Subscribe to RSS feeds

hadirkan rasa itu kerana adanya cinta-Nya..

usah ditanya hati ini milik siapa
kerana aku juga tak pernah mengetahuinya..
usah digusari hatiku dengan cintamu,
kerana aku tak yakin dengan kemampuanku..
usah di himpit hatimu..
kerana aku tak mahu menjadi penyebabnya..

duhai jiwa yang di sana..
bukan ini masanya..
bukan ini tempatnya..
kerana aku belum bersedia untuk memegang hatiku..apalagi untuk hatimu..

engkau yang di sana,dekatkan hatimu dengan cinta-Nya..
moga dia pertemukan dirimu dengan insan yang seadanya untukmu..
moga dia menghantar rasa cinta yang lebih besar untuk dirimu..
dan jika benar..ruang kosong itu untukku..aku pasti datang dengan keredhaan Dia..
Sang pencipta segala cinta.