Subscribe to RSS feeds

Daripada ibnu mas'ud r.a katanya,sabda Rasulullah s.a.w:

Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu,yang mencukur alis,yang menjarangkan gigi untuk kecantikan,yang mengubah ciptaan Allah s.w.t.

dalam hadis diatas Rasulullah menjelaskan perbuatan2 yang dilaknat oleh Allah.perbuatan tersebut ialah membuat tatu.mencukur alis,menjarangkan gigi dan perbuatan2 yang mengubah ciptaan Allah termasuk pembedahan plastik atas tujuan kecantikan,menukar jantina dan lain2.
perbuatan ini dilarang kerana ia merupakan amalan bermegah-megah,melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.
setiap muslim yang beriman wajiblah menjaga tubuh badannya dengan baik dan sempurna.mereka dilarang mengubahsuai serta menghianya dengan tujuan yang diharamkan oleh Allah.
perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia.

firman Allah s.w.t

Dan sesungguhnya aku(syaitan)akan menyuruh manusia(mengubah ciptaan Allah)lalu mereka benar2 sanggup mengubah ciptaan Allah.

(surah An-Nisa',4:119)


membuat tatu


tatu ialah membuat tanda atau lukisan pada mana2 anggota tubuh secara kekal.ia dibuat dengan menggunakan warna2 tertentu dengan menusuk-nusuk jarum pada anggota badan.perbuatan ini adalah haram dan dilaknat Allah berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud:

daripada ibn umar r.a bahawa Rasulullah melaknat perempuan yang menyambung dan meminta disambung rambutnya,perempuan yang membuat tatu,yang mengasah gigi dan meminta diasah giginya.
(muttafqun 'Alaih)


menjarang gigi


termasuk perbuatan yang dilarang dalam hadis ialah menjarangkan gigi atas mengasah gigi.perbuatan ini dilarang dalam agama kerana ia mempunyai unsur penipuan dan menghias diri dengan berlebihan.


mencukur alis


amalan mencukur alis,mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekalipun adalah haram dan termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah dalam hadis.


perbuatan2 yang termasuk dalam mengubah ciptaan Allah ialah

~menyambung rambut

antara yang dilakukan oleh wanita untuk menghias diri ialah menyambung rambut.mereka menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut dikepalanya.perbuatan ini diharamkan oleh Allah sama ada wanita itu sendiri melakukannya atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam dan juru solek.perbuatan menyambung rambut ini mengandungi unsur2 penipuan dan mengubah ciptaan Allah.

~mewarna rambut

mewarna rambut ialah mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan2 yang tertentu.perbuatan mewarna rambut pada asalnya diharuskan dalam islam antara bahan2 yang diharuskan ialah inai.penggunaan bahan2 pewarna dan pencelup yang berleluasa sekarang dalam masyarakat perlulah diambil perhatian yang sewajarnya.bahan2 yang digunakan mestilah suci dan halal dan tidak menghalang air dari sampai kerambut apabila mengangkat hadas besar.


sumber>> buku teks syariah islamiah ting.4

0 comments:

Post a Comment