Subscribe to RSS feeds

hadis peristiwa akhir zaman

takwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman


maksud hadis:
drpd Abi Najih 'irbadh bin Sariyah ra berkata:
telah menasihati kami oleh Rasulullah saw,akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata:"Ya Rasulullah!seolah-olah ini nasihat yang terakhir sekali,maka berilah pesanan pada kami".lalu Baginda pun bersabda"Aku berwaist akan kamu supaya sentiasa bertakwa kpd Allah dan mendengar serta taat(kepada pemimpin)sekalipun pemimpin kamu seorang hamba.sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya dari kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-rasyidin al-mahdiyin(khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar)dan gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perj=kara yang beharu(bid'ah) yang diada-adakan,kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"
(hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

KETERANGAN


hadis di atas mengandungi pesanan2 yang sangat berharga drpd Rasulullah saw.bg ummatnya,bila mereka berhadapan dgn zaman yang penuh kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang kita hadapi sekarang ini.oleh itu,sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.dalam hadis ini,iaitu-

pertama-

hendaklah ia melazimi takwa kpd Allah dalam keadaan apa jua dgn mngrjakan sgala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

kedua-

mentaati perintah pihak yang mnguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba,selama mereka berpegang teguh dgn Al-Quran dan sunnah Nabi saw.dan sunnah khulafa'Ar-Rasyidin,kerana patuh kpd penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini beerti patuh kepada Al-Quran dan hadis Nabi saw.

ketiga-

Berpegang teguh kpd sunnah Nabi saw dan sunah para khulafa' ar-rasyidin al-mahdiyin yang mana mereka telah menerima ptunjuk oleh Allah,iaitu berpegang kpd fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang akan mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nnti..

0 comments:

Post a Comment