Subscribe to RSS feeds

perjalananku


dalam mencari redha Allah,pelbagai dugaan dtg mnjengah,menampar imanku yg senipis angin..
kadang2 ribut datang tanpa diundang.
didalam usahaku membentuk diri,ada syaitan membisik kata,agar aku tetap jahil dimamah ketika.diri ini derita menanggung segala kifarah dosa..hidup mula terasa sempit,
bukan kerana kurangnya harta benda..
tetapi sempit dengan kekalahan berganda.
pabila aku cuba untuk bangun menyusun lgkah sekata,pasti ada batu2 dugaan yang tiba..
semangatku makin goyah..
terasa diri tidak berdaya melawan makhluk durjana.
semakin hari aku semakin hanyut,hanyut di dalam keseronokan duniawi..
murka Allah telah kucari..dan kini..hanya penyesalan datang meninggi..
aku mula sedar,sedar dari keasyikan yg palsu.
ku ukir semula zikir dibibir,ku anyam kembali iman supaya bertaut di dada..
kuselak semula helaian kitab suci,lantas aku mula memahaminya..
ahhh..betapa hebatnya kalam-Mu Tuhan..
kitab yg dimana dalamnya penuh ikhtibar..
bertanya aku pada diri,mengapa baru kini aku mengerti hakikat hidup didunia?
setelah sekian lama aku terumbang ambing dalam lautan nafsu yg fana.
namun,aku bersyukur pd-Mu..kerana masih ada inayah yang Engkau berikan kpdku..


sekian,wassalam.

0 comments:

Post a Comment