Subscribe to RSS feeds

kelebihan surah Al-Kauthar

surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.kolam sungai ini diperbuat drpd batu permata nan indah dan cantik.rasanya lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada susu.
dan lebih wangi daripada kasturi.surah ini disifatkan sbg surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda bersediha atas kematian 2 orang anak Baginda iaitu Ibrahim dan Abu Talib.

pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan..

1~baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.

2~jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini..dan gosokkan ke leher,insyaAllah hilang dahaga.

3~jika sering sakit mata,seperti berair,gatal,bengkak,sapukan air mawar yg sudah dibaca 10 kali surah ini..pd mata.

4~jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah s.w.t bg ilham pada kita diman terletaknya sihir itu.

5~jika membacanya 1000 kal rezeki kita akan bertambah.

6~jika rajin membacanya,hati kita akn menjadi lembut dan kusyu'ketika menunaikan solat..

hukum menangis kerana sakit



tidak ada larangan menangis jika sekadar keluar air mata,bukan merupa ratapan.ini berdasarkan pada prnyataan Nabi s.a.w ketika anaknya ibrahim mninggal

"mata mngeluarkan airmata,hati bersedih,kami tidak mengatakan kecuali yg mnyenangkan Allah.kerana perpisahan denganmu hai Ibrahim,sungguh kami bersedih."

hadis yg semakna dgn hadis diatas cukup banyak.tidak ada larangan juga mngatakan kpd kluarga dan teman2 tntg penyakit pd anda,selama anda memuji kpd Allah,bersyukur pd-Nya dan memuji-Nya,dan memohon kepada-Nya untuk kesihatan,dgn cara2 yang dibolehkan.

namun begitu,diabjurkan kpd anda utk bersabar dan berharap pahala dari Allah.

"sesungguhnya hanya org2 yg bersabarlah yg dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
(Az-Zumar:10)

Nabi s.a.w bersabda:

"seorang muslim tidak ditimpa keletihan,penderitaan,penyakit,kesedihan,atau luka,bahkan oleh tusukan duri,kecuali perkara2 tersebut mnjadi tebusan yang diberikan Allah atas dosa-dosanya"

"jika Allah mgkehendaki kebaikan pd seseorg,Dia akan menimpakan cubaan kpdnya."

kita memohon kpd Allah utk mmberikan ubat dan kesihatan kpd anda dan juga kebaikan hati dan tindakan,sungguh Allah Maha Mendengar dan Mengabulkan doa.

rahsia zuhud didunia



pada suatu hari Hassan Al-Basri r.a ditanya,
'hari apa menurutmu yang patut dikatakan hari raya itu,ya Hassan?"

Hassan Al-Basri mnjawab,"setiap hari pada hari itu aku tidak akan melakukan maksiat kpd Allah s.w.t"
Mereka brtanya lagi,"apakah rahsia zuhudmu didunia ini,ya abal Hassan?"
Hassan Al-Basri mnjawab,"aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh org lain kerana itulah hatiku tenang.aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan oleh org lain kerana itulah aku sibuk mngerjakannya.aku tahu Allah Taala selalu mengamatiku,kerana itulah aku rasa malu bila Dia melihatku sedang dalam keadaan maksiat.dan aku tahu kematian itu sudah memerhatikanku,kerana itulah aku selalu menambahkan bekalan untuk hari pertemuanku dengan Allah Azza Wa Jalla.

lelaki idaman

berdii dihadapan cermin,lihat diri anda.adakah anda setampan shah rukh khan??dgn ketinggian yg ada,mampukah anda memikat model secantik nasya aziz?apakah gaji anda lumayan bg mnakluki hati gadis2 jelita utk dijadikan isteri?

sambil berdiri dihadapan cermin,tanyakan soalan ini,"adakah aku memiliki ciri2 lelaki yg diidamkan wanita?" kalau belum pasti,di bawah kami perturunkan 10 lelaki yg paling dikehendaki oleh kaum hawa,iaitu...

1~yg brcita2 besar utk mnolong org yg mmerlukan,bukannya hidup dilamun angan2 dan perlu ditolong.

2~yg x malu berkata"sy mnta maaf,sylah yg bersalah"

3~yg dapat melihat pelbgai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tnpa rasa ragu2 berkata "tidak"

4~yg meletakkan urusan tuhan melebihi segala-galanya

5~yg mmbuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya dgn sungguh2 dan apabila brjya,dia mghadiahkan setinggi2 pghargaan kpd org2 yg mbntunya.

6~yg sentiasa trsenyum,mrendah diri dan mesra dgn sesiapa shja tanpa mngira darjat dan kedudukan.

7~yg melihat kesilapan diri sndiri sblum melihat kesilapan org lain.

8~yg sedia mncurahkan wang,masa dan kebolehannya kpd orh lain tnpa memikirkan balasan.

9~yg sntiasa berusaha mnjd yg terbaik kpd anak2 drpd beromong kosong mngenai sesuatu hal hg x dilakukan.

10~yg membawa anak2 ke rumah ibadat,bukannya mghantar mereka..



adakah ketampanan anda releven dgn ciri2 diatas????

fikir,renung la ye...

kepada saudara2ku yg giat d dlm dakwah


sabda Rasulullah s.a.w,
"barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(rwyat Bukhari)

sahabatku,biar manusia benci kita didunia,asal Allah tidak akan membenci kita.kerana hanya Allah yang akan menolong orang2 yang cintakannya ketika di akhirat kelak.

"dunia ibarat penjara bagi orang mukmin,dan ibarat syutga bagi orang kafir"
(riwayat muslim)

~ knp dakwah itu pahit????
~ kerana syurga itu manis.. ^_^

Al-Quran mnjana kecemerlangan hidup


Al-Quran pedoman dan panduan hidup mukmin

1)kitab suci al-quran merupakan kalam Allah
yg terakhir.diturunkan kpd Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril dan bertujuan untuk membimbing mnusia kejalan yg benar.

2)kandungan Al-Quran merangkumi semua aspek kehidupan manusia untukkesejahteraan hidup didunia dan di akhirat.iaiu:

a)hubungan manusia dgn Allah seperti :

~)solat dgn kusyu'
~)pengabdian kpd Allah
~)bersyukur dgn nikmat pmberian-Nya
~)berpuasa

b)hubungan mnusia dgn manusia

~)berbakti kpd ibu bapa
~)berakhlak mulia
~)memberi pertolongan kpd yg mmerlukan

c)hubungan mnusia sesama makhluk Allah yg lain

~)memelihara dan memulihara alam sekitar dgn baik.
~)ihsan kpd binatang dan alam sekitar

3) org yg mngamalkan ajaran A-Quran akan mmperoleh kejayaan didunia dan di akhirat kerana ajarannya lengkap dan sesuai diamalkan hingga hari kiamat tanpa mngira bgsa,masa tempat,dan keadaan.

4) kita mestilah membaca,memahami.mempelajari dan mengamalkan ajaran al-Quran kerana ia adalah khazanah segala ilmu pengetahuan.

5) antara ilmu pengetahuan tersebut ialah:

~)ibdat(solat,puasa,zakat,dan haji)
~)muamalat(jual beli,saham,pinjaman,syarikat dan gadaian)
~)akidah(beriman kpd Allah)
~)perubatan,sains,dan teknologi
~)sejarah(kisah2 nabi dan tokoh2 islam)
~)siasah(politik)
~)perkara ghaib(malaikat,syurga,neraka)
~)jinayah(hukum hudud dan qisas)
~)munakahat(perkahwinan)

rabiatul adawiyah didalam syairnya


orang-orang menyembah-Mu kerana takut neraka,
mereka hanya ingin bebas dari neraka,
lalu ingin tinggal di dalam istana syurga,
sambil meneguk minuman yang lazat.

namun,aku tidak inginkan syurga,
dan tidak takut neraka,
tapi aku hanya mahukan Engkau.

ayat ini mmbuktikan betapa kasih dan cintanya Rabiatul Adawiyah
kepada Allah Azza Wajalla.

nasihat untuk org bercinta


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

sms/msj


ana baru dapat satu sms dari rakan ana..
msj 2 berbunyi...

walaupun kita dah bebas dari ujian kementerian pelajaran Malaysia(upsr,pmr,spm,stpm,stam)hu3,tapi kita tetap tidak terlepas daripada ujian ALLAH yg sentiasa mmberikan "Tarbiah" kpd semua makhluk utk melihat siapa diantara mereka yg paling beriman dan bertaqwa...

^_^ >>thanks ye sape yg sent msj ni kat ana td.

kepastian by inteam


lirik lagu bg blog ni..hayatilah msj yg nak disampaikan dlm lagu ini..
ambillah pengajaran yg baik utk kita mnjadi yg lebih baik..(insyaAllah)

Kepastian
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

perayaan hari lahir..


merayakan hari lahir tidak mempunyai sumber apapun dlm syariah yg murni.sesungguhnya ini adalah suatu perkara yang baru.dimana Nabi Muhamad mnerangkan bermaksud:

"barangsiapa yang memperkenalkan sesuatu yang baru dlm agama Islam yg bukan termasuk d dlmnya,maka ia tertolak"

sudah banyak diketahui bahawa Nabi s.a.w,tidak merayakan hari kelahirannya sepanjang hidupnya.juga x pernah mmerintahkannya agar di rayakan.Bagnda juga x pernah mengajar kepada para sahabatnya.oleh kerana itu,khulafa' ar-rasyidin dan sahabat2 Nabi x pernah merayakannya.mereka adalah org yg plg bayk mngetahui tntg sunnah Nabi s.a.w.
mereka jua org yg paling giat mengikut ajaran yg dibawa oleh Nabi s.a.w.
oleh itu,sekiranya seseorg diperintahkan oleh Nabi utk merayakan hari kelahirannya,maka ia akan mnjadi dalil ketika itu.selain itu,x ade seorg pun ulama'atau generasi terbaik yg merayakan hari kelahiran Nabi,juga mereka tidak pernah mmerintahkan utk mlkukan prkara trsebut.

dari penjelasan diatas dapat diketahui bahawa bntuk perayaan trsebut bukan berasal dari hukum yg dturunkan Allah kpd Nabi Muhammad s.A.W.kita memohon kpd Allah dan seluruh org islam utk bersaksi bhwa jika Nabi s.a.w melakukan perkara itu,atau memerintahkan utk mlakukan perkara trsebut,atau bahkan jika sahabat-sahabatnya juga melakukannya,kita akan cepat2 mlakukannya juga.ini kerana dan segala puji bg Allah..kita adalah org yg plg tgas mngikut sunnah Nabi dan mematuhi perintah dan larangan-Nya.kita memohon kpd Allah utk diri kita dan semua saudara kita yang muslim,smg kita selalu setia pd kebenaran dan mnjauhi sgala yg memalingkankan dari syariah Allah yang murni.

saje..berhibur sbentar dgn lirik ni

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Kata Ibrahim bin Adham ...DOA KAMU TERTOLAK KERANA HATI KAMU MATI

hati kamu mati kerana 8 sebab

~kamu mengetahui hak2 Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.

~kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungannya

~kamu mengaku mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.

~kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya.

~Allah memberitahu kamu bahawa syaitan itu musuh bagi kamu tetapi kamu terus bersahabat dengannya.

~kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampakkan kedalam neraka.

~kamu mengaku suka masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha melakukan amal-amal soleh supaya kamu dimasukkan kedalamnya

~setiap hari kamu berusaha menutup aib sendiri ,sedang pada waktu yang sama kamu tidak bosan-bosan mendedahkan aib orang lain.

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.



disunting dari kisah hijrah>>muharram 1426

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.


iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

wassalam,

ilmu diatas ini disunting dari >>buletin tagged by khalifah.

syukran jazilan.

doa awal dan akhir tahun


Awal tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".


Akhir tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".



diambil dari>>buletin tagged by khalifah



peristiwa mi'raj


1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


masih belum terlambat untuk kita sama2 bertaubat dan berubah, ayoh sama2 kita elakan dari jadi ahli tempat2 ini..

penting ni..


1.klau nk beli Al-Quran yg d'ctak dlm edsi baru,hati2lah krna ada 4 surah plsu cptaan KAFIR laknatullah.surah2 itu adalah Al-Iman,Al-Wasaya,Al-Tajasud dan Al-Muslimoon.

2.jgn sesekali layari laman webwww.thequran.com(father zakaria)krna sgala isinya adalah palsu.

syed Qutb


Pesanan Terakhir Syed Qutb ,
Saudara! Seandainya Kau Tangisi kematianku,
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
nyalakanlah obor buat ummat ini dan............
teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih
yang sedang merindu taman-taman di syurga
Tuhanku bangga menerimaku burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini
akan disinari fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar......
(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1965)

renung2 kan lah....


RENUNGKANLAH m mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri
yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak,
mudahnya menjadi muslim...namun...

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat
subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa
sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam
kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda
memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung
atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan
masa sehingga 20 minit untuk mendandan
rambut...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan
solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15
minit...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar
berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di
telefon selama 2 jam...

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-
quran, tidak selama menonton tv,& cd...

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan
kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan
sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka
boleh melarat hingga 20 minit...

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap
sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda
sanggup menatap majalah atau surat khabar
selama 60 minit...

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak
sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap
tidur atau sanggup menonton wayang lewat
malam...

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk
kalimah syukur....

Renunglahhh.....


assalamualaikum w.b.t
ni adalah pengtahuan utk kita semua,klau yg dah tau 2..anggap la ini sbg peringatan bt anda.
sgguh x sgka smpai bgini permainan mereka bg mnjatuhkan kita umat islam..


maksud perkataan "BYE"... SubhanaAllah!!! Perkataan "BYE" merupakn jarum sulit org Kristian... Di dlm bahasa Arab b'maksud "fihafzil baba". Manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di Bawah Naungan Pope(paderi). Jadi foward dan sebarkan kpd semua shbt2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org Islam yg lain.Wassalam di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yg ada gereja. Gereja ini antara yg aktif untuk memurtadkan org Islam.

kalau ada saudara kita terminum 'Holy Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yg jemput Perdana Menteri kita dulu! .

Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.insyaAllah. tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yg tercinta...insyaAllah...

malam ke subuh


Bagi orang jahil itulah saat dinanti

menutup mata memekak telinga

menghembus nafas kasar tersasar

mengharap mimpi memuas diri

kokok ayam sangat dibenci

bagi orang alim itulah juga saat yang dinanti

menutup mata hanya sepertiga

nafas ditarik masuk kedada

mengharap tangis menghapus dosa

moga terhindar api neraka

bagi orang jahil inilah saat berpesta

menghilang tekanan siang bekerja

melepas geram siang tertahan

menunjuk langit kaki bergoyang

meneguk air kencingan syaitan

bagi orang alim inilah juga saat di damba

mengharap petunjuk siang bersimpang

menunjuk jalan malam yang kelam

mengadu mengharap masalah didada

mengadu merintih pada Yang Esa.




NILAI SEKETUL HATI

Daripada Abu Hurairah katanya,

Rasulullah s.a.w brsabda yg brmaksud

"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu,

tetapi Allah melihat kpd hati dan amalmu"

(riwayat muslim)

hati menurut ilmu perubatan ialah

darah hitam yg beku,

mmpunyai bntuk trsendiri yg letaknya di sebelah kiri dada.

bagaimanpun,Imam Al Ghazali menyatakan hati

menurut pandangan ilmu tasawwuf ialah

unsur halus yang brsifat metafizik yang berada

dalam bntuk hati yang bersifat jasmani.

katanya"saya hairan dgn manusia yg sgt

mgutamakan kbrsihan dan keindahan tubuh

sdgkan hatinya tidak mereka bersihkan

drpd kekotoran batin dan mksiat.

padahal Allah hanya mmndang hati mereka seperti firmanNya

dalam surah asy-Syams,7-10.

hati diibaratkan sbgai tuan dan jasad adalah hmbanya

atau sbg pemimpin yg mengatur rakyatnya.

maka hati adalah asas atau pusat yg mengatur

dan mggerakkan semua kegiatan.

jika hati baik,baiklah kelakuan seseorang itu

jika sebaliknya,

maka buruklah peribadi seseorg itu.

mutiara kata >> Hassan Al-Banna

"wahai saudara-saudarku...

tahukah kamu kenapa kita tertiggal jauh ke belakang dari solafussoleh?

sesungguhnya 1 saja jawapannya dan tiada duanya.

iaitu kerana kita berpaling dari Al-Quran

dan tidak melakukan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

ketahuilah bahawa muslim akan hanya

merasa bahagia di alam nyata apabila

mereka mnjadikan Al-Quran Karim sbg perlembagaan hidup

dan undang-undang mereka..."

wahai tuhanku,aku telah menyampaikan!

wahai tuhanku..saksikanlah!"


coretan islah

ingatlah..shbt-shbatku

kita perlu ingat ada 1 sifat yg tidak boleh diambil dan ditiru oleh kita krna ia hanya khusus untuk Allah shj sifat tersebut ialah sifat Al-Kabir(sombong-ego)

takabbur(besar diri)mrupakan 1 perasaan yg trdapat dlm hati seseorg yg merasakan ia mmpunyai kelebihan brbnding org lain di dlm suatu prkara,
org yg memiliki sifat ini mnjadi snsara dan celaka didunia dan diakhirat.
justeru,ada baiknya kita mnilai diri kita..adakah kita mmpunyai sifat ego,bgga diri atau sebalik ya.berikut adalah tnda2nya...:

~klau diberi jwatan,dia akn rasa seronok atau trhibur.
~klau dia pemimpin,dia akn bertindak kasar.
~kalau x dilantik,dia akn rasa tdk senang
~kalau dia pengikut,susah utk ikut ckp.
~mudah marah
~dia suka berkawan dgn org bwhan bukan utk bermsra,tetapi utk mnonjolkn diri
~dia sukar mnerima pndapat org lain
~dia tidak senang apabila ada org lain mngemukakan pndapat yg lebih bernas.
~apabila dlm mjlis,dia sering memotong/mncelah percakapan org lain.
~tidak suka kmajuan tercetus ditangan org lain
~bersikap emosional dan mudah tersinggung
~dia gemar mmperkenalkan diri
~tidak boleh dicabar,pasti mncabar kmbali
~gemar solat lewat serta x mahu berdoa selepas solat.



dipetik dari-nur maa'lim,lil tullab.biro krohnian dan pnrbitan um,nilampuri

santapan buatmu..

bt santapan para pembaca..
sekarang ni ana ade di KL..
jd,ana x dpt nak tulis pnjg2 coz ksuntukan mase utk kesana kemari..(jalan@shopping)huhu.
oleh disebabkan itu...

ana bg ayat2 yg ana dpt dari msg ni utk anda semua..

ku hadiahkan salam sayang,
bersama Al-Fatihah yg penyayang,
ku kirimkan sesuci kasih,
bersama Al-Ikhlas yang suci bersih,

istimewa buatmu..
smoga Allah tetap bersama kita..

waktu2 terbaik utk berdoa


# selepas azan
#selepas sahur
#1/3 malam
#selepas solat
#sewaktu berpuasa(puasa sunat atau wajib)
#waktu hampir berbuka puasa
#waktu antara dua khutbah jumaat...
#waktu antara tawaf dan saie
#waktu melihat kaabah
#waktu berkumpul dalam majlis ilmu..
#selepas membaca al Quran
#waktu dalam kesusahan
#waktu dalam kesedihan
#waktu hujan lebat..

mutiara kata yg dipetik dari hadis2 dan ayat quran.


assalamualaikum,
hari ni nak tulis sikit2 mutiara kata la..tapi,sori la..sbab hadis2 ni bercampur baur..x dispesifikasi ke mna2 tajuk..k,harap dapat ambil pengajaran la ye hndaknye..insyaAllah.

Nabi S.A.W bersabda:
"siapa yg berperang utk mnegakkan(agama)kalimah Allah,maka itu fisabilillah."
(rwyt Bukhari,Muslim,Abu Daud dari Abu Musa Al-Asyari)

Dari Abdullah bin mas'ud,Rasulullah bersabda:
"jgn merasa iri hati kecuali pd 2 org,iaitu org yg diberi Allah harta,kmudian digunakan utk yg hak dan org yg diberi Allah hkmah(ilmu yg hak),kmudian digunakan dan diajarkanya.
(sahih Bukhari)

dari Anas r.a,Rasulullah bersabda:di antara tnda2 kiamat ialah berkurangnya ilmu,meratanya kebodohan,bnyk perzinaan dan byk perempuan dari lelaki hgga 50 perempuan hanya seorang pengawalnya"
(sahih Bukhari)

dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah bersabda:
"barangsiapa yg ingin rezekinya dbykkan Allah dan dipnjangkan umurnya,hndaklah ia mghubungkan tali silaturrahim"
(sahih Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda:
"semua luka yang dideritai oleh seseorang muslim dalam peperangan fisabilillah,pd hari kiamat nnt keadaannya sama sperti waktu ia trluka dahulu.darahya memancar berwarna merah tetapi baunya sperti kasturi"
(sahih Bukhari)

dari Abu Hurairah r.a,Rasulullah bersabda:
"Allah sgt gmbira menerima taubat seseorang kamu,melebihi kegembiraan seseorang yg mnemukan barangnya yg hilang"
(sahih Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"apabila org yg mmbaca ayat mnyebut kalimah sjud,larilah syaitan smbil mnangis dan berkata:celaka aku!!manusia diperintahkan sujud lalu sujud maka syurgalah bgnya dan aku diperintahkan sujud tp aku tolak,maka nerakalah bgku"
(sahih Muslim)
Nabi s.a.w bersabda:
"beri makanlah orang yg lapar,knjungilah org yg sakit dan bebaskanlah org yg trtawan dan menderita"
(sahih Bukhari)
Nabi s.a.w bersabda:
"biasakanlah kamu sembahyang malam sebab ia kebiasaan org2 solihin yg sebelummu dan mndekatkan kamu kpd Allah dan mncegah kamu dari dosa dan menebus dosa2 dan mngusir penyakit dari badan"
Nabi s.a.w bersabda:
"tidaklah sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum ia cinta kepada saudaranya atau jiran-jirannya seperti cintanya kepada dirinya sendiri"
(sahih muslim)
Nabi s.a.w bersabda:
"Zuhudlah di dunia,nescaya kamu akan disayangi oleh Allah dan jangan tamak terhadap apa yg di tgn manusia,nescaya kamu disayangi oleh semua manusia"
(riwayat Ibnu Majah)
Nabi s.a.w bersabda:
"siapa yg cintanya kpd Allah dan Rasulullah lebih dari cintanya pada org lain,ia akan mempunyai kelazatan iman"
(sahih Muslim)
bersambung...

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT.


'apakah yg mnyebabkan kamu masuk kedalam neraka saqar ini?"mereka mnjawab:"kami tidak trmasuk golongan org2 yang bersembahyang"
(surah Al-Mudathsir 42:43)

seksaan ketika hidup didunia:
~Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
~Rezekinya disempitkan Allah.
~Tidak ada tempat bgnya di sisi agama.
~Doanya tertolak
~Hilang cahaya soleh dari wajahnya
~Amal kebajikan yang dilakukan lgsung tidak dberi pahala.

seksaan ketika mghadapi sakaratul maut:
~ia akan mghadapi sakaratul maut dlm keadaan hina
~Matinya dalam derita kelaparan
~Matinya dalam keadaan haus walaupun diberi minum air sebanyak 7 lautan sekalipun.

seksaan ketika didalam kubur
~Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sempitnya.
~Kuburnya akan digelapkan
~Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

seksaan ketika berada diakhirat
~ia akan dibelenggu dan diseret di padang Mahsyar oleh malaikat
~Allah x kan memandangnya dengan pndangan belas kasihan.
~Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

perjalananku


dalam mencari redha Allah,pelbagai dugaan dtg mnjengah,menampar imanku yg senipis angin..
kadang2 ribut datang tanpa diundang.
didalam usahaku membentuk diri,ada syaitan membisik kata,agar aku tetap jahil dimamah ketika.diri ini derita menanggung segala kifarah dosa..hidup mula terasa sempit,
bukan kerana kurangnya harta benda..
tetapi sempit dengan kekalahan berganda.
pabila aku cuba untuk bangun menyusun lgkah sekata,pasti ada batu2 dugaan yang tiba..
semangatku makin goyah..
terasa diri tidak berdaya melawan makhluk durjana.
semakin hari aku semakin hanyut,hanyut di dalam keseronokan duniawi..
murka Allah telah kucari..dan kini..hanya penyesalan datang meninggi..
aku mula sedar,sedar dari keasyikan yg palsu.
ku ukir semula zikir dibibir,ku anyam kembali iman supaya bertaut di dada..
kuselak semula helaian kitab suci,lantas aku mula memahaminya..
ahhh..betapa hebatnya kalam-Mu Tuhan..
kitab yg dimana dalamnya penuh ikhtibar..
bertanya aku pada diri,mengapa baru kini aku mengerti hakikat hidup didunia?
setelah sekian lama aku terumbang ambing dalam lautan nafsu yg fana.
namun,aku bersyukur pd-Mu..kerana masih ada inayah yang Engkau berikan kpdku..


sekian,wassalam.

salam aidil adha.

salam aidil adha buat semua..wlaupun lmbat kire ok la kan..hu2.
x de mase nak update blog ni..(bz la konon)x la..smua manusia sme ja..24 jam sehari..antara pandai dgn x pndai urus mse je..hu3(ngaku je la,tgh mls)
k la ye..wassalam