tak yakin dengan kemampuanku..
usah di himpit hatimu..
kerana aku tak mahu menjadi penyebabnya..

duhai jiwa yang di sana..
bukan ini masanya..
bukan ini tempatnya..
kerana aku belum bersedia untuk memegang hatiku..apalagi untuk hatimu..

engkau yang di sana,dekatkan hatimu dengan cinta-Nya..
moga dia pertemukan dirimu dengan insan yang seadanya untukmu..
moga dia menghantar rasa cinta yang lebih besar untuk dirimu..
dan jika benar..ruang kosong itu untukku..aku pasti datang dengan keredhaan Dia..
Sang pencipta segala cinta.


halawatul iman itu impian..


majmu'ah B,asasi pengajian islam API sem1 2012/2013.INSANIAH.

persahabatan itu langkah mencari kemanisan iman..

salam wbt..

untuk masa yang kian menghimpit ini..untuk cinta yang membuak ini..aku gagahkan juga jari jemari bermain mesra bersama petak-petak huruf di depanku.untuk aku lempiaskan rasa sayang pada mereka,sahabat tercinta.


tempoh perkenalan belum menjejak usia setahun..malah masih terlalu lama untuk itu.tapi rasa yang menusuk ke jiwa terus padu.menghilangkan segala amarah dan persengketaan.aku hormat mereka,hormat kualiti mereka yang sedia ada.bukan meminta yang lebih,tapi aku bahagia mereka ada bila diperlukan.

ikhlas itu tak boleh kita nampak,tapi kita boleh rasainya..

 ikhlas itu kerana Allah..lantas ku pupuk kasih sayang,ku semai benih cinta untuk sahabat-sahabat ini kerana Dia..untuk aku rasai halawatul iman yang sebenar...apa mereka rasa yang sama?

kami rasai kepahitan bersama..

lucukah sekiranya aku katakan kami pernah merasai kepahitan walaupun hanya baru 5 bulan melangkah bersama?tidak,.nafikan rasa lucu itu.aku tahu rasa itu..rasa yang pedih apabila kami tidak diberi kepercayaan..sakit bila kami di hambur pelbagai jenis kemarahan.

teguran itu,buat aku terkaku..

ya, salah mereka kerana kurangnya perhatian..tapi jangan di tengking mutiara-mutiara hati aku itu..tegurlah dengan penuh hikmah,kerana itu lebih menakluki hati.aku turut sakit melihat mereka begitu..hati ini menjerit-menjerit laungkan "cukup!!".kesakitan mereka turut merobek hatiku..biar mereka itu kaca di mata yang lain..tapi ia tetap permata di mata dan hatiku. 

kerisauan yang tiba-tiba menjelma..

membuat hati mula gundah tanpa petanda..ya,apa mereka rasakan yang sama?dan apakah mereka dapat menerima segala kekurangan yang terpamer pada diri kerdil ini? lidah kini kelu..otak mula beku..aku sedar,aku bukan sahabat yang terbaik.

mengapa perlu diharap balasan itu...

teruslah dengan apa yang di rasai..jangan di minta balasan itu..
cinta yang aku semai untuk sahabat-sahabat ini..akan aku jadikan sebuah pentas acara yang mana aku mengemudi hatiku untuk ketenangan dan kegembiraan mereka.

sahabat-sahabat sayang..akan aku cuba menjadi yang terbaik untukmu...

aku tak perlukan pujian darimu jua tak mahukan cacian darimu..apa yang aku tahu..kasih ini buat aku redha untuk berkorban apa sahaja,termasuk hati ini..

mari mencari redha hakiki..(halawatul iman pasti aku kecapi)









sakinah itu~


Hati ini..
Mengapa?
usah di soal lagi..
aku sudah penat untuk mencari jawapan,
jawapan yang benar-benar pasti tentang sekeping hati.

Rasa yang sentiasa berubah mengikut iklim
langsung tidak menentu..
rasa sakit yang tiba-tiba,
rasa hiba yang terus menjelma
tanpa sebarang amaran yang dibawa.
Hati..
akalku ini kadangkala tak mampu memujukmu
bisakah engkau menemui sakinah itu ?

permulaan ke berapa??


Bismillah..assalamualaikum wbt.
alhamdulillah..dapat juga akhirnya update balik blog ni..mungkin dah bersawang seinci.huhu.
takpe la,asalkan masih ada niat untuk terus berkata-kata..

macam2 yang terjadi dalam tempoh menjadi pelajar insaniah..aku masih baru..dan masih belum mengenali sepenuhnya erti kehidupan kampus. Sungguh x tipu..berbeza sangat2 dengan sekolah..baru nak kenal dunia luar ni..seperti biasa,mesti la lebih banyak dugaan yang datang..lebih banyak ujian yang menerpa..kadang2,perasaan jatuh tu memang melekat je kat dalam jiwa.susahnya nak bangun..yes,itu la yg aku rsa.penatnya~~
tapi..bila difikirkan balik..itu la yg mematangkan..tohmahan,cacian..itu perkara biasa..lumrah.malah,lagi banyak yang hadir..fitnah pun tak kurang hebatnya.kehidupan luar,lebih payah rupanya..hanya mampu tersenyum.senyum yang diukir dengan penuh pahat2 makna tersendiri..
dan…. (no idea)
sekian.

INSANIAH : mereka itu mengujakan!!


Apa yang bisa di katakan lagi..mereka memang terbaik.mereka moderator,moderator yang baik.mereka pengacara,pengacara yang baik.mereka ad-hoc,ad-hoc yang baik,mereka biro,biro yang baik.mereka MPM,MPM yang baik.mereka presiden,presiden yang baik.ya..ia memang baik.

dalam penghormatan,mula timbul kekaguman..kagum dengan semua tetapi lebih teruja dengan dua orang insan bernama ustaz dan ustazah yang memegang biro disiplin.kenapa??mungkin ketika dalam program,insan ini dirasakan gerun.namun,setelah kewarasan kembali memenuhi otak..gerun itu hilang,yang datang terbit hanyalah kekaguman yang amat sangat..mereka mengaitkan benda-benda yang di anggap remeh oleh kita menjadi suatu yang besar..seperti amanah.sepanjang MSR dijalankan,kurang malah tiada garis senyum yang ketara di tunjukkan mereka.pelbagai kutukan dan tohmahan di terima..mereka hanya diam,sabar dan terus menjalankan tugas..ingin sekali aku bertanya,di mana terukirnya ketabahan mereka? Apa punca kekuatan jiwa mereka?
Dan,sedih dan pilu sentiasa mengiringi diri apabila teringatkan kisah-kisah mereka..kisah mereka yang telah berjasa kepada kami,mahasiswa baru KUIN.sebagai Presiden,dia mempunyai tugas yang berat.amanah yang lebih berat tergalas di bahunya.namun,ustaz mampu senyum.senyum dan turut mampu mencipta senyuman di bibir anak buahnya.problema di dada dibuka,dalam jenaka dan tawanya..tersimpan sebuah rasa duka.risaukan kesihatan ayah yang dia sayangi..setiap kali dia menyebut tentang kerisauan itu,terperasan bahawa ada sebak yang sedang menjalar.insan seterusnya,walaupun dia telah kehilangan kedua-dua permata paling berharga didunia,ayah dan ibu..pengarah program MSR terus menyusun langkah.memastikan tiada kesulitan dibawah perintahnya..sedang dalam hati,masih ada luka parah yang belum sembuh sepenuhnya.akhir sekali,wanita dikatakan lemah..apalagi ketika berdepan dengan pemergian seorang ayah..manusia yang memerah keringat demi masa depan anaknya..tapi,ustazah itu memberi contoh baru kepada aku,terus berjuang walau diri dalam kepahitan..terus berusaha menjayakan MSR,walau sebak terus lekat pada setiap urat nadi setelah pulangnya ayahanda tercinta beberapa hari yang lalu.

mungkin banyak lagi kisah mereka semua yang belum aku ketahui..ini hanya sebahagian.namun,inilah yang aku ingin sampaikan..mereka itu hebat..tapi kehebatan mereka tidak mungkin hadir sekiranya tahap kebergantungan mereka pada Ilahi tidak mantap.itu paling mengujakan

INSANIAH : disini bermula



4.30 pagi bertolak dari rumah ke alor star..berhenti di R&R gurun untuk solat subuh..dan 7.30 pagi,tiba di alor star..perjalanan yang agak jauh tak mampu menghentikan debar kencang di hati.persoalan yang bersarang terus mencapai tahap maksima.gugup..memikirkan,apa nasib dan dugaan diri di sana.sesi pendaftaran berjalan lancar,ini kali pertama aku berseorangan mendaftar diri.sebelum ini,mak dan abah yang turut ada membantu sebarang jenis pendaftaran.hari itu,aku sedar..aku sudah besar.tidak perlu bergantung kepada mereka untuk hal-hal seremeh itu..ya,baru aku kenal..aku sudah besar.mencapai umur 18 tahun,walaupun banyak perkara belum aku hadam dalam hidup.


Sesi taklimat berjalan lama,banyak persoalan-persoalan yang diajukan oleh ibu bapa kepada pihak atasan.ibu dan ayah mana yang tidak risau tentang anak mereka?tipu jika mereka katakan tiada segelumit risau pun yang terbit di lubuk hati..ibu bapalah yang terpaksa menahan sebak,mengeringkan hati untuk melepas anak yang tersayang berjuang di medan ilmu..sedangkan mereka sedu dan tahu rindu akan muncul ketika jarak perpisahan semakin jauh.tapi berapa ramai yang sedar tentang resah mereka itu?
Seterusnya,pendaftaran asrama yang agak jauh dari kolej.pendaftaran sesak,banin dan banat padat,rupa-rupanya ramai yang menaruh kepercayaan kepada insaniah.lama menunggu,akhirnya sampai di meja pendaftaran,bilik dah habis,tinggal bilik di aras 4,atas sekali..dugaan pertama..senyum dan berlalu..beg-beg yang banyak aku bawa,tak sanggup melihat abah dan mak yang di makan usia turut ingin membawa barangan.aku serahkan barang-barang yang ringan kepada mereka.

Minggu orientasi atau dikenali sebagai minggu silaturrahim(MSR)di sini bermula terus pada pukul 5 .00 petang.penat..itu sahaja yang mampu aku ucap,mengeluh..sikap hodoh yang sentiasa ada pada aku.dengan menaiki bas yang di sediakan,kami sampai di kolej universiti insaniah..memasuki dewan besar insaniah.dewan sultan abdul halim muazzam shah.

Orientasi,itu nama yang cukup gerun untuk aku selama bergelar pelajar..tapi rupa-rupanya,disini lain.kalau di sana atau di mana-mana tempat,mungkin seluar merupakan benda penting kepada muslimat.tapi disini tidak,hanya berbekal baju kurung atau jubah,minggu silaturrahim berjalan lancar.baguskan??syukur yang teramat..tiada gabungan antara lelaki dan perempuan,biah solehah dilaungkan,ukhwah di ucapkan dan takbir!!..suara mahasiswa menggema dewan indah.apa lagi boleh aku ucapkan kecuali Alhamdulillah,syukur kerana aurat sentiasa dijaga.teguran-teguran islam turut menginsaf diri.inilah bezanya apabila persekitaran islam di praktikkan.

SAQ '12,DQ..dalam memori.

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah,masih mempunyai nafas untuk meneruskan pencarian di dunia Allah.


sudah seminggu,tapi hati masih rindukan ketenangan Darul Quran..Tasik yang tenang..masjid yang indah..pensyarah yang tahu bagaimana hendak mengajar dan yang paling di rindui oleh hati kala ini,sahabat Sijil Asas Qiraat(SAQ)..

selama sebulan di sana..ukhwah yang dibina bukan seperti sebuah titian kecil dan reput..tapi,sebuah titi yang konkrit..kesedihan masih bersisa di lubuk perasaan.sebuah rasa yang menuntun air mata turut hadir di pipi..makin di seka air itu,makin banyak ia berguguran..inikah yang dinamakan menyayangi sahabat semata-mata kerana Allah?mungkin..kerana kita memulakan persahabatan di sebuah tempat yang suci,yang setiap detik masa terdengar ayat2 suci Al-Quran..menjalani proses taaruf dalam keadaan yang cukup indah..dibaluti dengan keredhaan Allah..sehingga keakhirnya,perpisahan kita..perpisahan yang membuat hati kita luluh sebentar untuk menghadapi sebuah realiti.lidah kelu untuk mengucap kata selamat tinggal..

ya..setiap pertemuan,pasti ada perpisahan..dan perpisahan itu..amat sukar untuk aku tempuhi..teringat tika tiba waktunya,berjurai air mata ini untuk melepaskan sahabat2 sekalian..tersedu-sedu aku ucapkan " maafkan segala salah dan silap,jumpa lagi nanti,insyaAllah"..kenapa Tuhan??kenapa? sedangkan..perkenalan aku dan mereka hanya 1 bulan..1 bulan yang aku rasakan belum cukup untuk air mata ini jatuh..tapi,ia tetap jatuh..melihat wajah sahabat yang semakin hari makin aku sayang..apa ada lagi waktu-Mu untuk kami kembali bertemu?insyaAllah..lantas,aku peluk erat mereka,sambil di dalam hati ini memohon pada-Mu supaya mereka boleh merasai kasih sayang yang aku tak mampu tunjukkan.biar aku dan mereka tidak selalu bercanda,bergurau mesra..namun aku mahu mereka tahu prinsip ini..apabila kita sudah memulakan persahabatan,maka selamanya kita akan menjadi sahabat..sungguh,sungguh aku rindu melihat wajah mereka..

hebatnya persahabatan ini..sehinggakan air sungai mataku tidak pernah kering ketika melakar kata2 ini..ya,aku menangis...menangis dengan dua makna..bersedih kerana mereka tiada disisi..gembira kerana jika tiada mereka,aku mungkin tidak merasa kesedihandan pengalaman ini.

buat ahli dorm yang amatku sayang..nabilah,nurina dan afiqah,,diri ini tak pernah lupa akan gelak ketawa kita,bermula dengan korea..ustaz, kafe..semua itu menyatukan kita..KFC xde sos..huhu.mesin basuh rosak..
dan yang paling best blackout dan ring ding dong.haha..itu pengalaman manis yang akan di simpan..maafkan segala kesilapan,halalkan makan minum..semoga ukhwah ni takkan putus~.


sekian dari sahabatmu..

mereka seperti sinergi~

Seperti Asid dan irfan,
Sama juga seperti Afiqah dan Nurina,
Mengenali mereka bukan seperti yang lain,
Aku melihat dan tertarik dengan keakraban mereka,
Mereka bagaikan pasangan adik beradik yang sentiasa menjaga
Kasar tapi sayang,
Sinis tapi nasihat,
Siapa mereka membuatkan aku berfikir sejenak,
lantas ku mencari,apakah aku punya sahabat seperti mereka?
Dan..adakah aku ini seperti mereka?


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt,dah lama sangat rasan
ya membiarkan blog ni terkontang kanting,terumbang ambing tanpa pengisian baru.maafkan aku wahai blog..tuanmu ini,lemah betul semangatnya..mohon usahaku ini berpanjangan,bukan mudah untuk menulis rupanya..memerlukan "mood" yg betul2 tenang,sampaikan dengan ikhlas..wah,berat ni..x mengapa,yakinlah pada Allah S
WT.

Yallah,sebelum kita terus kpd apa yg sy nk ceriakan hari ni.jom kita tgk dlu gmbar2 buku2 ni..
ni buku yang lama,yang sy baca waktu tingkatan 2 dulu..



dan ini kulit buku yg sekarang


buku yg kisahkan zainab al-ghazali ni mmg menarik minat saya untuk terus dan terus membaca.perjuangan zainab al-ghazali memang meruntun jiwa sesiapa shja yg baca buku ni.demi Allah,bagi sesiapa yg belum baca..silalah baca. xkan rugi..dijamin 100%.

saya mula baca buku ni wkt umur 14 tahun,cuba la bayangkan 14 tahun utk konteks budak2 sekarang yg macam saya ni..bukan mudah nak selami pengertian perjuangan sebenar.tapi,alhamdulillah..lepas baca muka surat pertama,Allah bg sy kemahuan utk selak muka surat kedua dah seterusnya..sungguh,pengalaman zainab al-ghazali boleh membuatkan kita bersemangat untuk meneruskan hidup walau ada dugaan kerana siksaan/dugaan yg dtg pd zainab al-ghazali ternyata lebih perit.tapi dia terus menyokong mempertahankan islam..Allahuakbar.

sekian,wassalam wbt.