Subscribe to RSS feeds

hukum syara'

Allah swt telah membekalkan akal dan nafsu kepada manusia.akal dan pemikiran manusia sering dipengaruhi oleh hawa nafsunya yang sering mengajak kearah kejahatan.oleh itu,Allah telah menyediakan peraturan2 trtentu yang mencangkupi seluruh aspek kehidupan manusia agar mereka tidak terpesong dari kebenaran.peraturan2 ini dikenali didalam istilah syara' sbg hukum.

pengertian hukum syara'

para ulama' usul fiqh mentakrifkan hukum syara' sebagai"khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan(iqtidha'),pilihan(taqyir) atau wad'i."

berdasarkan pengertian ini dapatlah diketahui bahawa hukum syara' adalah khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat,munakahat,jinayat,dan mu'amalat.

thariqatul mutaakhkhirin

selain thariqatul mutakallilmin dan thariqatul ahnaf,terdapat 1 lagi cara penulisan usul fiqh iaitu cara penulisan yang menggabungkan kedua-dua cara tersebut.cara ini dikenali sebagai thariqatu mutaakhkhirin.cara ini kemudiannya diikuti oleh ulama' dari pelbagai mazhab seperti hanafi,maliki,syafie dan hambali.antara kitab2 yang ditulis menurut cara ini ialah

1~badi' an-nazzam oleh muzaffarudin ahmad bin ali sa'ati hanafi.meninggal dunia pada tahun 694 hjrah bersamaan 1295 masihi.kitab ini merupakan gabungan diantara kitab2 awal yg ditulis oleh bazdawi dengan kitab ihkam yang di tulis oleh amidi.

2~at-tanqih dan syarahnya at-tudi' oleh sadr asy-syariah abdullah bin mas'ud al-mabubi al-hanafi.meninggal dunia pada 747 hijrah bersamaan 1346 masihi.

3~jam'ul jawami' oleh imam tajuddin abdul wahab bin ali as-subki asy-syafie.meninggal dunia pada tahun 771 hijrah bersamaan 1369 masihi.

terdapat 1 corak penulisan yang belum pernah wujud di sebelumnya dalam bidang ini.corak tulisan seperti ini terdapat dalam kitab al-muafaqat fi usulil ahkam karangan abu ishak ibrahim bin musa al-lakhami yang lebih dikenali sebagai asy-syatibi.meninggal dunia pada tahun 790 hijrah bersamaan 1388 masihi.dalam kitab ini beliau telah menggabungkan kaedah usul fiqh dengan maqadis syariah.

cara penulisan ilmu usul fiqh

selepas imam asy-syafie,terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu usul fiqh.cara penulisan mereka dibahagikan kepada dua iaitu thariqatul mutakallimin dan thariqatul ahnaf.

thariqatul mutakallimin

~cara ini dipelopori oleh ulama' mazhab syafie.oleh sebab itu ia juga dinamakan thariqatul syafi'iah.mereka membuat kaedah2 usul fiqh serta mengukuhkannya dengan dalil2 naqli dan 'aqli.
kemudia kaedah ini dijadikan dasar unt menyelesaikan masalah yang timbul.mereka tidak memasukkan masalah fiqh dalam penulisan mereka.masalah fiqh tersebut dibiarkan berasingan dalam kitab2 fiqh.antara kitab2 yang ditulis menurut cara ini ialah..

1~al-burhan oleh imam haramain abdul malik bin abdullah juaini.meninggal dunia pada tahun 478 hjrah bersamaan 1058 masihi.

2~al-mu'tamad oleh abu husain muhammad bin ali basri.meninggal dunia pada tahun 446 hjrah bersamaan 1044 masihi.

3~al-mustasfa min ilmil usul oleh imam al-ghazali.meninggal dunia pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi.

4~al-mahsul oleh fakhruddin muhammad bin umar husain ar-razi.meninggal dunia pada tahun 606 hijrah bersamaan 1209 masihi.kitab ini merupakan ringkasan kepada ketiga-tiga kitab diatas.

5~ihkam fi usulil ahkam oleh saifuddin al-madini.meninggal dunia pada tahun 631 hijrah bersamaan 1233 masihi.


thariqatul ahnaf

cara penulisan ini juga dikenali sebagai thariqatul fuqahak.menurut cara ini,kaedah2 usul fiqh dibuat berdasarkan hukum2 yang telah diputuskan oleh imam2 mazhab mereka.kaedah tersebut dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan.jika tidak,kaedah2 tersebut diubah suai oleh mereka.oleh itu,kitab2 yang ditulis mengikut cara ini terdapat banyak masalah fiqh.antara kitab2 yg ditulis menurut cara ini ialah seperti berikut..

1~al-usul oleh abu bakar ahmad bin ali yang dikenali sebagai al-jassos.meninggal dunia pada tahun 370 hijrah bersamaan 980 masihi.

2~al-usul oleh abu zaid abdullah bin umar ad-dabbusi.meninggal pada tahun 430 hijrah bersamaan 1039 masihi.

3~al-usul oleh fakhrul islam ali bin muhammad bazdawi.meninggal dunia pada tahun 482 hijrah bersamaan 1089 masihi.

4~kasyful asrar oleh abdul aziz bin ahmad bukhari.meninggal pada tahun 730 hijrah bersamaan 1330 masihi.

skop perbahasan ilmu usul fiqh

ilmu usul fiqh

~dalil2 syara'
iaitu merangkumi dalil2 yang disepakati dan dalil2 yang tidak disepakati.

~dilalah
iaitu merangkumi kaedah2 istinbat hukum dari nas2 Al-Quran dan sunnah.

~ta'arud dan tarji'
iaitu perbahasan tentang percanggahan antara dalil2 serta jalan penyelesaiannya.

~ijtihad dan mujtahid
iaitu merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.

~hukum2 kulli
iaitu merangkumi hukum taklifi dan hukum wad'i.

kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh

terdapat pelbagai kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh,antaranya

~para ulama' boleh menghasilkan hukum2 yang lebih tepat berdasarkan dalil2 yang kukuh.

~boleh mengetahui hukum2 syara' dan beramal dengan yakin.

~memahami cara2 ulama' mengistinbatkan hukum daripada Al-Quran dan sunnah serta dalil2 lain.

~boleh mengetahui cara ulama' menetapkan hukum2 baru yang tidak terdapat hukumnya dalam Al-Quran dan sunnah.

~boleh mengetahui punca perselisihan hukum dikalangan ulam' serta membuat perbizaan secara ilmiah.

pengasas ilmu usul fiqh

ilmu usul fiqh disusun sbg 1 ilmu yang tersendiri dalam sebuah kitab oleh imam muhammad bin idris asy-syafie.kitab beliau dinamakan ar-risalah.kitab ini membincangkan tentang Al-Quran sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-dua sebagai sumber penentuan hukum.
oleh kerana kitab ar-risalah merupakan kitab pertama disusun dalam bidang ini yang sampai kepada kita.imam asy-syafie diiktiraf sebagai pengasas ilmu usul fiqh.

sejarah perkembangan ilmu usul fiqh

zaman Rasulullah

pada zaman Rasulullah,hukum2 diambil dari wahyu iaitu dalam bentuk Al-Quran dan penjelasan oleh baginda iaitu sunnah.segala perkara yang berlaku dirujuk kepada Rasulullah.baginda akan menjawab secara terus berdasarkan yat Al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendirian.namun demikian,terdapat dikalangan para sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran tempat mereka yang jauh daripada baginda.umpamanya mu'az bin jabal ketika diutus oleh baginda kenegeri yaman.Rasulullah membenarkan mu'az untuk berijtihad dalam perkara yang tidak terdapat ketentuan dalam Al-Quran dan sunnah.


zaman sahabat

setelah Rasulullah wafat,sebarabg masalah yang timbul dirujuk kepada para sahabat.mereka berkeupayaan mengistinbatkan hukum terus dari A-Quran dan sunnah kerana beberapa faktor iaitu..

~penguasaan bahasa arab yang baik membolehkan mereka memahami Al-Quran dan sunnah dengan tepat.

~mengetahui pengetahuan tentang sebab nuzul ayat dan sebab2 sebuah hadis diucapkan.

~mereka merupakan para perawi hadis.oleh itu mereka tidak perlu kepada tertentu untuk menentukan kesahihan sebuah hadis.

faktor2 ini menyebabkan para sahabat memiliki kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum2.mereka menetapkan sesuatu hukum dengan merujuk kepada Al-Quran dan sunnah.seterusnya apabila mereka mendapati tiada ketetapan hukum tentnagnya.mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dari kalangan para sahabat seperti abu bakar,uthman,umar dan ali.sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.


zaman tabi'in

pada zaman tabi'in,para ulama mengambil hukum tidak jauh dengan zaman sahabat.persamaan ini disebabkan jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah tidak terlalu jauh.cuma jika sesuatu hukum tidak terdapat dalam Al-Quran,sunnah dan ijma'.mereka akan merujuk kepada pandangan para sahabat sebelum mereka berijtihad.oleh sebab itu,idea untuk menyusun ilmu usul fiqh belum lagi muncul ketika itu.inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dikalangan tabi'in seperti sa'id bin musaiib,'urwah bin zabair,qadi syuraih dan ibrahim naqa'i.


zaman kemunculan ilmu usul fiqh

setelah berlalunya zaman tabi'in,keadaan umat islam makin berubah.bilangan umat islam bertambah ramai dang berlaku percampuran antara orang arab dan bukan arab.kesannya penguasaan bahasa arab dikalangan orang2 arab sendiri menjadi lemah.pada masa itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam Al-Quran dan sunnah secara jelas.keadaan tersebut menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah2 tertentu yang dinamakan ilmu usul fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.ini berlaku pada kurun ke-2 hijrah.

pengertian ilmu usul fiqh

perkataan usul fiqh berasal dari 2 perkataan iaitu usul dan fiqh.usul beerti asas,sumber,kaedah atau dalil.fiqh dari segi bahasa bererti memahami sesuatu perkara.dari segi syara' pula ialah pengetahuan tentang hukum2 syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil tafsili.hasil gabungan kedua perkataan terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu usul fiqh.ilmu usul fiqh ialah ilmu tentang kaedah2 mengistinbat hukum2 syara' yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil2 tafsili.

pengenalan ilmu usul fiqh

islam adalah agama yang lengkap dan sesuai untuk sepanjang zaman.para ulama' sentiasa berjuang untuk memastikan agar ajaran2 islam dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.mereka telah mengumpul serta menyusun ilmu2 syariah seperti ilmu usul fiqh untuk dijadikan sebagai panduan kepada para ulama' dalam ijtihad dat fatwa.

Dosa yang lebih besar dari berzina


8 Rabiulakhir 1431H

Dari http://www.isuhangat.net/2009/12/29/dosa-yang-lebih-besar-dari-berzina/#more-396

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina. “

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

“Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya."

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.

” Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” .

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Wassalamu’alaikum wbt..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)


wahai Tuhanku
pada-Mu kulafazkan derita ini
pada-Mu kuluahkan sakit ini
dan pada-Mu aduan ini kudengarkan

wahai Tuhan,peritnya dugaan ini
apa bisa aku lalui?
wahai Tuhan,sakitnya ujian ini
apa bisa aku rentasi?

butir hujan telah turun..
jatuh laju dari arus mata
mutiara itu gugur lagi..
mengalir sayu di lantai pipi.

aku insan lemah,
umpama lalang ditiup angin
terus rebah tersungkur
diatas jalan kehidupan.

wahai Tuhan,
ingin aku bebas daripada cubaan ini..
ingin aku terbang ke ruang angkasa..
supaya tiada siapa akan menyiat hati ini lagi.

Tuhanku,
ku mohon terbangkanlah penyakit hati si dia..
yang sering membuat aku jatuh tersungkur..
bawalah penyakit itu pergi..bawalah...
x sanggup aku menangisi ia lagi.

Tuhanku,berikan kekuatan padaku
kurniakan kedamaian jiwa dan nuraniku..
hanya pada-Mu ku bermohon.

purdah- hebatkan mereka?








assalamualaikum wbt.
jam mnunjukkan pkul 01.10 pg..dan ana masih di hadapan laptop.mengupdate blog ana.
lihatlah gambar2 dibawah,ayunya..cntiknya..manisnya mereka dengan niqab,hijab,purdah/furdah..melindungi paras kurniaan Ilahi.yg selalu mnjadi tontonan ajnabi,yg selalu mngukir dosa zina dihati sang lelaki.alangkah hebatnya mereka yg mggunakan niqab ini..
sering diri ini terfikir..aku mahu mengenakan hijab seperti mereka..namun,pelbagai kerunsingan menerpa kekotak fikiranku..

~imanku belum ckup teguh..martabat iman perlu tinggi.agar,ana xkan malukan ahli2 niqab nnt.
~dugaan si pemakai hijab juga tinggi..harus tingkatkan kesabaran sebelum ana memakainya..
~byk lg soalan....~~~

tuhan,berikan aku petunjuk-Mu,berikan kekuatan pdku..berikan keteguhan iman kpdku..
amin.










doakan diriku bersama mereka..

lovely pict~





bertunang dengan..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.




"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

sumber:http://sufygirl.blogspot.com/

wasiat ibu

Bila kau dewasa anakku
Telaga kasih ayah bonda jangan dikeringkan
Secalit luka usah tergaris
Biar tiada airmata yang tumpah
Tegakkan mereka di tugu paling mulia
Agar tasik kebahagiaan
Bisa mengepung kehidupan

Bila kau dewasa anakku
Biar Al Quran menjadi bacaan harianmu
Sunnah Nabi menjadi rujukanmu
Agar kau tidak tersesat di belantara dunia
Yang paling kelam dan gelap
Kelak rohmu bisa digamit bidadari Syurga

Bila kau dewasa anakku
Biarlah pilihanmu wanita solehah
Bakal penyejuk hati dan matamu
Kaulah nakhoda pengemudi utama
Usah kau layari Sungai Jahaman
Yang merah menyala
Kerana Sungai Firdaus berair madu
Yang sedia menantimu dengan keredhaan Ilahi

Bila kau dewasa anakku
Dalam munajat dan doaku
Biarlah lahir seorang mukmin sejati
Bersungguh sungguh memikul
Tanggung jawab dan amanah Allah

Mutiara

pada-Mu kubersujud

terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan... Kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan....

setelah hati mula gundah..

Ya Allah...

Sesungguhnya
HambaMU ini sangat lemah di ketika ini
Kecekalan hati dan ketabahan jiwa hambaMU ini seakan luntur
Semangat juang dlm diri hambaMU di saat ini bagaikan hilang di bawa angin

Tuhanku
Andai belum masanya untuk hamabaMU ini mendapat apa yg dihajatinya
HambaMU ini redha Ya Allah
tapi...
KAU kirimkanlah kembali cekal hati,
tabah jiwa
dan semangat juang yg dulu sebati
dalam diri hambaMU ini

Kerna hambaMU ini tahu dan mengerti
KAU memberi sesuatu pada hamba2MU
pada saat yg KAU rasakan sesuai untuk dirinya

HambaMU ini pasrah dan redha
atas suratan, rezeki dan ketentuanMU
berikan diri ini kekuatan Ya Allah
agar diri ini tak akan bakal jatuh seketika nanti.

bulan terbelah>mukjizat nabi






ana dapat artikel ni disini>>klik

Nota : Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq“Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah” – (Al-Quranul Karim. Al-Qamar: 1)

Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim,Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut:

Tentang ayat ini,saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univiversiti Cardif, Inggris bahagian barat,dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim.Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur’an.

Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, “Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi “Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah” mengandung mukjizat secara ilmiah?Maka saya menjawabnya: “Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya.Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta’alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu”.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah.

Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad,kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan mengolok-olok)?”

Rasulullah bertanya,”Apa yang kalian inginkan?”

Mereka menjawab: “Coba belahlah bulan …”

Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya.Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan.

Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar,”Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”.

Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya,

“Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”.

Mereka menjawab,”Ya,benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan telah belah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali…!!!”.

Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar).Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh,telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya,bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap …..” sampai akhir surat Al-Qamar.

“Ini adalah kisah nyata”, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar.

Setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdirilah seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris.Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan?”

Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab:”Dipersilahkan dengan senang hati.” Daud Musa Pitkhok berkata, “Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur’an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur’an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya:

“Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah…….”

Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran.

Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun ceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa.Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.

Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata,”Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?”

Mereka pun menjawab, “Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri,maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun”.

Maka presenter itu pun bertanya, “Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?”

Mereka menjawab, “Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!”

Presenter pun bertanya, “Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?”

Mereka menjawab, “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, “Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”.

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan,”Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, “Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun ang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!”.Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah … (aku pun bergumam),”Maka,aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur’an dan aku baca surat Al-Qamar,dan… saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.

>sempena maulidur rasul

assalamualaikum wbt

semalam,ana mghadiri 1 ceramah anjuran taman ana,taman serai permai.
penceramah tu,byk membongkar mukjizat2 yg diberikan kpd Nabi Muhammad saw.
namun sebelum 2,ustaz berkenaan menarik perhatian para pendengar dengan membezakan sikap kita,kasih dan syg kita pd Nabi saw dgn artis2 zaman sekarang.disinilah,kelemahan kita umat akhir zaman,mengagong-agongkan artis2 dan melupakan Nabi yg membawa syafaat pd kita.yg membawa syiar islam kpd kita..tp kita lupa,leka dan alpa. kita lihat sekarang,perbezaannya amat ketara..
lihatlah,berapa ribu malah mgkin berbelas ribu manusia yg sanggup hadir ke konsert2,perlawanan bola,serta pesta2.tetapi,keadaannya amat berbeza berbanding mereka yg hadir ke majlis2 ilmu,bg mndapat ilmu akhirat.(kalau kamu kejar dunia,akhirat kamu akan ditinggalkan,tetapi kalau kamu kejar akhirat,dunia akan mengiringi kamu.) dimana mereka yg beribu-ribu td?hilang,ghaib ntah ke mana?inikah umat islam sekarang..mnzahirkan rasa cinta pd Rasulullah hanya pd zahir namun x pd hati,batin kita.
kata ustaz :bila kita syg pd org,kita nak selalu ada disisi dia,nk selalu temankan dia,kalau berjauhan,kita akan rindu sgt2 dia..
tp,adakah itu yg kita rasa kepada kekasih Allah?yg sepatutnya kita cintainya dgn lebih
mendalam..adakah kita akan nangis bila rindu pd Baginda?adkah kita selalu slawat kpd Baginda sebagai seorang yg mulia, yg mmg patut kita syg??renunglah
renunglah dimana diri anda?dimana diri kita.
RAKAN2..
murka Allah terlalu dekat dgn kita..kalau kita perasan,gempa bumi,tsunami dan bencana alam yg lain..ini mnunjukkan Allah murka pd kita..dgn maksiat yg bermaharaja lela di dunia,x takutkah kita?mgkin bg yg mngkaji sistem gmpa,tsunami..mereka menyebut ini adalah lumrah alam,biasalah sekiranya gempa berlaku,tanah runtuh berlaku,tsunami berlaku..semua atas kecuaian manusia yg x mementingkan alam sekitar.sekiranya anda beriman,anda akan dapat memikirkan..bahawa apa yg berlaku mgkin adalah kerana murka Allah pd kita yg meninggalkan arahan-Nya dan melakukan larangan-Nya..FIKIRLAH..
sekian wassalam wbt