Subscribe to RSS feeds

akukah??


aku ke yg bersalah?
aku ke yg pentingkan diri?
mengapa berkata begitu diriku?
aku cma hndakkan 1 pngbanan..
setelah aku mengalah bt sekian lamanya..
bongkakkah aku bersuara bgini?
cuma 1 pntaku..adakah ia sukar buat mereka?
mengalahlah diriku,bertolak ansur itu lebih baik..
sakitilah hatimu sndiri,namun jgn kau sakiti hati mereka.
benar..mengalah,bertolak ansur..
adalah sifat yg baik, bg mngelakkan prcakaran..
namun,perlukah aku untuk selamanya?
menanggung segala derita,kesalahan.
yg bukan aku pncanya?
oh,jgn salahkan smua itu diriku..
ini dugaan btmu..bersabarlah.

ya,aku bersabar
.tp,adakah aku yg perlu tggung semuanya?

inilah jalan yang prlu kau ambil wahai diriku..
gembirakanlah hati yg lain dgn melihat senyuman mereka,
kau pasti akan mngukir senyuman dgn manisnya..
percayalah diriku..

ya,baru aku tersedar.
dengan melihat mereka gembira..
aku akan turut gembira benar katamu..
aku xkan menyalahkan ujian ini lagi..

ampunkan aku Ya Tuhanku..

khutbah terakhir Rasulullah


khutbah ini disampaikan pada 9 haribulan zulhijjah tahun 10 hijrah di padang arafah.

wahai manusia!
dengarlah baik2 apa yang hendak aku katakan ini,aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian setelah tahun ini.oleh itu,dengarlah dengan teliti kata2ku ini.dan sampaikanlah kepada orang2 yang tidak hadir disini pada hari ini.

wahai manusia!
seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci.kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakitimu lagi.ingatlah!,kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba',oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.waspada terhadap syaitan,demi keselamatan agama kamu.dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 yang besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 yang kecil.

wahai manusia!
sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri2 kamu,maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu.sekitranya mareka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu,maka mereka juga berak diberi makan,pakaian, dan suasana kasih sayang.layanlah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu atas mereka ialah,mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

wahai manusia!
dengarlah bersungguh-sungguh kata2 ini.
sembahlah Allah,dirikanlah solat 5 waktu sehari semalam.berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaaanmu.kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.ketahuilah bahawa setiap orang islam yang lainnya.kamu semua adalah sma ,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.ingatlah!kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.oleh itu,awasilah!agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

wahai manusia!
tidak ada lagi nabi dan rasul yangakan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata2ku yang telah aku sampaikan kepada kamu,sesungguhnya aku tingalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.itulah Al-Quran dan As-Sunnah ku.
hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikan pula kepada orang lain.semoga orang yang terakhir lebih memahami kata2ku dari mereka yang terus mendengar dariku.saksikanlah Ya Allah,bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

buku baru!!!

cantikkan buku ni??

ini salah satu bab yg ade dlm bku ni..very longggg

beg die pun ade..

pict cd"jejak rasul"lupe nk letak..lain kali,insyaAllah.

assalamualaikum wbt.

ni nk share tntg buku yg baru dibeli pleh my mom..
hmm,pengembaraan Ibnu Battutah,pengembaraan terulung,karya agung,menyingkap wajah dunia.
tgk buku mcm ni,msti teringat die pnye harga right?
ok,mak ckp RM200 sekali dengan semua episod jejak rasul tntg(rihlah ibnu Battutah).
best ke x?ana x bce lagi.tgk buku ni agak mnakutkan,pnjgnya..(bace jgk,ilmu 2)
tp,yang ana paling suke coz,die byk puisi2 yang unik n cntik ayat die..
"pengembaraan Ibnu Battutah" ni ditranslate balik dlm bahasa melayu.dan asalnya buku ni dirakam indah dalam sebuah karya Arab Klasik berjudul.."rihlah Ibnu Battutah al-Musammah Tuhfah al-Nuzzar fi Ghara'ib al-amsar wa 'aja'ib al-asfar..(pnjgnye,mksud die..kene cari dalam dict.dulu la..hehe)
baiklah,smpai sini je pnceritaan ana tntg karya agung ini..

oh ye,kpd sahabat yg sakit semalam 2..smg cepat sembuh,tabahkan hati n kuatkan semangat..doa kami mengiringi anda.
sekian,wassalam wbt.

edit mengedit >>


adakah ini cubaan yang baik bg seorg yg baru nk belajar bab2 "edit" ni??
trpulang pd anda..

patah tumbuh hilang berganti..

assalamualaikum w.b.t

salam bertemu kembali sahabat2 sekalian..
hari ini,membawa sebuah kedukaan..
membawa keperitan dan kesedihan
untuk kami melepaskan sahabat yang kami kasihi meninggalkan kami
menuju ke medan perjuangan seterusnya..
buat syazana yang kami sayangi..
berjuanglah disana
doa kami sentiasa mengiringi langkahmu.
"ca-a,3 tahun sekelas dengan hg,cukup best kwnku.."
ramainya yg nangis time hg nk pegi..huh,temasuk aku pagi td..
ade ke main2 pantun2 kelmarin,lain kali ckp terus..x la aku tekejut bila dpt tau hg dah pndah pg td."
sorry ca-a,habis aku luah perasaan kat mak hg td..kesian ckgu norizam.hehe
ok la,doakan yg terbaik utk kami kat sini n doa kudus kami akan sentiasa bersama hg..
Smga Allah merahmati kehidupanmu sahabatku..nur syazana khairol azmi.

habis lah sudah emosi td,
hehe,mnx mf semua.ini lah yg berlaku bile kwn baik pndah..
ngee..

"sesungguhnya org2 yang beriman dan beramal soleh,mereka akan ditempatkan disyurga dalam keadaan bersuka ria"
(luqman:8)

hadis peristiwa akhir zaman

takwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman


maksud hadis:
drpd Abi Najih 'irbadh bin Sariyah ra berkata:
telah menasihati kami oleh Rasulullah saw,akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya,lalu kami berkata:"Ya Rasulullah!seolah-olah ini nasihat yang terakhir sekali,maka berilah pesanan pada kami".lalu Baginda pun bersabda"Aku berwaist akan kamu supaya sentiasa bertakwa kpd Allah dan mendengar serta taat(kepada pemimpin)sekalipun pemimpin kamu seorang hamba.sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya dari kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-rasyidin al-mahdiyin(khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar)dan gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perj=kara yang beharu(bid'ah) yang diada-adakan,kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"
(hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

KETERANGAN


hadis di atas mengandungi pesanan2 yang sangat berharga drpd Rasulullah saw.bg ummatnya,bila mereka berhadapan dgn zaman yang penuh kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang kita hadapi sekarang ini.oleh itu,sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.dalam hadis ini,iaitu-

pertama-

hendaklah ia melazimi takwa kpd Allah dalam keadaan apa jua dgn mngrjakan sgala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

kedua-

mentaati perintah pihak yang mnguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba,selama mereka berpegang teguh dgn Al-Quran dan sunnah Nabi saw.dan sunnah khulafa'Ar-Rasyidin,kerana patuh kpd penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini beerti patuh kepada Al-Quran dan hadis Nabi saw.

ketiga-

Berpegang teguh kpd sunnah Nabi saw dan sunah para khulafa' ar-rasyidin al-mahdiyin yang mana mereka telah menerima ptunjuk oleh Allah,iaitu berpegang kpd fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang akan mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nnti..

ayuh semua..


alunkanlah slogan
ke medan jihad
kemerdekaan untuk dinul islam
marilah cahayakan
seluruh dunia,
menjadi doa tentera islam.

marilah gegarkan dunia
tata keangkuhan,
dengan bedilan mutiara kata
bukan ianya genggaman kosong
tetapi,
itulah alunan kebenaran.

penyataan kata dan juga matlamat
serta dipupuk oleh kefahaman jitu
pengalaman dan kepedihan luka
setiap hari membenari iman

kerahlah segala jiwa raga
demi pegangan,
membebaskan umat tertindas,
ketentuan-Mu adalah kebaikan..
sama ada menang atau syahid,
kami redhai

alangkah beruntungnya berjuang,
di hari manusia kehairanan,
menuju ke syurga hakiki,
sebagai kenikmatan yang abadi..

yakin adanya hari itu

orang yang faham bahawa umur dunia singkat,harta dunia sedikit,perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti,maka ia tidak akan bersedih dan putus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya..

usahlah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan,bukankah kita mempunyai"rumah lain"yang lebih mulia,kekal,besar dan indah?itulah rumah akhirat.pujilah Allah,kerana pastinya ada har pertemuan dengan Yang Maha Esa.

"peristiwa lalu adalah mimpi,hari ini adalah realiti dan hari esok adalah harapan indah"

titisan darah mereka



titisan darah mengukir sayu,
membasah bumi mengukir tarikh
peluru ganasmu mengoyak tubuh
mencarik daging lantas menembus tulang,

tangisan bayi dan yatim piatu
menyayat pilukan hati ini.
ratapan isteri mengiringi suami
menempah syahid di medan perjuangan.

mayat bergelimpangan
bermandi darah pada pembalasan
kering sudah air mata
utk menangisi nasib dan takdir

hai penghianat umat
yang mnyembah diri kpd yahudi,
mengapa leher kamu serahkan
kepedang musuh yang durjana

kami bagai telah dikoyakkan
lantaran pemberontakan jahatmu
manakah keadilan sejati
yang menuntut kezalimanmu

dimanakah seruan kebebasan
yang dilaungkan
dimanakah hak asasi manusia
yang telah dimeterikan

apakah erti tamadun
yang menghisap darah
manakah kebebasan diri
yang kau janjikan kpd kami?

hai durjana,
mengapa tanah bumi suci ini
kau jajahi
mengapa kau sanggup
membunuh insan yang tiada berdosa

apakah penyembeliha dan keganasan
kemanisan bagimu
namun,ingatlah
kami akan memperjuangkan cita2 murni ini

marilah memikul senjata
pertahankan kedaulatan islam
hapuskan belenggu penjajahan
asalkan kemenangan abadi.

insan kerdil mula bicara


Ya Tuhaku
mampukah aku menanggung beban ini
memikul tanggungjwabku terhadapmu
aku hamba-Mu Ya Allah..
Tuhanku,
imanku ini ibarat roda
terkadang diatas,terkadang dibawah
apakah aku bisa menghentikan
pusaran roda ini..
agar aku sentiasa diatas..
tuhan,
apakah cukup amalanku kpd-Mu
apakah ckup cintaku pd-Mu
apakah cukup sayangku pd nabi-Mu
apakah cukup kasihku pd agama-Mu
Tuhan,
ampuni dosaku..
berikan petunjukmu
supaya dapat aku bezakan
cinta yg sebenarnya cinta..
hanya pada-Mu lah aku sandarkan
segala kegembiraan,kesedihan dan kesakitanku..
dengarlah rayuan hamba-Mu ini Ya Allah.

taman ukhuwah


ku bina taman ukhuwah ini
dengan kuntuman persefahaman
harum keakraban
menyemarakkan mahligai janji
yang sekian musim menyusuri hari
biarkan kolam kerukunan itu teguh
dipagari benteng2 kukuh..

kubina taman ukhuwah ini
dengan rimbunan pohon silaturrahim
usah ditaburi racun prasangka
yang menyuburkan benih-benih curiga
yang disimbahi benih-benih tohmah
yang memarakkan bara fitnnah
biarkan taman ukhuwah ini
menebarkan haruman kebahagiaan
menyusuri sepanjang lorong
kehidupan..

warna kerinduan


kitakah yang tertewas pada warna kerinduan?
menatap sepi kolam senja
ketika lambaian mentari merah
mengucap salam perpisahan
nanti esok bertemu kembali
membicara rasa luka
melepaskan benak terpendam
pada lingkaran waktu

kitakah sang pengutip serpihan warna cinta?
bertaburan dari sebuah epilog impian semalam
ketandusan kasih sejati
merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa dicari hujan ketabahan..

khas buat sahabatku yg berduka

teman2 yg ku sayangi sekalian..



aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
persahabatan dijalin kerana AL-KHALIQ,
harta dikorban bukan sedikit,
curahan kebenaran sanggup bersakit,
serta tawakal Ibrahi mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
dibumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai penjaga.

aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana,
serta senyuman Syed Al-Qutb,
ketika berhadapan dengan maut,
akidah mantap tidak tergugat,
roh dakwahnya tidak surut.

aku ingin kita seteguh ibnu Zubair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama ibu tua,
lantas syahid rohnya kesyurga.

marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
fikrahnya jernih menggegar dunia,
merelakan dirinya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

lembaran hidup wanita solehah


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agung cintanya pada Allah swt dan Rasulullah..
Hartanya diperjuangkan ke jalan Allah
susah dan senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bujak
Pendorong didalam kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan..

mampukah aku??

renungkanlah

sahabatku..


sahabatku yg kusayangi..
3 tahun mengenalmu cukup singkat bagiku..
untuk aku lebih memahamimu..
untuk aku senyum dan ketawa bersamamu..

sahabatku yg kusayangi..
berjuanglah kau disana..
walau kami berat merelakan kepergianmu..
namun,kami sedar mgkin disitu
puncak kejayaanmu selama ini..

sahabat yg kusayangi..
doa kami sentiasa mengiringimu..
semoga dirimu bahagia
lebih matang menjalani hidup ini..
dan semoga dirimu sentiasa didalam rahmat-Nya.


khas buat sahabat yg kami sayangi..shayidah Nafisah

kawan by unic

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Lirik & Lagu : Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.

buat sahabat2 4asc(special skali 2 muslimat)
love u all.may Allah bless antum wa antunna

akhawat:-

~dilah
~asfi
~ain
~syazana@ca-a
~shayidah@sha
~umi shahirah@umiee
~syamila@mila
~aina
~amira@miye
~fatin nazzua@atin wa
~fahda
~nadia
~amalina@mina
~khairiah@k-ah
~farah@paah
~masyitah@masyi
~asiffa
~fatin farhana@teinna
~husna@cuna
~silafatin@atin
~nur jannah@jannah
~nor shahirah@shierah

ikhwan:-

!hasnul
!ismail
!izzaidi
!naim
!fitri
!jalal
!hanif
!hafizul
!amir
!amirul
!firdaus
!siddiqi


n ingat,hubbul lughah al-arabiah..lunghah jannah..

*_*

Ya Rasulullah




Pada suatu subuh sepi,
Nabi terasa sakit kepalanya.
tapi dirinya cekal,kemasjid Baginda tuju
dihadapan berdirinya,dan dalam khutbah terlalu sederhana,
percikan kata-kata mutiara,irama hati sukar dilupakan.
Baginda merestui dan memuji pejuang-pejuang diuhud.
Tapi,sakit terasa bertambah.disembunyikan letihnya.
pulanglah Nabi ke kediamah maimunah.
tapi sedikit reda,Nabi meminta dihantar ke rumah Aishah.
Damai dibilik,selesa di katil.

Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketika itu,
alam mempunyai ceritanya sendiri,
dan gurun masih penuh asrarnya.
Nabi meminta bejana air.diseluk keair dan diusap wajahnya.
berkata tenang datangnya ajal dan rela..
Dipangkuan isteri kepalanya,
berkata ia sukar diteka,
dan tengah hari rabiulawal tahun 11 hijrah.
Nabi yang mulia menghembuskan nafas yang terakhirnya.
hari panas ketika itu
.mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.
hari panas ketika itu,
aduh..Nabi sudah tiada..

renungkan lah

Ana baru je dapat 1 msj yg berbunyi>>

Assalamualaikum w.b.t

renunglah,27.11.09-aidiladha pd hari jumaat

18-12-09-tahun bru hijrah pd hari jumaat

25.12.09-hari natal pada hari jumaat

01.01.10-tahun baru pada hari jumaat

26.02.10-maulud nabi Muhammad pd hari jumaat

02,04,10-matinya yesus kristus pd hari jumaat

28,06,10-wesak pd hari jumaat

10.09.10 hari raya aidilfitri pd hari jumaat

ingat saudaraku,didalam al-Quran ada menyebut..bhawa KIAMAT trjd pd hari Jumaat

bykkan istgfar dan berdoa smg dosa silam diampuni.dan hari2 skrg dan esok mnjd lebih mnfaat..

sebarkanlah supaya slg ingat-mngingati..

syukran sape yg bg msj ni..

wassalam wbt

adakah anda tahu?



Ramai yg tahu tarikh valentine day,tarikh perkahwinan artis itu dan ini..

TETAPI BERAPA RAMAI YANG TAHU HARI INI 15 JANUARI ADALAH HARI PERPADUAN UMAT ISLAM MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!!???

Ramai yg sedih/menangis apabila peserta AKEDEMI FANTASIA terkeluar..
TETAPI BERAPA RAMAI YANG MENANGIS MELIHAT PENDERITAAN RAKYAT ISLAM DITINDAS SPERTI DI PALESTIN!!!!???

ADAKAH KITA SEDAR?ATAU KITA TERUS HANYUT DALAM KESERONOKKAN DUNIA YANG MENIPU!! MASIH BERGEMBIRA SEDANGKAN MUSUH2 ISLAM TERUS MENGHINA AGAMA INI..

SEDARLAH! JIKA KITA LALAI,ALLAH AKAN GANTIKAN KITA DENGAN KAUM YANG LEBIH BAIK,,

DOAKAN MEREKA DALAM SUJUD-SUJUD KITA....

Photobucket

Daripada ibnu mas'ud r.a katanya,sabda Rasulullah s.a.w:

Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu,yang mencukur alis,yang menjarangkan gigi untuk kecantikan,yang mengubah ciptaan Allah s.w.t.

dalam hadis diatas Rasulullah menjelaskan perbuatan2 yang dilaknat oleh Allah.perbuatan tersebut ialah membuat tatu.mencukur alis,menjarangkan gigi dan perbuatan2 yang mengubah ciptaan Allah termasuk pembedahan plastik atas tujuan kecantikan,menukar jantina dan lain2.
perbuatan ini dilarang kerana ia merupakan amalan bermegah-megah,melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.
setiap muslim yang beriman wajiblah menjaga tubuh badannya dengan baik dan sempurna.mereka dilarang mengubahsuai serta menghianya dengan tujuan yang diharamkan oleh Allah.
perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia.

firman Allah s.w.t

Dan sesungguhnya aku(syaitan)akan menyuruh manusia(mengubah ciptaan Allah)lalu mereka benar2 sanggup mengubah ciptaan Allah.

(surah An-Nisa',4:119)


membuat tatu


tatu ialah membuat tanda atau lukisan pada mana2 anggota tubuh secara kekal.ia dibuat dengan menggunakan warna2 tertentu dengan menusuk-nusuk jarum pada anggota badan.perbuatan ini adalah haram dan dilaknat Allah berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud:

daripada ibn umar r.a bahawa Rasulullah melaknat perempuan yang menyambung dan meminta disambung rambutnya,perempuan yang membuat tatu,yang mengasah gigi dan meminta diasah giginya.
(muttafqun 'Alaih)


menjarang gigi


termasuk perbuatan yang dilarang dalam hadis ialah menjarangkan gigi atas mengasah gigi.perbuatan ini dilarang dalam agama kerana ia mempunyai unsur penipuan dan menghias diri dengan berlebihan.


mencukur alis


amalan mencukur alis,mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekalipun adalah haram dan termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah dalam hadis.


perbuatan2 yang termasuk dalam mengubah ciptaan Allah ialah

~menyambung rambut

antara yang dilakukan oleh wanita untuk menghias diri ialah menyambung rambut.mereka menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut dikepalanya.perbuatan ini diharamkan oleh Allah sama ada wanita itu sendiri melakukannya atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam dan juru solek.perbuatan menyambung rambut ini mengandungi unsur2 penipuan dan mengubah ciptaan Allah.

~mewarna rambut

mewarna rambut ialah mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan2 yang tertentu.perbuatan mewarna rambut pada asalnya diharuskan dalam islam antara bahan2 yang diharuskan ialah inai.penggunaan bahan2 pewarna dan pencelup yang berleluasa sekarang dalam masyarakat perlulah diambil perhatian yang sewajarnya.bahan2 yang digunakan mestilah suci dan halal dan tidak menghalang air dari sampai kerambut apabila mengangkat hadas besar.


sumber>> buku teks syariah islamiah ting.4

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.


kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
asyik berteman kasih dan sendu sahaja


wahai adikku,
bukan wanita lemah dek tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lagi gahnya daripada ego seorang lelaki
kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat daripada kekejaman firaun

duhai kakakku,
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata
namun wahai kakakku
wanita itu fitnah dunia
pernahkah adikku dengar
pesanan Ilahi pada hambanya?

''wahai orang-orang yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu''

cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar Al-Rijal
kerana andai lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin akan tidak akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerana disitulah kehormatannya
bukan fitnah semata-mata jika Al-Rijal dan An-Nisa mematuhi pesanan Ilahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh
1001 keindahan penciptaan wanita.
pandai-pandailah edikau menilainya

nukilan sYamiMi07


click here

cuti dah habis...jom kmbali mnuntut ilmu..


ni buku2 yang ana suke bace..(suke bce,bkn selalu bce)hehe.
buku2 agama yg best ni byk mmbntuk diri ana.alhmdulillah..
tntg wanita,tntg kpemimpinan,tntg sgala tntg...(smue bnde la)
buku kat atas ni,ade buku ana,ummi n my brother..
haa..to my abg >>mntak sorry la ye..ambik gmbar ni x de permit "kastam".
jgn risau,buku ni djagi rapi..xkan hilang n rosak(insyaAllah)
n then,esok dah start sekolah..(ecxited!!)buku2 kat atas ni akan ana buka jgk..
tp,mgkin x selalu..sayunya..blog ni pun akan di update sekali smggu je.(hjg mggu)
nak blajar,internet tolak tepi dulu..k

itu je yg ana nk ckp,sblum ana ucapkan slamat tggal.(knp jd,ayat formal ni??)abaikan.
ok la sahabat2ku..teruskan perjuangan hingga ketitisan darah yg terakhir..(mcm nak perang je??)mmg berperang la..study smart ye..

sekian,wassalam.
Perhatian kpd sume umat islam...bila tiba 31 December, brape rmaikah yang bersedia mraikan thun baru???? Tapi sdarkah mreka bhawa tlah dfatwakan oleh Sheikh AL Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yussof Al Qordawi, dan ulama2 kontmporary bhwa mnyambut thun baru b'erti mnymbut ulang thun hari jadi Tuhan Yahudi & Kristian.........bgi mreka yg tidak thu, hkumnya fasiq (dosa bsar), tpi bg yg dah tau.........Hkumnya MURTAD....Jdi,fkir2kanlah!!

Tolong Sbarkan kpada sdara,sdari islam yg lain semampu anda!!!!

>>>comment tagged