Subscribe to RSS feeds

menundukkan pandangan,


Allah telah berfirman.
maksudnya:"katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka,yang demikian itu lebih bersih bagi mereka,sesungguhnya Allah s.w.t.sangat mengetahui apa yang mereka lakukan"
( surah An-Nur:30)

perintah dalam ayat ini meliputi kaum lelaki dan wanita,supaya menundukkan pandangan mereka
daripada memandang yang haram dilihat.oleh kerana melepas bebaskan pandangan itu salah satu jalan menuju kearah zina,maka Allah menyuruh mereka menjaga pandangan.Allah s.w.t
menyatakan bahawa yang demikian itu lebih mensucikan hati2 mereka dan sesungguhnya Allah s.w.t sangat mengetahui keadaan2 mereka dan akan memberi balasan yang paling sempurna.

Allah s.w.t mengkhususkan kaum wanita dengan menyuruh mereka supaya menundukkan pndangan mereka dan menjaga kemaluan mereka serta tidak mendedahkan perhiasan mereka kepada lelaki ajnabi.

Allah s.w.t telah berfirman:
maksudnya:"...........dan katakanlah kepada wanita mukminat supaya mereka menundukkan pndangan mereka dan menjaga kemaluan mereka ,dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali yang nampak darinya.." (surah An-Nur:31)

dan firman-Nya: "dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak punya pengetahuan mengenainya .sesungguhnya pendengaran,peglihatan dan hati semua itu akan dipertanggungjawabkan.
(surah Al-Isra':36)

Allah s.w.t menyatakan bahawa manusia akan dipertanggungjawabkan mengenai apa2 yang didengar,dilihatnya atau apa yang tersimpan didalam hatinya sama ada halal atau yang haram.maka tiap2 orang hendaklah menyediakan jawapan yang benar dengan cara bermuhasabah dengan dirinya sendiri mengenai apa yang didengarnya atau apa yang dilihatnya ataupun yang difikikannya.

sekian wassalam.

0 comments:

Post a Comment