Subscribe to RSS feeds

Kata Ibrahim bin Adham ...DOA KAMU TERTOLAK KERANA HATI KAMU MATI

hati kamu mati kerana 8 sebab

~kamu mengetahui hak2 Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.

~kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan kandungannya

~kamu mengaku mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.

~kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya.

~Allah memberitahu kamu bahawa syaitan itu musuh bagi kamu tetapi kamu terus bersahabat dengannya.

~kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampakkan kedalam neraka.

~kamu mengaku suka masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha melakukan amal-amal soleh supaya kamu dimasukkan kedalamnya

~setiap hari kamu berusaha menutup aib sendiri ,sedang pada waktu yang sama kamu tidak bosan-bosan mendedahkan aib orang lain.

0 comments:

Post a Comment