4.30 pagi bertolak dari rumah ke alor star..berhenti di
R&R gurun untuk solat subuh..dan 7.30 pagi,tiba di alor star..perjalanan
yang agak jauh tak mampu menghentikan debar kencang di hati.persoalan yang
bersarang terus mencapai tahap maksima.gugup..memikirkan,apa nasib dan dugaan
diri di sana.sesi pendaftaran berjalan lancar,ini kali pertama aku berseorangan
mendaftar diri.sebelum ini,mak dan abah yang turut ada membantu sebarang jenis
pendaftaran.hari itu,aku sedar..aku sudah besar.tidak perlu bergantung kepada
mereka untuk hal-hal seremeh itu..ya,baru aku kenal..aku sudah besar.mencapai
umur 18 tahun,walaupun banyak perkara belum aku hadam dalam hidup.
Sesi taklimat berjalan lama,banyak persoalan-persoalan yang
diajukan oleh ibu bapa kepada pihak atasan.ibu dan ayah mana yang tidak risau
tentang anak mereka?tipu jika mereka katakan tiada segelumit risau pun yang
terbit di lubuk hati..ibu bapalah yang terpaksa menahan sebak,mengeringkan hati
untuk melepas anak yang tersayang berjuang di medan ilmu..sedangkan mereka sedu
dan tahu rindu akan muncul ketika jarak perpisahan semakin jauh.tapi berapa
ramai yang sedar tentang resah mereka itu?
Seterusnya,pendaftaran asrama yang agak jauh dari
kolej.pendaftaran sesak,banin dan banat padat,rupa-rupanya ramai yang menaruh
kepercayaan kepada insaniah.lama menunggu,akhirnya sampai di meja
pendaftaran,bilik dah habis,tinggal bilik di aras 4,atas sekali..dugaan
pertama..senyum dan berlalu..beg-beg yang banyak aku bawa,tak sanggup melihat
abah dan mak yang di makan usia turut ingin membawa barangan.aku serahkan
barang-barang yang ringan kepada mereka.
Minggu orientasi atau dikenali sebagai minggu
silaturrahim(MSR)di sini bermula terus pada pukul 5 .00 petang.penat..itu
sahaja yang mampu aku ucap,mengeluh..sikap hodoh yang sentiasa ada pada
aku.dengan menaiki bas yang di sediakan,kami sampai di kolej universiti
insaniah..memasuki dewan besar insaniah.dewan sultan abdul halim muazzam shah.
Orientasi,itu nama yang cukup gerun untuk aku selama
bergelar pelajar..tapi rupa-rupanya,disini lain.kalau di sana atau di mana-mana
tempat,mungkin seluar merupakan benda penting kepada muslimat.tapi disini
tidak,hanya berbekal baju kurung atau jubah,minggu silaturrahim berjalan
lancar.baguskan??syukur yang teramat..tiada gabungan antara lelaki dan
perempuan,biah solehah dilaungkan,ukhwah di ucapkan dan takbir!!..suara
mahasiswa menggema dewan indah.apa lagi boleh aku ucapkan kecuali
Alhamdulillah,syukur kerana aurat sentiasa dijaga.teguran-teguran islam turut
menginsaf diri.inilah bezanya apabila persekitaran islam di praktikkan.