Subscribe to RSS feeds

maafkan aku wahai manusia

aku manusia penuh kekhilafan..
aku lakukan kesilapan..
aku hancurkan kepercayaan..
aku cemarkan keperibadian...

tapi manusia sekalian..
apa tak bisa kau memaafkan
kekhilafan yang aku lakukan..?
percayalah ia amat menyakitkan..

setiap kita lakukan kesalahan..
cuma aku nampaknya dipandangan..
untuk aku diberi peringatan..
supaya kembali kepangkal jalan..

aku terima segala cemuhan..
aku redha adanya kemarahan..
aku pasrah wujudnya ketidakpuasan..
kerana aku yang memulakan..

ini bukan paksaan..
ini hanya harapan..
harapan seorang pemusnah perasaan..
untuk aku di maafkan..

wahai Tuhan,ampunkan..




hadirkan rasa itu kerana adanya cinta-Nya..

usah ditanya hati ini milik siapa
kerana aku juga tak pernah mengetahuinya..
usah digusari hatiku dengan cintamu,
kerana aku tak yakin dengan kemampuanku..
usah di himpit hatimu..
kerana aku tak mahu menjadi penyebabnya..

duhai jiwa yang di sana..
bukan ini masanya..
bukan ini tempatnya..
kerana aku belum bersedia untuk memegang hatiku..apalagi untuk hatimu..

engkau yang di sana,dekatkan hatimu dengan cinta-Nya..
moga dia pertemukan dirimu dengan insan yang seadanya untukmu..
moga dia menghantar rasa cinta yang lebih besar untuk dirimu..
dan jika benar..ruang kosong itu untukku..aku pasti datang dengan keredhaan Dia..
Sang pencipta segala cinta.


halawatul iman itu impian..


majmu'ah B,asasi pengajian islam API sem1 2012/2013.INSANIAH.

persahabatan itu langkah mencari kemanisan iman..

salam wbt..

untuk masa yang kian menghimpit ini..untuk cinta yang membuak ini..aku gagahkan juga jari jemari bermain mesra bersama petak-petak huruf di depanku.untuk aku lempiaskan rasa sayang pada mereka,sahabat tercinta.


tempoh perkenalan belum menjejak usia setahun..malah masih terlalu lama untuk itu.tapi rasa yang menusuk ke jiwa terus padu.menghilangkan segala amarah dan persengketaan.aku hormat mereka,hormat kualiti mereka yang sedia ada.bukan meminta yang lebih,tapi aku bahagia mereka ada bila diperlukan.

ikhlas itu tak boleh kita nampak,tapi kita boleh rasainya..

 ikhlas itu kerana Allah..lantas ku pupuk kasih sayang,ku semai benih cinta untuk sahabat-sahabat ini kerana Dia..untuk aku rasai halawatul iman yang sebenar...apa mereka rasa yang sama?

kami rasai kepahitan bersama..

lucukah sekiranya aku katakan kami pernah merasai kepahitan walaupun hanya baru 5 bulan melangkah bersama?tidak,.nafikan rasa lucu itu.aku tahu rasa itu..rasa yang pedih apabila kami tidak diberi kepercayaan..sakit bila kami di hambur pelbagai jenis kemarahan.

teguran itu,buat aku terkaku..

ya, salah mereka kerana kurangnya perhatian..tapi jangan di tengking mutiara-mutiara hati aku itu..tegurlah dengan penuh hikmah,kerana itu lebih menakluki hati.aku turut sakit melihat mereka begitu..hati ini menjerit-menjerit laungkan "cukup!!".kesakitan mereka turut merobek hatiku..biar mereka itu kaca di mata yang lain..tapi ia tetap permata di mata dan hatiku. 

kerisauan yang tiba-tiba menjelma..

membuat hati mula gundah tanpa petanda..ya,apa mereka rasakan yang sama?dan apakah mereka dapat menerima segala kekurangan yang terpamer pada diri kerdil ini? lidah kini kelu..otak mula beku..aku sedar,aku bukan sahabat yang terbaik.

mengapa perlu diharap balasan itu...

teruslah dengan apa yang di rasai..jangan di minta balasan itu..
cinta yang aku semai untuk sahabat-sahabat ini..akan aku jadikan sebuah pentas acara yang mana aku mengemudi hatiku untuk ketenangan dan kegembiraan mereka.

sahabat-sahabat sayang..akan aku cuba menjadi yang terbaik untukmu...

aku tak perlukan pujian darimu jua tak mahukan cacian darimu..apa yang aku tahu..kasih ini buat aku redha untuk berkorban apa sahaja,termasuk hati ini..

mari mencari redha hakiki..(halawatul iman pasti aku kecapi)









sakinah itu~


Hati ini..
Mengapa?
usah di soal lagi..
aku sudah penat untuk mencari jawapan,
jawapan yang benar-benar pasti tentang sekeping hati.

Rasa yang sentiasa berubah mengikut iklim
langsung tidak menentu..
rasa sakit yang tiba-tiba,
rasa hiba yang terus menjelma
tanpa sebarang amaran yang dibawa.
Hati..
akalku ini kadangkala tak mampu memujukmu
bisakah engkau menemui sakinah itu ?