Subscribe to RSS feeds

pejuang islam >syed qutb (1906-1966) -keluarga shuhada'


nama sebenarnya ialah syed.Qutb ialah nama keluarganya.keluarga ayahnya berasal dari semenanjung arab,berhijrah ke utara mesir dan menetap di situ.seorang daripada keluarga Qutb ini ialah ayah Syed,iaitu haji ibrahim Qutb.haji ibrahim mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu syed qutb(anak sulung) dan muhammad qutb,dan 3 orang anak perempuan iaitu hamidah qutb,aminah qutb,dan seorang lagi yang x dapat di kenal pasti namanya.Adik syed,Muhammad,ialah penulis lebih daripada 11 tajuk buku menyentuh pelbagai persoalan mengenai islam dan mendapat penghormatan serta dukungan daripada pelbagai majalah dan mereka yang terlibat dalam gerakan islam.

Aminah Qutb pula merupakan muslimah terkemuka yang aktif terlibat dlm usaha2 menyebarkan risalah islam bersama abangnya.rencana-rencananya mengenai kemasyarakatan dan perubahan telah diterbitkan dalam pelbagai majalah berkala.kumpulan cerita ringkasnya telah diterbitkan dibawah tajuk"Fi Tayyar al-Hayat".adik perempuannya,hamidah tidak ketinggalan di belakang si abang dan kakak.sesungguhnya setiap ahli keluarga Qutb adalah permata indah dan seumpamanya.keluarga yang istimewa adalah tepat untuk merujuk kepada keluarga Qutb ini.keteguhan dan ketabahan serta keperibadian unggul yang dipamerkan sepanjang tempoh dugaan dan tribulasi oleh keluarga Qutb dalam abad 20 masa kini lantas mengingatkan kita pada contoh keluarga Yassir:

Syed Qutb dihukum gantung sampai mati, Muhammad Qutb di penjara dan diseksa dengan ganas, Hamidah Qutb dipenjara tujuh tahun dengan kerja keras, Aminah Qutb menerima nasib yang sama.

anak perempuan ketiga daripada keluarga Qutb ini yang namanya tidak dapat dikenal pasti juga mengorbankan anak lelakinya,syed Rifaat,seorang lulusan kejuruteraan yang berusia dua puluh lima tahun untuk perjuangan.Beliau ditangkap,dipenjara dan disebat dengan kejamnya.dihukum dengan pelbagai penyeksaan dan dipakasa mnjadi saksi perbicaraan bapa saudaranya(Syed Qutb)sendiri.Riwayatnya berakhir apabila dia meninggal dunia di dalam pnjara pada tahun 1965.

2 comments:

Najah Zakaria said...

syed qutb yang bila mana nk mati digantung..tersenyum...dan pegawai penjara bertanya,"mengapa kau masih tersenyum sdgkn kau akn mati digantung?"makanya,dia menjwb,"ak sudah penat..penat utk berjuang dan ak nk rehat selamanye..."konklusinye...dye x takut utk mati krn..BILAMANA DITANYA APE YG TLH DILAKUKN UTK ISLAM..BOLEHLAH DYA MNJWB YG DYA TLH BERKORBAN UTK ISLAM DAN MENYEBARKN RISALAH2 ISLAM...

SUBHANALLAH..SYURGA TERBENTANG D DPN MATA....
KITA MCM MNE??

wardatussofia said...

subhanallah..smg kita juga kuat sepertinya..insyaAllah

Post a Comment