Subscribe to RSS feeds

bila hati mengadap tuhan


pernah diri ini jatuh,
hingga bagai hilang hala tuju,
tatkala itu,sepi di hati menyelubungi,
kekosongan mengisi segala rasaku..
dan ketika itu,
aku berfikir sejenak,
mencari punca segala kegelisahan hatiku,
mencari segala yang membuatkan hatiku dirundung sayu.
tanpa kusedari,air mata mengalir laju..
membasahi segenap wajah sayuku,
membanjiri kolam mata redupku..
Ya Allah,
betapa kerdilnya diri ini,
aku lupa cinta-Mu,aku lupa nikmat-Mu..
aku lupa siapa yang mencipta diri ini.
ampunkan aku tuhanku..
ujian-Mu gagal utk aku lalui..
namun,
bila hati kembali mengadap tuhan.
aku mula menyusun lembaran2 benang yg telah lama terungkai.
mencari di mana redha yang Satu..
menagih kembali cinta kudus ilahi.
dan,
ketika hatiku mengadap tuhan
ketenangan datang menerpa,
tiada lagi kekosongan di jiwa,
tiada lagi kesepian di hati,
dan tiada lagi kesunyian menyelubungi.
walau keperitan dosa dahulu xkan pernah padam,
akan kuberjuang..agar aku x lagi tersungkur.
semuanya kerana~bila hati mengadap tuhan~

syukur pd-Mu Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment