
assalamualaikum wbt.selawat atas junjungan nabi s.aw.
Bila hati mengadap Tuhan, hati yang kosong menjadi penuh, jiwa yang gersang menjadi subur dan tatkala hati mengadap Tuhan, cintaNya menjadi paling agung di dalam hati. Jangan kau palingkan jiwamu dari Tuhan kerana dialah yang mencipta, mentadbir dan memusnahkan alam ini. Cintai Dia dengan sepenuh hatimu pasti tiada kecewa di hatimu.
saya menitipkan beberapa perkara sebagai renungan bersama;
1) Tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar.
Adanya kemudahan menulis di layar maya telah menarik jutaan peminat untuk menulis. Ia perkembangan yang bagus dan diraikan. Dengan menulis, kehidupan akan lebih cemerlang dan berjaya.
Tinggal lagi, belajarlah untuk menggunakan disiplin semasa menulis. Disiplin yang tinggi kerana pahala dan dosanya juga tinggi. Kejayaan beriringan dengan disiplin.
Maka, jangan memfitnah semasa menulis. Jangan menulis segala cerita orang kecuali yang benar dan bermanfaat untuk diketahui. Jangan menulis dengan kata – kata kesat.
so,ingatlah..jgn menulis atas dasar iri hati..dendam..kerana penyakit hati itulah yang akan menjadikan kita jatuh.
ahlan wasahlan ila"bila hati mengadap tuhan"..anda tetamu ke...
|
html hit counter code |
0 comments:
Post a Comment