Subscribe to RSS feeds

INSANIAH : disini bermula



4.30 pagi bertolak dari rumah ke alor star..berhenti di R&R gurun untuk solat subuh..dan 7.30 pagi,tiba di alor star..perjalanan yang agak jauh tak mampu menghentikan debar kencang di hati.persoalan yang bersarang terus mencapai tahap maksima.gugup..memikirkan,apa nasib dan dugaan diri di sana.sesi pendaftaran berjalan lancar,ini kali pertama aku berseorangan mendaftar diri.sebelum ini,mak dan abah yang turut ada membantu sebarang jenis pendaftaran.hari itu,aku sedar..aku sudah besar.tidak perlu bergantung kepada mereka untuk hal-hal seremeh itu..ya,baru aku kenal..aku sudah besar.mencapai umur 18 tahun,walaupun banyak perkara belum aku hadam dalam hidup.


Sesi taklimat berjalan lama,banyak persoalan-persoalan yang diajukan oleh ibu bapa kepada pihak atasan.ibu dan ayah mana yang tidak risau tentang anak mereka?tipu jika mereka katakan tiada segelumit risau pun yang terbit di lubuk hati..ibu bapalah yang terpaksa menahan sebak,mengeringkan hati untuk melepas anak yang tersayang berjuang di medan ilmu..sedangkan mereka sedu dan tahu rindu akan muncul ketika jarak perpisahan semakin jauh.tapi berapa ramai yang sedar tentang resah mereka itu?
Seterusnya,pendaftaran asrama yang agak jauh dari kolej.pendaftaran sesak,banin dan banat padat,rupa-rupanya ramai yang menaruh kepercayaan kepada insaniah.lama menunggu,akhirnya sampai di meja pendaftaran,bilik dah habis,tinggal bilik di aras 4,atas sekali..dugaan pertama..senyum dan berlalu..beg-beg yang banyak aku bawa,tak sanggup melihat abah dan mak yang di makan usia turut ingin membawa barangan.aku serahkan barang-barang yang ringan kepada mereka.

Minggu orientasi atau dikenali sebagai minggu silaturrahim(MSR)di sini bermula terus pada pukul 5 .00 petang.penat..itu sahaja yang mampu aku ucap,mengeluh..sikap hodoh yang sentiasa ada pada aku.dengan menaiki bas yang di sediakan,kami sampai di kolej universiti insaniah..memasuki dewan besar insaniah.dewan sultan abdul halim muazzam shah.

Orientasi,itu nama yang cukup gerun untuk aku selama bergelar pelajar..tapi rupa-rupanya,disini lain.kalau di sana atau di mana-mana tempat,mungkin seluar merupakan benda penting kepada muslimat.tapi disini tidak,hanya berbekal baju kurung atau jubah,minggu silaturrahim berjalan lancar.baguskan??syukur yang teramat..tiada gabungan antara lelaki dan perempuan,biah solehah dilaungkan,ukhwah di ucapkan dan takbir!!..suara mahasiswa menggema dewan indah.apa lagi boleh aku ucapkan kecuali Alhamdulillah,syukur kerana aurat sentiasa dijaga.teguran-teguran islam turut menginsaf diri.inilah bezanya apabila persekitaran islam di praktikkan.

0 comments:

Post a Comment